PRESIDEN Joe Biden mengumumkan pencalonan semula Jerome Powell sebagai Pengerusi Rizab Persekutuan (The Fed) Amerika Syarikat untuk penggal kedua.
Biden turut memuji dasar monetari di bawah kepimpinan Powell yang disifatkan membina keyakinan dan mencergaskan kembali pasaran buruh.
"Mungkin ada yang mempersoalkan mengapa saya mencalonkan semula Jay (Jerome Powell) memandangkan dia adalah pilihan Presiden daripada Republican.
"Mengapa saya tidak ambil seorang Demokrat atau muka baharu, dan membawa The Fed kepada hala tuju baru?
"Begini, dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi ini, kita perlukan kestabilan dan kebebasan di The Fed.
"Jay sudah membuktikan kebebasan dalam membuat keputusan dan saya hargainya.
"Ketika pentadbiran sebelum ini, beliau menolak campur tangan politik dan berjaya mengekalkan integriti dan kredibiliti institusi ini.
"Ini salah satu sebab mengapa Jay dipilih.
Susulan pengumuman itu, pasaran saham Amerika Syarikat ditutup sedikit tinggi pada Isnin.
Indeks Dow Jones meningkat 0.05 peratus namun indeks Nasdaq susut 1.26 peratus. S&P 500 turut susut 0.32 peratus.
Penyusutan Nasdaq berkait rapat dengan sentimen bahawa pengekalan Jerome Powell memberi bayangan The Fed akan mengubah kadar faedah.
Namun bagi S&P 500, meskipun ia susut tetapi kaunter berkait kewangan menokok 1 peratus.
Astro Awani
Tue Nov 23 2021
![The Fed: Joe Biden umum pencalonan semula Jerome Powell The Fed: Joe Biden umum pencalonan semula Jerome Powell](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637645271_TBBiden.jpg)
Jerome Powell berucap selepas Joe Biden (belakang) mengumumkan pelantikan semula beliau sebagai pengerusi Rizab Persekutuan AS pada satu majlis di White House, Washington, 22 Nov, 2021. (Foto AP)
![UTM sedia menerajui pembangunan AI negara UTM sedia menerajui pembangunan AI negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41619931419_UTM.jpg)
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
![FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642351694_KelapaMentah.jpg)
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
!['Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha 'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737583420_TBzaliha.jpg)
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Putin dakwa konflik Ukraine tidak berlaku jika Trump terajui White House lebih awal Putin dakwa konflik Ukraine tidak berlaku jika Trump terajui White House lebih awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734650053_tbPutinDonaldTrum.jpg)
Putin dakwa konflik Ukraine tidak berlaku jika Trump terajui White House lebih awal
Moscow tidak pernah menolak peluang untuk berhubung dengan pentadbiran AS.
![Trump akan batalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden Trump akan batalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737427211_tbDonaldTrumpJoe.jpg)
Trump akan batalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden
Donald Trump mengumumkan rancangan untuk membatalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden sebelum ini.
![Trump temui surat yang ditinggalkan Biden untuknya di Pejabat Oval Trump temui surat yang ditinggalkan Biden untuknya di Pejabat Oval](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737422118_tbDonaldTrumplett.jpg)
Trump temui surat yang ditinggalkan Biden untuknya di Pejabat Oval
Joe Biden tinggalkan surat buat penggantinya dalam laci di Pejabat Oval.
![Trump janji batal beberapa perintah eksekutif Biden selepas angkat sumpah Trump janji batal beberapa perintah eksekutif Biden selepas angkat sumpah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737337929_DonaldTrump.jpg)
Trump janji batal beberapa perintah eksekutif Biden selepas angkat sumpah
Menurut laporan media AS, Trump dijangka menandatangani lebih 100 perintah eksekutif pada hari pelantikannya.
![Trump, Biden minum pagi di White House sebelum majlis angkat sumpah Trump, Biden minum pagi di White House sebelum majlis angkat sumpah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731554749_DonaldTrumpJoeBi.jpg)
Trump, Biden minum pagi di White House sebelum majlis angkat sumpah
Majlis angkat sumpah akan dipindahkan ke dalam bangunan Capitol disebabkan cuaca sejuk.
![TikTok mula ditutup di Amerika esok kecuali jika Biden campur tangan TikTok mula ditutup di Amerika esok kecuali jika Biden campur tangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735364154_TBtiktok.jpg)
TikTok mula ditutup di Amerika esok kecuali jika Biden campur tangan
Jaminan yang diperlukan ialah Apple, Google dan penyedia perkhidmatan lain tidak akan dikenakan tindakan kerana terus menyokong TikTok.
![Pentadbiran Biden tidak akan kuatkuasakan pengharaman TikTok, kata pegawai Rumah Putih Pentadbiran Biden tidak akan kuatkuasakan pengharaman TikTok, kata pegawai Rumah Putih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737110164_USflagTikToklo.jpg)
Pentadbiran Biden tidak akan kuatkuasakan pengharaman TikTok, kata pegawai Rumah Putih
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden tidak akan melaksanakan larangan TikTok sehari sebelum beliau meninggalkan jawatannya pada Isnin.
![Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737008478_KeretakeluaranCh.jpg)
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
![Biden larang kemasukan kenderaan pintar dari China, Rusia atas risiko keselamatan Biden larang kemasukan kenderaan pintar dari China, Rusia atas risiko keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676735078_electriccars.jpg)
Biden larang kemasukan kenderaan pintar dari China, Rusia atas risiko keselamatan
Presiden Amerika Syarikat mengumumkan larangan terhadap teknologi dari China dan Rusia dalam kenderaan, berikutan kebimbangan keselamatan.
![PM Jepun gesa Biden tangani kebimbangan berhubung urusan pembelian syarikat keluli AS PM Jepun gesa Biden tangani kebimbangan berhubung urusan pembelian syarikat keluli AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736809409_NipponSteel.jpg)
PM Jepun gesa Biden tangani kebimbangan berhubung urusan pembelian syarikat keluli AS
Ishiba berkata persekitaran pelaburan yang mesra adalah penting bagi memastikan keselamatan ekonomi dalam kalangan sekutu dan rakan kongsi.