Eksport Malaysia dijangka meraih manfaat daripada permintaan import China yang lebih baik dan kitaran elektronik, menurut laporan Prospek Ekonomi Global daripada Oxford Economics.
Laporan yang dilakukan oleh Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW) berkata pemulihan ekonomi akan bergerak perlahan berikutan permintaan global yang lembap sekarang, kadar pengangguran tinggi dan jumlah pelaburan yang rendah.
Ekonomi Malaysia diunjurkan akan merosot sebanyak 6.0 peratus pada tahun 2020, diikuti oleh pertumbuhan 6.6 peratus pada 2021.
"Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara memburukkan lagi keadaan ekonomi pada suku kedua, langkah PKP itu telah memberi kesan positif dalam mencegah penularan COVID-19, ia akan membantu ekonomi kembali kepada kedudukan stabil," kata laporan tersebut.
PKP Pemulihan telah dilanjutkan sehingga 31 Disember, 2020, semua sektor telah dibenarkan beroperasi kecuali beberapa perniagaan antaranya pusat hiburan.
"Kemasukan pelancong asing juga disekat. Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 15.2 peratus kepada ekonomi Malaysia dengan 194 industri terlibat dalam rantaian sektor ini, termasuk eksport perkhidmatan," katanya.
Menurut laporan itu, COVID-19 telah menjejaskan pertumbuhan pada skala yang besar kepada Asia Tenggara sejak krisis kewangan pada 1997, ia juga menjangkakan bahawa pertumbuhan serantau akan jatuh sebanyak 4.2 peratus pada 2020.
Untuk separuh kedua tahun ini, laporan itu berkata kadar pemulihan akan berbeza-beza di rantau tersebut, ia bergantung kepada kelonggaran sekatan perjalanan dan permintaan eksport yang lebih baik.
Secara keseluruhan, aktiviti serantau semakin pulih dan pertumbuhan dijangka naik kepada 6.4 peratus pada 2021.
Dalam pada itu, Vietnam dijangka menjadi satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mencatat pertumbuhan positif tahun ini dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat sebanyak 2.3 peratus tahun ini, dan 8.0 peratus pada 2021.
Singapura pula diunjurkan menguncup 5.7 peratus dan akan naik semula kepada 6.1 peratus pada 2021, KDNK Indonesia dijangka jatuh kepada 2.7 peratus pada 2020 sebelum mencatatkan kenaikan sebanyak 6.2 peratus tahun depan dan Filipina mencatat penurunan paling banyak, merosot sebanyak 8.2 peratus pada 2020.
Sementara itu, pertumbuhan ekonomi China akan kekal kukuh pada suku kedua pada 2020.
KDNK Malaysia akan meningkat 2.5 peratus pada tahun 2020 dan seterusnya melonjak kepada 7.9 peratus pada 2021, disokong oleh permintaan yang tinggi untuk produk elektronik, eksport alat pelindung dan peralatan perubatan sepanjang tempoh pandemik tersebut.
Bagaimanapun, bagi tempoh sederhana, ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China akan menganggu permintaaan untuk barangan dan meningkatkan gangguan terhadap pembuatan dengan usaha mengurangkan kebergantungan AS terhadap China telah memberi kesan yang negatif.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 21 2020

Ekonomi Malaysia diunjurkan akan merosot sebanyak 6.0 peratus pada tahun 2020, diikuti oleh pertumbuhan 6.6 peratus pada 2021. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

Akauntan turut jadi mangsa skim pelaburan tidak wujud, rugi lebih RM60,000
Polis mengesahkan seorang akauntan kerugian RM65,520 selepas diperdaya sindiket skim pelaburan tidak wujud di aplikasi Telegram.

Akauntan rugi RM2.2 juta terperdaya pelaburan saham
Seorang akauntan kerugian lebih RM2.2 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham.

Penipuan dalam talian: Bekas pensyarah, akauntan rugi lebih RM6 juta
Seorang bekas pensyarah universiti awam dan akauntan masing-masing berputih mata selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian melibatkan kerugian berjumlah RM6.47 juta pada awal bulan ini.

Finas akan latih akauntan untuk ceburi industri kreatif
Finas akan menyediakan latihan kepada akauntan untuk terlibat dalam industri kreatif.

MIA lantik presiden, naib presiden baharu
Mohamad Zabidi dilantik sebagai ahli Majlis MIA pada 15 Dis, menggantikan Datuk Bazlan Osman yang tempoh perkhidmatan berakhir pada 30 Nov.

Akauntan ditipu menang wang, kad kredit digunakan individu tidak dikenali
Mangsa menerima mesej menerusi akaun Facebook memaklumkan telah memenangi wang daripada sebuah syarikat platform beli-belah dalam talian.

Eksport Malaysia raih manfaat menerusi permintaan import dari China
Pemulihan ekonomi akan bergerak perlahan berikutan permintaan global yang lembap sekarang, kadar pengangguran tinggi dan jumlah pelaburan yang rendah.

Akauntan mengaku tidak bersalah 143 tuduhan pecah amanah
Nurul Husna Atiqah Shuib, 32 tahun, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan satu persatu oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Presiden baharu Petronas Tengku Taufik berpengalaman luas dalam sektor minyak dan gas
Pelantikan Tengku Muhammad Taufik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan itu diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

SST 2.0 perlu jadi satu revolusi, kata akauntan
Beliau berkata, walaupun SST adalah cukai yang sudah biasa - hari-hari menjelang pelaksana cukai tersebut buat kali kedua telah dipenuhi dengan kontroversi dan kekeliruan.