SEPANG: Ethiopian Airlines (ET) menyambung semula penerbangannya untuk laluan Kuala Lumpur-Addis Ababa bermula hari ini dengan menyediakan empat penerbangan seminggu selepas menghentikan operasinya pada 2021 akibat pandemik COVID-19.
Pengarah Urusan Ethiopian International Services (EIS), Mesfin Biru berkata ET teruja untuk menyambung semula penerbangannya ke Kuala Lumpur selepas menggantungkannya selama dua tahun.
EIS ialah salah satu daripada tujuh pusat perniagaan untuk Ethiopian Airlines.
Beliau berkata ET memulakan penerbangan antara Addis Ababa dan Kuala Lumpur dengan menyediakan perkhidmatan tiga kali seminggu pada tahun 2012, bagaimanapun penerbangan itu digantung pada 2021 berikutan sekatan perjalanan akibat pandemik.
"Penyambungan semula penerbangan itu membuka semula pilihan perjalanan yang mudah dan lancar antara Kuala Lumpur dan lebih 60 destinasi di Afrika. Kuala Lumpur adalah destinasi pilihan untuk pengembara perniagaan dan percutian.
"Penerbangan ini juga merupakan salah satu saluran yang mengeratkan hubungan diplomatik dan sosioekonomi antara Malaysia dan Afrika, justeru penyambungan semula perkhidmatan ini memainkan peranan penting dalam hubungan antara kedua-dua negara," katanya kepada pemberita pada majlis menyambut ketibaan penumpang sempena penyambungan semula penerbangan Ethiopian Airlines ke Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini.
Turut hadir Konsul Kehormat Ethiopia di Malaysia, Datuk Azmall Jamaluddin.
Pesawat B787 ET dari Addis Ababa yang membawa 190 penumpang itu disambut dengan tabik hormat meriam air ketika mendarat di Terminal 1 KLIA pada pukul 5 petang.
Mesfin berkata ET yakin dengan potensi yang semakin meningkat antara negara-negara di Afrika dan Malaysia daripada segi pelancongan, perdagangan, aktiviti ekonomi serta pertukaran sosial dan budaya.
"Malaysia telah menjadi sebuah ekonomi yang hebat dan Afrika mahu menjalinkan hubungan dengan Malaysia dalam aktiviti perdagangan, ekonomi, sosial dan pelancongan. Terdapat potensi yang semakin meningkat memandangkan kumpulan berpendapatan sederhana sedang berkembang pesat di Afrika," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 26 2023

Ethiopian Airlines (ET) menyambung semula penerbangannya untuk laluan Kuala Lumpur-Addis Ababa bermula hari ini dengan menyediakan empat penerbangan seminggu selepas menghentikan operasinya pada 2021 akibat pandemik COVID-19. - Gambar fail/REUTERS
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Keluarga mangsa nahas Ethiopian Airlines fail 'keputusan pembunuhan tidak sah' pada inkues
Peguam untuk keluarga itu akan mendapatkan "keputusan membunuh secara tidak sah" pada inkues yang akan bermula di Horsham pada Isnin.

Ethiopian Airlines sambung semula laluan Addis Ababa-KL
Ethiopian Airlines (ET) menyambung semula penerbangannya untuk laluan Kuala Lumpur-Addis Ababa bermula hari ini.

Pesawat terlepas landasan, juruterbang dilapor tertidur ketika penerbangan
Insiden berlaku pada 15 Ogos lalu ketika pesawat Boeing 737-800 milik Ethiopian Airlines itu dalam perjalanan dari Khartoum ke Addis Ababa.

Ryanair tempah 75 unit Boeing 737 Max
Pesanan itu dibuat beberapa minggu sebelum pesawat berkenaan menyambung kembali penerbangan komersial.

Keluarga mangsa nahas pesawat kecewa Boeing 737 Max dibenar terbang semula
Masih terlalu awal untuk meluluskan penerbangan semula pesawat Boeing 737 Max, luah ahli keluarga mangsa yang terkorban.

Boeing 737 Max dibenar terbang semula selepas dua tahun digantung operasi
Pesawat berkenaan melalui proses penilaian selama 20 bulan dan juruterbang akan diberikan latihan semula.

Boeing, FAA bertanggungjawab atas nahas Lion Air, Ethiopian Airlines - Laporan siasatan
Pengeluar pesawat, Boeing dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, FAA disifatkan bertanggungjawab ke atas dua nahas melibatkan pesawat 737 Max yang mengorbankan 346 penumpang dan anak kapal.

Boeing diketip sayap, Airbus melayang rentap
Buat pertama kalinya sejak 2011, Airbus berjaya menjual dan menyerah lebih banyak pesawat ke pasaran berbanding Boeing.

Boeing pecat CEO Dennis Muilenburg selepas gagal tangani persepsi buruk
Keputusan berkenaan diumumkan ekoran kesan kepada reputasi Boeing yang buruk dalam kalangan syarikat penerbangan dan penguat kuasa.

'Pelanggan hilang keyakinan' - Garuda batal tempahan pesawat Boeing 737 Max 8
Garuda Indonesia mahu batal pesanan pesawat Boeing 737 Max kerana pelanggan sudah hilang keyakinan dengan tahap keselamatan pesawat itu.