KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd (FGV) telah membayar balik yuran pengambilan berjumlah RM72.2 juta kepada 19,673 pekerja migrannya dalam usaha menangani Perintah Pelepasan Penahanan (WRO) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP).
Dalam kenyataannya di laman sesawang rasmi hari ini, syarikat perladangan itu berkata telah memperuntukkan sejumlah RM112 juta untuk membuat bayaran balik yuran pengambilan kepada semua pekerja migran sedia ada, termasuk bekas pekerja.
Pembayaran itu dilaksanakan dalam tiga peringkat masing-masing pada Mac, Jun dan September 2023.
FGV turut menegaskan telah memberi keutamaan kepada pelaksanaan pelan pemulihan bagi mendukung hak pekerja serta membuat segala penambahbaikan dalam amalan pengurusan pekerja.
"Malah, antara komponen utama dalam pelan pemulihan FGV adalah program pembayaran balik yuran pengambilan pekerja yang dikenakan oleh pihak ketiga ke atas pekerja-pekerja migran syarikat.
"Dalam proses pengesahan pembayaran balik kepada pekerja migran, FGV telah melantik syarikat konsultan antarabangsa, LRQA bagi kerja-kerja pengesahan usaha pembayaran balik yang telah dibuat," katanya.
LRQA melaksanakan prosedur pengesahan itu antara 30 Oktober dan 24 November 2023 yang menunjukkan 100 peratus pekerja ditemu bual telah menerima pembayaran balik oleh FGV.
Maklum balas positif daripada pengesahan LRQA juga jelas mencerminkan komitmen FGV dalam menjaga kebajikan dan hak pekerja manakala bekas pekerja migran FGV yang layak turut menerima pampasan bagi yuran pengambilan pekerjaan.
"Menerusi kerjasama LRQA, FGV sedang bekerja keras menghubungi semula bekas-bekas pekerja migrannya untuk memaklumkan mengenai program pembayaran balik.
"Hebahan mengenainya turut disiarkan secara berkala di media sosial serta akhbar-akhbar tempatan terkemuka di negara asal bekas pekerja migran," katanya.
Menurut FGV, usaha-usaha pembayaran balik bekas pekerja migran FGV akan dijalankan sehingga penghujung 2024 dan setakat ini syarikat itu telah membayar pampasan kepada 415 orang bekas perkerja migran dengan jumlah terkumpul sebanyak RM1.77 juta.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Nazrul Mansor berkata FGV komited terhadap prinsip 'tiada yuran pengambilan dikenakan kepada pekerja FGV.'
"Kami telah berusaha untuk memastikan prosedur pengambilan pekerja syarikat adalah selari dengan piawaian amalan pengambilan pekerja beretika," katanya.
Pada masa sama, FGV telah memperkukuh prosedur-prosedur pengambilan pekerja migran dengan pelaksanaan langkah-langkah tambahan, termasuk menugaskan LRQA membuat kaji selidik dalam kalangan pekerja migran baharu untuk memastikan mereka tidak membuat sebarang bayaran pengambilan kerja kepada mana-mana pihak.
Selain itu, perjanjian terkini FGV dengan agensi-agensi pekerjaan yang dilantik juga menyatakan tanggungjawab mereka untuk mengembalikan sebarang bayaran yuran pengambilan pekerja yang telah dilaporkan oleh pekerja-pekerja migran dan semua pemulangan oleh agensi-agensi berkenaan akan disemak oleh LRQA.
Malah, latar belakang agensi-agensi pekerjaan akan disiasat sebelum pelantikan oleh FGV dan agensi itu juga diwajibkan menjalani proses penilaian dan program naik taraf kendalian LRQA bagi memastikan pematuhan amalan pengambilan pekerja yang beretika, katanya.
FGV percaya bahawa inisiatif-inisiatif serta langkah-langkah ini akan memperkukuh amalan pengurusan pekerjanya, sejajar dengan usaha-usaha menamatkan WRO.
"LRQA dijangka menjalankan penilaian lanjut pada suku pertama 2024 bagi menilai pelaksanaan keseluruhan perancangan pemulihan FGV.
"Sekiranya penilaian tersebut mendapati perancangan pemulihan berjalan lancar, FGV akan menghantar petisyen kepada CBP bagi menamatkan WRO yang dijangka pada suku kedua 2024," kata syarikat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2024

FGV berkata telah memperuntukkan sejumlah RM112 juta untuk membuat bayaran balik yuran pengambilan kepada semua pekerja migran sedia ada, termasuk bekas pekerja.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Malaysia sokong komitmen Indonesia teruskan mandat biodiesel B40 - Johari
Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah dibuat Indonesia itu membantu industri minyak sawit secara keseluruhannya.

Pekebun kecil disaran tingkat hasil sawit hingga 10 tan setahun untuk perkukuh industri - Johari
Golongan pekebun kecil kelapa sawit disaran untuk meningkatkan kadar pengeluaran hasil antara lima hingga 10 tan metrik setahun.

FGV sempurnakan agihan dan pembayaran zakat bagi 2024 berjumlah RM19.9 juta
Sesi kesembilan program FGV Seikhlas Hati bagi tahun 2024 memberi manfaat kepada kira-kira 1,900 orang asnaf seluruh negara.

FGV pacu kemajuan industri sawit melalui inovasi lestari
FGV Holdings Berhad (FGV) telah mengadakan program bersama media bagi mempamerkan usaha-usaha kelestarian yang dilaksanakan oleh syarikat tersebut dalam menetapkan penanda aras baharu industri sawit.

FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.

FGV akan laksanakan pembaharuan, inovasi pastikan hasil kelapa sawit tidak terjejas
FGV melaksanakan penyelidikan dan pembangunan bagi mencari jalan memastikan hasil ladang dapat menampung keperluan dan permintaan pasaran.

FGV kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja bertanggungjawab
FGV Holdings Bhd kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja yang bertanggungjawab dan prinsip 'tiada yuran pengambilan' untuk bekas pekerja migran melalui program pembayaran baliknya.

FGV lancar Rangka Kerja Kelestarian, raih manfaat jangka panjang
FGV Holdings Bhd (FGV) melancarkan Rangka Kerja Kelestarian terbaharu yang diperkasa, sekali gus mengorak langkah ke arah komitmen berterusan FGV terhadap agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.