Emas sekali lagi menjadi perdebatan utama dalam kalangan pembuat dasar di peringkat global.
Malah, sudah tiba masanya untuk ekonomi global mempunyai satu alternatif terhadap dolar AS yang tidak menentu bagi membolehkan pelabur yang bijak dan sofistikated mengurangkan risiko tukaran mata wang dan melindungi portfolio aset mereka.
Menurut Ketua Ekonomi IQI Global, Shan Saeed, pelabur global yang peka dengan sejarah dan perkembangan ekonomi sentiasa mengutamakan kedudukan dua kelas aset iaitu hartanah dan emas.
Sebagai penyokong tegar sistem monetari dalam tempoh sebelum 1971 yang mengutamakan standard emas, Shan menyifatkan logam baharu itu sebagai wang sebenar yang telah terbukti mengekalkan nilai yang kukuh sejak lebih 100 tahun lepas.
Beliau turut merujuk pendirian para pemimpin global di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang mengukuhkan cadangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggunakan sistem emas bagi mengelak sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) berdasarkan kehendak dan kebijaksanaan negara maju itu.
"Ini amat tidak wajar. Pada pandangan saya, sistem monetari global perlu disemak semula dan berasaskan standard emas untuk beberapa tahun sebagai alternatif kepada dolar AS bagi memantau kecekapan dan kebolehterimaan dalam kalangan pemain pasaran, dan terutamanya kerajaan.
"Kedua-duanya iaitu dolar AS dan emas perlu seiring dan biarlah pembuat dasar atau bank pusat yang menentukan kaedah sistem monetari yang mereka lebih yakini dalam jangka panjang. Idea ini tidak harus dilihat barat sebagai tidak pragmatik kerana ia mengancam hegemoni dolar AS," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Shan berpendapat emas dan dolar perlu diberikan peluang yang sama rata di pasaran kewangan global dari segi kebolehterimaan.
Beliau turut menyifatkan sistem monetari emas sebagai pragmatik dan merupakan penyelesaian wajar dalam pergolakan pasaran kewangan semasa berikutan pelabur telah hilang kepercayaan terhadap dolar AS sejak pelaksanaan dasar bukan ortodoks diperkenalkan iaitu penurunan kuantitatif (QE).
Menurut Shan, selain Malaysia pemain utama yang menyokong emas termasuk China, Rusia, Turki, Jepun, Jerman, Kazakhstan, Malaysia, Luxembourg, Iran, Qatar, Pakistan, Austria, Azerbaijan, Korea Selatan, dan Sri Lanka.
Mengulas selanjutnya, faktor yang mendorong emas untuk meraih sokongan daripada pelbagai kerajaan di peringkat global, Shan berkata ia didorong oleh nilai intrinsik, risiko kaunter parti, malah sejarah telah membuktikan bahawa emas boleh digunakan sebagai medium pertukaran.
Beliau berkata kenaikan berterusan emas pada masa ini telah memberikan keyakinan yang lebih besar dalam kalangan pemain utama pasaran.
Menurut beberapa laporan media kewangan seperti Economist, Wall Street Journal, FT University of Chicago Library, AS, harga emas adalah antara US$35 bagi setiap auns kepada US$850/oz, peningkatan sebanyak 2,328 peratus, ketika peningkatan yang berterusan mulai 1971-1980,
Peningkatan kali kedua berlaku pada 2001-2011 yang menyaksikan harga adalah antara AS$257/oz dan AS$1,923/auns (+648 peratus), manakala kenaikan ketiga bermula 2015 sehingga kini dengan harga bergerak antara AS$1,089/auns dan AS$1,477/auns dengan mencatat pertambahan sebanyak 36 peratus.
Shan menjangka emas akan kekal dalam portfolio aset bagi kebanyakan pelabur pada 2020 dan akan mengatasi logam berharga yang lain pada tahun depan.
"Emas akan diniagakan antara AS$1,500 dan AS$1,700/auns pada tahun depan dengan mengambil kira pelbagai pemboleh ubah eksogen misalnya pembelian oleh bank pusat, QE4 dan kadar faedah yang negatif, langkah Brexit yang tidak jelas, pilihan raya AS, prestasi pasaran yang tidak menentu dan keadaan Eropah yang bergelut. Emas adalah satu-satunya kelas aset yang sifar risiko antara pihak."
Beliau berkata kira-kira 43 negara daripada 195 negara di seluruh dunia yang mengalami ketidaktentuan politik dan sosial.
"Ia mewakili 22 peratus daripada seluruh negara. Ia terjadi kepada ekonomi di mana-mana sahaja apabila masyarakat tidak mempunyai makanan, tiada pekerjaan dan tiada tujuan hidup.. ia merupakan kesengsaraan yang tidak tertanggung.
"Kekacauan sosial adalah kajian kes bagi senario yang sebenar. Orang ramai akan memberontak apabila mereka lapar. Perkemaskan keadaan dan perbaiki sistem kemahiran kerana ekonomi global akan turun dan naik serta tidak boleh dijangka," katanya.
IQI Global adalah syarikat hartanah dan pelaburan terkemuka yang beroperasi dan menasihati pelanggan di Kuala Lumpur, Singapura, Hong Kong, London, Melbourne, Bangkok, Makati, Toronto dan Dubai.
Shan mempunyai lebih 19 tahun pengalaman pasaran kewangan dalam bidang perbankan persendirian, pengurusan risiko/pematuhan, pelaburan komoditi, ekonomi global, jenama dan strategi perniagaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 31 2019
![Emas mampu akhiri hegemoni dolar AS - Penganalisis Emas mampu akhiri hegemoni dolar AS - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/61577811114_goldbarjongkong.jpg)
Sudah tiba masanya untuk ekonomi global mempunyai satu alternatif terhadap dolar AS. - Gambar hiasan
![Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738927130_Jururawat.jpg)
Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA
MMA menggesa kerajaan agar memberi tumpuan kepada penambahbaikan kepada terma perkhidmatan dan imbuhan jururawat berbanding melonggarkan syarat kemasukan ke program diploma kejururawatan.
![Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738151815_Vape.jpg)
Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.
![Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025 Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81613713139_PERODUALOGO.jpg)
Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meningkatkan perbelanjaan modal (capex) kepada RM1.6 bilion tahun ini.
![Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738940860_AaronAgo.jpg)
Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.
![Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738939880_congo.jpg)
Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Aktivis hak asasi manusia melaporkan penganiayaan oleh pemberontak dan tentera Rwanda.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
![PRN: MUDA pilihan alternatif tapi sukar bawa impak - Penganalisis PRN: MUDA pilihan alternatif tapi sukar bawa impak - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691718037_MUDA.jpg)
PRN: MUDA pilihan alternatif tapi sukar bawa impak - Penganalisis
Kehadiran MUDA dalam PRN memberikan alternatif kepada pengundi tetapi sukar memberi kesan kepada keputusan pilihan raya berkenaan.
![Kerajaan kena cari jalan cukupkan bekalan, rakyat tak banyak pilihan - CAKE Kerajaan kena cari jalan cukupkan bekalan, rakyat tak banyak pilihan - CAKE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669752731_ayam.jpg)
Kerajaan kena cari jalan cukupkan bekalan, rakyat tak banyak pilihan - CAKE
Pengguna sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan atau alternatif, dan kerajaan perlu menumpukan usaha terhadap mencukupkan bekalan, mengawal harga serta kualiti bahan.
![Penternak ayam kampung tidak menang tangan Penternak ayam kampung tidak menang tangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653528683_Penternakayamkampu.jpg)
Penternak ayam kampung tidak menang tangan
Pengguna mula beralih kepada ayam kampung sebagai alternatif, memandangkan ia mudah diperoleh.
![Semak SOP untuk situasi krisis luar jangka, tambah alternatif sumber air baharu Semak SOP untuk situasi krisis luar jangka, tambah alternatif sumber air baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/71589476718_WaterPipe.jpg)
Semak SOP untuk situasi krisis luar jangka, tambah alternatif sumber air baharu
SOP itu akan membolehkan SATU bertindak dengan lebih teratur dan menggunakan semua alternatif yang ada untuk membekalkan air bersih.
![Jangan main politik, rakyat lega dengan jaminan Hishammuddin - Penganalisis politik Jangan main politik, rakyat lega dengan jaminan Hishammuddin - Penganalisis politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71627646531_HishammuddinTunHus.jpg)
Jangan main politik, rakyat lega dengan jaminan Hishammuddin - Penganalisis politik
Jaminan 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein benar-benar melegakan rakyat.
![Jual produk ganti vaksin antara objektif kumpulan antivaksin Jual produk ganti vaksin antara objektif kumpulan antivaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61614083216_Pharmaniagavaccine.jpg)
Jual produk ganti vaksin antara objektif kumpulan antivaksin
Mereka mahu menjual produk-produk yang didakwa menggantikan vaksin COVID-19 seperti Vitamin C, Magnesium atau pelbagai jenis minyak.
![Kolam takungan di setiap daerah atasi masalah banjir di Sabah - Bung Moktar Kolam takungan di setiap daerah atasi masalah banjir di Sabah - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611828815_banjir.jpg)
Kolam takungan di setiap daerah atasi masalah banjir di Sabah - Bung Moktar
Ia menjadi tempat menyimpan air alternatif untuk digunakan apabila berlaku gangguan bekalan apabila berlakunya banjir atau musim kemarau.
![Puspakom Cheras ditutup sementara berikutan penularan COVID-19 Puspakom Cheras ditutup sementara berikutan penularan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-01/41484317990_PUSPAKOMGeneric.jpg)
Puspakom Cheras ditutup sementara berikutan penularan COVID-19
Puspakom Sdn Bhd cawangan Cheras ditutup sementara bermula esok hingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak selepas seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19.
![Piala Malaysia: MKN perlu perhalusi semula keputusan, kata Ahli Parlimen Piala Malaysia: MKN perlu perhalusi semula keputusan, kata Ahli Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/81594978475_950x600.jpg)
Piala Malaysia: MKN perlu perhalusi semula keputusan, kata Ahli Parlimen
Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu perhalusi semula keputusan untuk tidak membenarkan saingan Piala Malaysia 2020 dilangsungkan.
![Tiba masanya jadikan air bawah tanah, alternatif sumber air mentah negara Tiba masanya jadikan air bawah tanah, alternatif sumber air mentah negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603943991_TBPENCEMARANSUNGAI.jpg)
Tiba masanya jadikan air bawah tanah, alternatif sumber air mentah negara
Ishak Hasnan berkata sudah tiba masanya LRA dilengkapi dengan sumber air mentah alternatif yang lebih terjamin bebas daripada pencemaran yang dapat mengurangkan kebergantungan kepada air sungai.