KUALA LUMPUR: Kekuatan sektor elektrik dan elektronik (E&E) di negara ini telah menarik Tesla untuk memilih Malaysia, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata sektor E&E dan semikonduktor, adalah komponen penting dalam mana-mana pembuatan kenderaan elektrik (EV) dan ini membuktikan Malaysia mempunyai ekosistem yang kukuh untuk menyokong pembuatan EV.
Ditanya mengenai anggaran saiz pelaburan Tesla, Tengku Zafrul berkata ia belum dimuktamadkan.
"Ini adalah pelaburan swasta dan kami akan menunggu," katanya kepada pemberita di luar acara siri forum automasi dan digital bertajuk "Driving Business Thru Digitalisation and Automation-The Journey Together" Malaysian Industrial Development Finance Bhd di sini hari ini.
Tengku Zafrul berkata Tesla akan menubuhkan ibu pejabat di Malaysia, memperkenalkan pusat pengalaman Tesla dan pusat servis Tesla serta mewujudkan rangkaian pengecas supernya.
Pada masa ini, pusat servis rasmi Tesla yang terdekat terletak di Singapura dan pemilik daripada program pajakan Greentech telah menghantar kenderaan mereka ke Hong Kong untuk kerja-kerja utama.
Terdahulu dalam ucapan, Tengku Zafrul berkata MITI telah memutuskan untuk mengkaji semula Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) untuk menyepadukan strategi yang komprehensif dan pelan tindakan untuk memastikan sinergi di peringkat dasar dan industri.
"Kami mahu mewujudkan ekosistem yang menyokong untuk membantu memangkin pembangunan perindustrian Malaysia pada masa depan," katanya.
Beliau berkata selepas kajian semula, NIMP 2030 akan menjadi dokumen rujukan utama dalam melakar masa depan pembangunan perindustrian Malaysia sehingga 2030.
Menurut kaji selidik yang dijalankan secara bersama oleh Bizsphere serta Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), hanya 2.7 peratus daripada PKS melaksanakan inisiatif industri 4.0 dalam proses tertentu untuk pengeluaran mereka.
Sementara itu, sebanyak 75 peratus daripada PKS tidak mengambil sebarang tindakan walaupun sebahagian daripada mereka cuba untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai industri 4.0.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 01 2023
Ditanya mengenai anggaran saiz pelaburan Tesla, Tengku Zafrul berkata ia belum dimuktamadkan. - Gambar fail
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.
[TERKINI] Taklimat media Khazanah Annual Review 2025
Ikuti taklimat media oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sempena Khazanah Annual Review (KAR) 2025 di Innovation Centre, Mercu UEM.
'Bukan main masukkan saja sesuka hati' - YB Masjid Tanah
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik & mempersoalkan kesahihan data kemasukan pelancong asing yang dinyatakan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing dalam laporan media sebelum ini.
#AWANInews
#AWANInews
Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.
Khazanah Nasional catat untung operasi RM5.1 bilion pada 2024
Khazanah Nasional Berhad mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Sidang Dewan Rakyat kecoh, bilangan Ahli Parlimen tidak cukup korum
Sidang Dewan Rakyat kecoh susulan isu bilangan Ahli Parlimen yang hadir didapati tidak cukup korum pada sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, pada Rabu. #AWANInews
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Segmen E&E catat pelaburan direalisasikan sebanyak RM4.8 bln sehingga Jun 2024 - MITI
Prestasi pelaburan tersebut bersamaan 69.5 peratus daripada nilai pelaburan yang direalisasikan untuk sektor perkilangan.
Ekosistem E&E tempatan kukuh tarik Tesla ke Malaysia - Tengku Zafrul
Sektor E&E dan semikonduktor adalah komponen penting dalam mana-mana pembuatan kenderaan elektrik (EV).
MIDA, Standard Chartered Malaysia meterai MoU tarik pelabur antarabangsa
Pelabur asing berkenaan melibatkan sektor yang merangkumi pelaburan bernilai tinggi, teknologi tinggi dan pelaburan berimpak tinggi seperti elektrik dan elektronik, mesin dan peralatan, aeroangkasa.
Eksport Malaysia dijangka rendah, kata MIDF Research
MIDF Research Sdn Bhd menjangkakan eksport Malaysia terus kekal rendah pada bulan-bulan mendatang.