KUALA LUMPUR: Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) menyasar eksport semikonduktor negara mencecah RM1.2 trilion menjelang 2030.
Presidennya Datuk Seri Wong Siew Hai berkata sasaran itu akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pengeksport keenam terbesar di dunia dan merupakan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) kira-kira 7.6 peratus daripada nilai eksport semasa.
"Bagi mencapai pertumbuhan ini, Malaysia perlu menumpu untuk meningkatkan keupayaannya merentas rantaian nilai semikonduktor, termasuk pembungkusan canggih, reka bentuk litar bersepadu (IC) dan pembuatan pintar," katanya pada sesi sembang santai di Persidangan Tech in Asia 2024, di sini, semalam.
Wong berkata kerajaan perlu bekerjasama dengan industri tempatan untuk menangani cabaran sedia ada, khususnya masalah kekurangan bakat.
"Dalam pembangunan bakat, kerajaan dan industri perlu bekerjasama untuk menarik, melatih dan mengekalkan lebih ramai tenaga kerja tempatan melalui inisiatif seperti biasiswa, program latihan pelbagai disiplin dan kolaborasi dengan universiti.
"Kami mengunjurkan yang kita memerlukan 300,000 tenaga kerja untuk mencapai sasaran itu, dan 60,000 daripadanya dalam bidang teknikal seperti saintis bahan dan ahli kimia serta jurutera," katanya.
Sementara itu, Wong berkata industri semikonduktor perlu menggunakan khidmat bakat dari negara lain untuk mengisi jurang kosong yang diperlukan negara.
"Kita kini mempunyai 10,000-20,000 bakat asing di Malaysia. Dengan pelajar asing ini belajar di sini terutamanya dalam bidang sains dan kejuruteraan, kita boleh menawarkan mereka untuk bekerja di sini juga.
"Saya fikir hal ini sedang dalam dipertimbangkan tetapi harapnya kita dapat mendengar berita yang baik," katanya.
Pada 2023, eksport industri semikonduktor Malaysia turun tiga peratus kepada RM575.45 bilion daripada RM593 bilion pada 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024
![Eksport semikonduktor Malaysia disasar cecah RM1.2 trilion menjelang 2030 - MSIA Eksport semikonduktor Malaysia disasar cecah RM1.2 trilion menjelang 2030 - MSIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673913020_SektorSemikonduktor.jpg)
Wong berkata industri semikonduktor perlu menggunakan khidmat bakat dari negara lain untuk mengisi jurang kosong yang diperlukan negara. - Gambar fail/MIDA
![Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236340_SamAltman.jpg)
Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion
Reaksi Sam Altman kepada Musk: "Tidak, terima kasih. Tapi kami sudi beli Twitter dengan harga AS$9.74 bilion jika anda mahu."
![PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236309_PLUS.jpg)
PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April
Melalui laporan TheEdge, PLUS dikatakan ingin memulakan ujian rintis untuk sistem tol tanpa palang mereka tersendiri menjelang April.
![Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731393622_garisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
![Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739233803_massgrave.jpg)
Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya
IOM berkata, 19 mayat, sebahagiannya dengan kesan tembakan ditemui di Jikharra, kira-kira 440 kilometer tenggara Benghazi.
![Pemandu lori maut kemalangan di WCE Pemandu lori maut kemalangan di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739233661_kemalangan.jpg)
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
![Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739231725_KedaiRuncitTerbakar.jpg)
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
![Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Harga kopi di NY lonjak 6% akibat 'panic buying'
Harga kopi hadapan di Bursa ICE New York melonjak lebih 6% pada Isnin, mencatat rekod tertinggi baharu melebihi $4.30 (RM19.87) per paun.
Amerika Syarikat larang transgender sertai tentera
Tentera Amerika Syarikat kini melarang individu transgender daripada menyertai pasukan tentera serta menghentikan semua prosedur peralihan jantina bagi anggota yang sedang berkhidmat.
PBB bimbang keadaan tebusan Israel dan tahanan Palestin
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan terhadap keadaan tebusan Israel serta tahanan Palestin yang dilepaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.
![Eksport semikonduktor Malaysia disasar cecah RM1.2 trilion menjelang 2030 - MSIA Eksport semikonduktor Malaysia disasar cecah RM1.2 trilion menjelang 2030 - MSIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673913020_SektorSemikonduktor.jpg)
Eksport semikonduktor Malaysia disasar cecah RM1.2 trilion menjelang 2030 - MSIA
Wong berkata sasaran itu akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pengeksport keenam terbesar di dunia.
![Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia mahu tarik pelaburan dari Belanda Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia mahu tarik pelaburan dari Belanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673913020_SektorSemikonduktor.jpg)
Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia mahu tarik pelaburan dari Belanda
Bakal pelabur Belanda sedang meneroka peluang-peluang perniagaan dalam sektor semikonduktor di rantau Asia Pasifik.
![Sektor semikonduktor dijangka lembap pada 2023 - MSIA Sektor semikonduktor dijangka lembap pada 2023 - MSIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673913020_SektorSemikonduktor.jpg)
Sektor semikonduktor dijangka lembap pada 2023 - MSIA
Syarikat yang mengeluarkan produk pengguna seperti iPhone dan komputer peribadi mengalami hasil lebih rendah berikutan permintaan pengguna yang berkurangan.