KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada separuh kedua 2023 apabila mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun lebih kukuh daripada yang dijangkakan iaitu sebanyak 3.3 peratus pada suku ketiga.
HSBC berkata, walaupun begelut dengan kemerosotan perdagangan global terutama dalam sektor pembuatan yang menguncup sebanyak 0.1 peratus tahun ke tahun pada Q3 selepas pertumbuhan 0.1 peratus pada Q2 2023, terdapat trend yang menggalakkan dalam perdagangan dengan penurunan eksport menguncup kepada satu digit sejak Oktober.
"Kelemahan itu kebanyakannya disebabkan pembetulan mendadak dalam pasaran komoditi global terutama minyak, gas asli cecair (LNG) dan minyak sawit," tambah bank itu.
HSBC Global baru-baru ini menyemak unjuran pertumbuhan Malaysia dengan meramalkan pertumbuhan 4.1 peratus untuk 2023 (meningkat daripada 3.8 peratus), mengambil kira hasil positif pada Q3 dan jangkaan peningkatan beransur-ansur dalam kitaran perdagangan.
“Di sebalik sedang mengawal inflasi dengan menyatakan inflasi mereda di bawah dua peratus tahun ke tahun, Malaysia bagaimanapun menghadapi potensi risiko daripada perubahan Bajet 2024 termasuk kenaikan dua peratus mata dalam cukai perkhidmatan dan pengurangan subsidi bahan api.
"Unjuran inflasi bagi 2023 diturunkan sedikit kepada 2.5 peratus manakala unjuran 2024 kekal pada 2.4 peratus," kata HSBC dalam tinjauan pasaran Malaysia baru-baru ini.
Selain itu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengekalkan kadar OPR pada 3.0 peratus sejak Mei, berbeza dengan negara jiran yang baru-baru ini menyaksikan kenaikan OPR.
HSBC menekankan puncanya adalah disebabkan oleh inflasi di Malaysia berjaya dikawal dengan baik, sebahagiannya disebabkan oleh subsidi berterusan.
“Kami jangkakan BNM akan mengekalkan pendirian ini sehingga akhir 2024, berpotensi diikuti dengan pemotongan kadar 25 mata asas pada suku pertama 2025.
"Bagaimanapun mungkin terdapat peralihan ke arah lebih ketat jika inflasi melonjak berikutan peralihan kepada subsidi bersasar pada 2024," tambahnya.
HSBC menyatakan bahawa pemulihan baru dalam kitaran elektronik global seperti di Korea Selatan dan Singapura memberikan harapan untuk paaran eksport Malaysia.
"Aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang konsisten meletakkan Malaysia sebagai salah satu penerima utama di ASEAN, meningkatkan kapasiti sektor pembuatan untuk lonjakan semula apabila kitaran perdagangan berubah kedudukan.
"Selain itu, sektor berkaitan pelancongan Malaysia yang dirangsang oleh inisiatif seperti program pengecualian visa kepada pelancong China menyumbang kepada daya tahan ekonomi dan daya saing negara," tambahnya. - Dagang News
Dagang News
Mon Jan 15 2024

HSBC berkata, terdapat trend yang menggalakkan dalam perdagangan dengan penurunan eksport menguncup kepada satu digit sejak Oktober. - Gambar hiasan

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.

Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.

Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.

Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.

Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.

Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.

AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.