“Saya tak nampak kenapa saya harus dipersalahkan atau diberhentikan oleh kerana ‘normal business’ ini.”
Itu reaksi Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad ekoran menerima arahan bercuti serta-merta daripada syarikatnya.
Zakaria diarahkan bercuti untuk memberi laluan kepada siasatan berhubung tunggakan bayaran daripada syarikat Safitex bagi produk keluaran Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FGV.
Beliau menyifatkan kelewatan bayaran daripada Safitex sebagai satu ‘perkara biasa’ terutamanya dalam dunia perniagaan.
“Bagi saya ini adalah proses normal. Saya menganggap ini bukan perkara yang luar biasa. Bukan melibatkan integrity, governance atau rasuah.
“Ini biasa dalam bisnes. Kalau dengan bank, misalnya, memang perkara biasa kalau ada yang lambat bayar. Cuma kita perlu berusaha untuk kutip hutang itu. Bukannya mereka dah bankrap. Lagipun syarikat itu telah berterus-terang dengan kita yang ia bermasalah.
"Bagi saya, saya tak nampak kenapa saya harus dipersalahkan atau diberhentikan oleh kerana ‘normal business’ ini,” katanya dalam satu temu ramah dengan Buletin AWANI khas petang tadi.
Zakaria turut menzahirkan perasaan sedih terhadap cara isu ini ditangani.
“Perasaan saya sudah tentulah sedih kerana setelah 33 tahun bekerja di FGV, ini merupakan satu sejarah yang amat penting dalam karier saya.
“Sudah tentulah sesiapa yang bekerja selama 33 tahun yang DNAnya ada Felda, tentulah sedih,” katanya lagi.
Tambah Zakaria lagi, beliau sedia bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya siasatan dilakukan.
“Saya menyeru kepada SPRM supaya datang ke FGV, lihat FGV secara keseluruhannya. Tengok secara keseluruhan. Jangan pilih-pilih. Sama-sama kita clear the air. Senang,” tambahnya.
Sebelum ini, Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad mengesahkan pihaknya telah menyerahkan surat kepada Zakaria mengarahkan beliau bercuti serta-merta.
Isa dalam satu media khas yang disiarkan secara langsung di Astro AWANI hari ini mengesahkan bahawa satu Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah yang terdiri daripada dua pengarah FGV, Datuk Dr Omar Salim dan Datuk Mohd Zafer Mohd Hashim, bersama-sama dengan Ketua Kelompok Logistik, Azman Ahmad, akan mengambil alih tanggungjawab untuk melaksanakan fungsi Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif.
T K Letchumy Tamboo
Tue Jun 06 2017

Beliau meyifatkan kelewatan bayaran daripada Safitex sebagai suatu perkara biasa terutamanya dalam dunia perniagaan.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.

FGV lantik Azman Ahmad sebagai pemangku ketua pegawai eksekutif kumpulan
FGV Holdings Bhd (FGV) telah melantik Azman Ahmad sebagai pegawai yang bertanggungjawab sebagai pemangku ketua pegawai eksekutif kumpulan (GCEO) berkuat kuasa pada 16 Mei, 2021.

Ahmad Maslan mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan
Ahmad Maslan mengaku tidak bersalah atas tuduhan gagal isytihar kepada LHDN RM2 juta yang diterima daripada Najib Razak dan beri pernyataan palsu kepada SPRM.

FGV: Kenapa saya dipersalahkan, ia hanya urus niaga biasa - Zakaria
Beliau menyifatkan kelewatan bayaran daripada Safitex sebagai suatu perkara biasa terutamanya dalam dunia perniagaan.