KUALA LUMPUR: Farm Fresh Bhd bercadang untuk membeli tanah perindustrian pegangan bebas di Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan berharga RM18.24 juta.
Dalam pemaklumannya di Bursa Malaysia semalam, Farm Fresh berkata syarikat itu merancang untuk menggunakan tanah tersebut bagi membangunkan hab pembuatan baharu di wilayah tengah Semenanjung Malaysia yang lebih besar.
Menurut syarikat tenusu itu lagi, ia adalah bertujuan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran sedia ada kumpulan bagi produk tenusu dan berasaskan tumbuhan, serta penawaran produk baharu bersebelahan.
"Tanah itu terletak secara strategik di wilayah tengah Semenanjung Malaysia, yang akan membolehkan kumpulan itu meningkatkan kecekapan kosnya dengan mengurangkan kos pengangkutan, kerana hab pembuatan baharu itu akan lebih dekat dengan pelanggannya di Lembah Klang," katanya.
Farm Fresh berkata, pengambilalihan tanah daripada THP Enstek Development Sdn Bhd itu dijangka siap dalam tempoh enam hingga sembilan bulan, dan akan dibiayai sepenuhnya daripada hasil tawaran awam permulaannya.
Saham dalam Farm Fresh ditutup satu sen atau 0.61% lebih rendah pada RM1.62 pada 30 Jun 2022, memberikan kumpulan itu permodalan pasaran RM3.01 bilion. - DagangNews.com
Dagang News
Fri Jul 01 2022

Pengambilalihan tanah daripada THP Enstek Development Sdn Bhd itu dijangka siap dalam tempoh enam hingga sembilan bulan. - DagangNews

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pusat Multidimensi Farm Fresh bantu murid miskin dalam akademik
Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan Farm Fresh untuk mewujudkan Pusat Multidimensi bagi mencegah tekanan kemiskinan multidimensi dalam kalangan murid sekolah.

Farm Fresh bakal buka 300 cawangan Jom Cha seluruh negara
Setakat ini 25 cawangan sudah dibuka di kebanyakan pasar raya besar di seluruh negara, selain menyasarkan 100 cawangan pada akhir tahun ini.

Prospek Farm Fresh lebih cerah mulai separuh kedua FY23, Maybank IB kekal saranan 'beli'
Ssyarikat tenusu bersepadu itu dijangka merekodkan pertumbuhan mulai separuh kedua tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023 dan seterusnya.

Inovasi Farm Fresh GROW, Siti Nurhaliza jadi duta rasmi
Pengeluar produk tenusu terbesar di Malaysia, Farm Fresh Berhad melancarkan produk baharunya, Farm Fresh GROW, sejajar usaha menyokong gaya hidup sihat khusus bagi kanak-kanak di Malaysia.

Farm Fresh: Program PSS platform lahirkan generasi cerdas dan cemerlang
Program CSR Farm Fresh bersempena PSS telah menjelajah 20 buah sekolah dengan memberikan pendidikan kebaikan minum susu.

Jelajah Generasi Farm Fresh kembali kongsi kebaikan susu dalam kalangan murid
Jelajah Generasi Farm Fresh kali ini akan melibatkan negeri Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Kedah.

Farm Fresh mahu beli tanah di Negeri Sembilan jadi hab pembuatan baharu
Syarikat itu merancang untuk membangunkan hab pembuatan baharu di wilayah tengah Semenanjung yang lebih besar.

Farm Fresh catat keuntungan bersih RM11.46 juta 3QFY22
Farm Fresh catat keuntungan bersih RM11.46 juta 3QFY22 | Dagang News

IPO Farm Fresh telah terlebih langgan
Farm Fresh Bhd, pengendali ladang tenusu yang dijadual disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 22 Mac, mengumumkan tawaran awam permulaannya (IPO) telah mencatat lebihan langganan.

'Bos Susu' sedia jadi penaja Gegar Vaganza musim akan datang
Azmi Zainal berkata Farm Fresh berbesar hati dan bersedia untuk menaja Gegar Vaganza pada musim akan datang.