KUALA LUMPUR: Nilai eksport bagi industri halal negara sehingga Oktober ini bernilai RM44.17 bilion, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Liew Chin Tong.
Beliau berkata pada tahun lepas, nilai eksport sektor halal Malaysia yang meliputi produk barangan makanan dan minum, bahan ramuan dan produk kosmetik melonjak 64 peratus kepada RM59.46 bilion berbanding pada 2021.
"MITI menerusi Halal Development Corporation Bhd (HDC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sentiasa mempromosikan produk tempatan ke luar negara termasuk produk halal dari masa ke semasa menerusi penyediaan platform dan kempen perniagaan melalui acara utama seperti Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS)," katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli mengenai usaha kerajaan untuk menaikkan nilai eksport industi halal negara yang berjumlah RM59.46 bilion pada 2022 berbanding peringkat global sekitar RM13.86 trilion.
Liew berkata MIHAS edisi ke-19 merekodkan jualan produk halal mencecah RM3 bilion iaitu 24 peratus lebih tinggi berbanding sasaran selain berjaya memadankan 469 syarikat tempatan dengan 231 pembeli antarabangsa dari 44 negara.
Menurut Liew, Majlis Pembangunan Industri Halal yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang telah berlangsung dua kali pada tahun ini menyasarkan pengurangan birokrasi terhadap proses mendapatkan pensijilan halal Malaysia.
Selain itu, langkah sinergi turut dimulakan dengan penglibatan daripada agensi utama MITI, HDC, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, MATRADE, SIRIM, Jabatan Standards Malaysia dan kerajaan tempatan, katanya.
"Ini juga bertujuan untuk memacu usaha pembangunan industri halal melalui Pelan Induk Industri Halal (HIMP) 2030 mengambil kira penyertaan aktif Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana termasuk bumiputera serta mempergiat pengkomersialan produk penyelidikan dan pembangunan serta inovasi halal," kata Liew.
Beliau berkata teras strategik kedua HIMP yang membuka peluang pasaran baharu untuk produk halal di peringkat antarabangsa menggariskan tiga inisiatif yang mampu membantu meningkatkan pasaran global iaitu, mempertingkat kerjasama eksport dengan negara sasaran, mempromosi jenama halal Malaysia dan memperkukuh kerjasama strategik dengan syarikat multinasional.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian, Liew Chin Tong ketika Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Eksport halal Malaysia cecah RM54 bilion tahun lepas - Tengku Zafrul
Nilai eksport bagi industri halal negara pada tahun lepas mencecah RM54 bilion, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Eksport halal Malaysia cecah RM44.17 bilion sehingga Oktober 2023
Nilai eksport bagi industri halal negara sehingga Oktober ini bernilai RM44.17 bilion, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Liew Chin Tong.