Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala menafikan dakwaan negatif berkenaan ekonomi negara ketika ini, malah yakin Malaysia dapat mengharunginya berdasarkan petunjuk ekonomi semasa.
Menurut Idris, beliau yakin kerajaan dapat mengharungi ketidaktentuan global yang kini memberi kesan kepada ekonomi Malaysia, berdasarkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan pelaburan swasta.
"Petunjuk ekonomi utama terus menggariskan asas yang kukuh di negara ini. Bagi separuh tahun pertama, KDNK adalah pada 5.3% dan dijangka akan berkembang antara 4.5% hingga 5.5% menjelang akhir tahun," kata Idris ketika memberi taklimat mengenai kedudukan ekonomi Malaysia di Sasana Kijang di sini hari ini.
Antara isu yang dijawab Idris termasuk prasangka bahawa Malaysia tidak akan mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 kerana kejatuhan nilai mata wang ringgit.
Idris turut menolak dakwaan lain termasuk isu 1MDB dan dakwaan bahawa Malaysia terlampau bergantung kepada hasil pengeksportan minyak.
Astro Awani
Mon Sep 21 2015
Idris (gambar) menolak dakwaan berhubung isu 1MDB dan juga bahawa Malaysia terlampau bergantung kepada hasil pengeksportan minyak. -Gambar fail
Polis siasat pelampung gelongsor timpa pengunjung di Taman Tema I-City
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung belum mendapat kelulusan MBSA untuk beroperasi.
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.
Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.
Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.
Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
Najib guna panggilan telefon untuk pengaruh 1MDB jalin usaha sama dengan PSI - Pendakwaan
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Najib di Mahkamah Tinggi mendakwa bekas Perdana Menteri itu menggunakan panggilan telefon untuk memberi tekanan kepada 1MDB supaua membentuk usaha sama dengan PSI.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.
Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Najib mengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya meninjau projek berpotensi menjana kekayaan.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Januari 2025.