PASIR SALAK: Felcra Berhad Wilayah Perak tidak akan berkompromi dan memandang remeh setiap isu melibatkan integriti dalam kalangan petugas agensi itu, kata Pengurus Besarnya Yusoff Razali.
Beliau berkata institusi itu akan sentiasa melakukan perubahan dan penambahbaikan bagi memastikan tiada warga kerjanya yang terjebak dengan penyelewengan atau salah guna kuasa.
Beliau berkata budaya integriti harus diamalkan pada setiap peringkat agar tadbir urus selari dengan kehendak peraturan, pekeliling, arahan dalaman dan akta yang berkuat kuasa.
"Felcra Berhad merupakan sebuah organisasi korporat dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan dan terlibat dalam aktiviti sektor pembangunan hartanah, perladangan, pembajaan dan lain-lain pembangunan yang kita peroleh peruntukan daripada kementerian.
"Kami komited menjalankan kerja yang diamanahkan, bebas daripada sebarang bentuk rasuah termasuk ketirisan dana awam atau perolehan serta pemberian kerja-kerja kepada kontraktor. Jadi, tidak kira pegawai atasan mahupun bawahan perlu memahami maksud integriti ini," katanya dalam sidang media di sini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Pemantapan Integriti dan Pencegahan Rasuah Felcra Berhad Wilayah Perak di Kolej Felcra, yang turut dihadiri Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak Ahmad Sabri Mohamed.
Sebanyak 60 peserta termasuk 27 pengurus kawasan di seluruh Perak dan 20 pegawai pengurusan tertinggi di pejabat wilayah terlibat dalam program itu.
Antara pengisian program ialah sesi penerangan dan dialog mengenai kesalahan rasuah di bawah Akta SPRM 2009 dan Liabiliti Korporat Seksyen 17A Akta SPRM 2009 (Pindaan 2018) serta taklimat ringkas mengenai pengendalian proses siasatan.
Sementara itu, Ahmad Sabri berkata SPRM akan terus bekerjasama dengan mana-mana pihak sama ada sektor awam, syarikat berkaitan kerajaan mahupun swasta agar tiada ruang dan peluang kepada amalan rasuah.
"Kita semua sedia maklum bahawa kerajaan hari ini mahu memastikan sasaran Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada tangga 25 teratas dunia boleh dicapai dalam tempoh 10 tahun akan datang.
"Jadi fokus membenteras amalan rasuah termasuk di Perak ini melibatkan semua lapisan masyarakat," katanya sambil menambah suruhanjaya itu akan terus melipatgandakan usaha bagi membawa mereka yang terlibat rasuah dan salah guna kuasa ke muka pengadilan untuk tindakan sewajarnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2023
Felcra akan sentiasa melakukan perubahan dan penambahbaikan bagi memastikan tiada warga kerjanya yang terjebak dengan penyelewengan atau salah guna kuasa.
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit, Johor dan Perak kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 pagi ini.
AWANI Pagi :Kurang minat SPM: Perlu empati atau kritikan
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Dr. Nur Shahidah Paad, Pensyarah Kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) membincangkan mengenai psikologi kumpulan pelajar yang tidak berminat dengan peperiksaan penting seperti SPM dan bagaimana cara sewajarnya memberi motivasi kepada mereka untuk mementingkan ilmu menjamin masa depan.
500 tan metrik kelapa sebulan di bawa masuk bermula Februari - KPKM
FAMA mengambil langkah proaktif bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia.
Felcra Berhad tidak kompromi rasuah
Felcra Berhad Wilayah Perak tidak akan berkompromi dan memandang remeh setiap isu melibatkan integriti dalam kalangan petugas agensi itu, kata Pengurus Besarnya Yusoff Razali.
Kerajaan kenal pasti keluasan tanah untuk aktiviti agromakanan - Zahid
Ahmad Zahid berkata hal ini secara tidak langsung akan memberi peluang kepada peserta Felcra dan generasi seterusnya sebagai tenaga kerja dalam bidang terbabit.
Bantu tiga daerah termiskin antara fokus KKDW bantu Sabah - Ahmad Zahid
Pihak Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sendiri telah menyuarakan saranan, supaya KKDW dapat membantu tiga daerah itu.
Perbicaraan Bung Moktar, Zizie Izette bermula 23 September
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad diarah untuk membela diri atas pertuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan Felcra Berhad.
Bung Moktar, Zizie Izette diarah bela diri atas pertuduhan rasuah
Bung Moktar dan Seri Zizie Izette diarah untuk membela diri atas pertuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan Felcra Berhad.
Keputusan kes rasuah Bung Moktar, Zizie Izette esok
Ia membabitkan suapan bagi mendapatkan kelulusan Felcra Berhad melabur RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual.
KPLB beri lebih RM10 juta laksana aktiviti perkasa usahawan luar bandar
Penyaluran itu merupakan inisiatif membantu usahawan luar bandar untuk membudayakan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
COVID-19: Felcra laksana proses sanitasi, situasi terkawal dan selamat
Operasi pembersihan sanitasi secara menyeluruh melibatkan enam tingkat di Wisma FELCRA bermula pada hari ini dan esok.
COVID-19: Tidak perlu sampai tutup pejabat - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia memadai dengan mengambil langkah pencegahan dan menjalankan disinfeksi.
Bung Moktar dan Zizie mengaku tidak bersalah tuduhan rasuah babitkan RM2.8 juta
Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan rasuah membabitkan Felcra Berhad berjumlah RM2.8 juta.