Enam bank Islam telah memeterai Perjanjian Kerjasama Strategik bagi membangunkan Dana Wakaf untuk pemerkasaan ekonomi, pendidikan, kesihatan dan pelaburan dalam usaha merangsang ekonomi masyarakat Islam.
Perjanjian itu ditandatangani semalam oleh Affin Islamic Bank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd, Maybank Islamic Bhd dan RHB Islamic Bank Bhd.
Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata, bank Islam, dengan infrastruktur sedia ada, kepakaran risiko dan perbankan akan bekerjasama menjana kesan positif dan mapan kepada ekonomi, masyarakat dan persekitaran.
Ketika ini, lapan majlis agama Islam negeri bersetuju mengambil bahagian dalam inisiatif ini dan bank Islam bersama majlis agama terlibat akan mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Bersama untuk memantau projek tersebut dengan rapi.
Dalam kerjasama strategik ini, bank Islam yang terlibat bersetuju membenarkan saluran perbankan mereka diguna pelanggan mereka untuk menyumbang kepada projek pilihan mereka.
"Ini termasuk pendedahan mengenai keperluan dan pelaporan kepada penderma dan pembiaya yang setanding dengan operasi perbankan Islam yang lain," kata Mohd Redza dalam satu kenyataan hari ini.
Inisiatif berkenaan yang akan dilancar pada suku keempat tahun ini, akan membolehkan rakyat Malaysia menggunakan saluran perbankan enam bank Islam tersebut untuk terlibat dalam pembangunan projek wakaf yang dikenal pasti.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 08 2017
MOHD REDZA: Kerjasama menjana kesan positif dan mapan kepada ekonomi, masyarakat dan persekitaran.
JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0
Skuad kendalian Hector Bidoglio berada di puncak kedudukan liga dengan mengumpul 55 mata, sementara Selangor di tangga kedua dengan perbezaan 16 mata.
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
Affin Islamic optimis raih 40 peratus bahagian pasaran perbankan Islam pada 2019
Affin Islamic Bank Bhd optimis untuk mencapai 40 peratus bahagian pasaran kewangan perbankan Islam menjelang 2019, didorong oleh pertumbuhan dalam segmen pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS
Enam bank Islam bekerjasama bangunkan Dana Wakaf
Enam bank Islam memeterai Perjanjian Kerjasama Strategik bagi membangunkan Dana Wakaf untuk pemerkasaan ekonomi, pendidikan, kesihatan dan pelaburan.