Felda Global Ventures Holdings (FGV) Bhd menyarankan semua pelabur utamanya menilai prestasi syarikat itu bagi tempoh jangka masa yang lebih panjang.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Kumpulan Datuk Zakaria Arshad mengakui sememangnya berlaku kerugian di atas kertas kepada semua pelabur-pelabur utama FGV namun katanya sebagai sebuah syarikat perladangan terdapat faktor-faktor secara langsung seperti cuaca yang memberi kesan kepada prestasi.
Menurutnya, meskipun faktor-faktor tersebut telah mempengaruhi sentimen pelabur ke atas saham kaunter berasaskan komoditi sawit termasuk FGV, tetapi fundamental syarikat itu perlu diambil kira.
"Apa yang penting ialah kita perlu melihat bahawa fundamental Kumpulan FGV masih lagi kukuh dan seharusnya menjadi perkara yang dipertimbangkan bagi meyakinkan pelaburan," kata Zakaria dalam satu kenyataan pada Selasa bagi menjawab berkenaan kerugian pelabur-pelabur saham utama FGV.
Sejak disenaraikan pada 2012, FGV tidak pernah gagal memberi dividen kepada semua pemegang saham walaupun berdepan dengan situasi yang mencabar.
"Ini jelas menunjukkan FGV adalah sebuah syarikat yang kukuh dan berpotensi besar untuk berkembang pada masa depan," katanya.
Saham FGV didagangkan sekitar RM1.50-RM1.70 pada bulan ini.
Zakaria berkata, ketika disenaraikan pada Jun 2012, harga saham FGV diterbitkan pada RM4.55 sesaham dan melonjak ke paras melebihi RM5.00 pada awal apungan disebabkan sentimen pasaran yang cukup baik.
Menurutnya, harga komoditi dan pasaran industri perladangan sawit pula berada di tahap yang cukup tinggi dan penyenaraian dibuat pada tempoh yang tepat.
"Selepas itu, harga komoditi sawit dunia mula mencatatkan penurunan yang secara langsung telah mempengaruhi sentimen pelabur ke atas kaunter-kaunter saham berasaskan komoditi berkenaan termasuklah FGV.
"Penurunan ketara harga saham FGV mula dicatatkan pada 2014 di mana ketika itu berlaku penurunan drastik harga minyak sawit mentah (MSM) dunia dan banjir besar," jelasnya.
Lebih malang lagi, katanya, berlaku fenomena El-Nino terburuk dalam sejarah pada 2015 yang bukan sahaja memberi kesan kepada FGV malah kepada syarikat perladangan sawit yang lain.
"Pada pertengahan tahun 2016, harga MSM dunia mula mencatatkan peningkatan yang baik dengan merekodkan harga harian melebihi RM3,000 setan metrik.
"Bagaimanapun disebabkan impak fenomena El-Nino telah menyebabkan pengeluaran merosot untuk jangka masa yang lebih lama dari dijangkakan," katanya.
Zakaria berkata FGV bertekad untuk memastikan kumpulan memberikan pulangan yang baik kepada pemegang saham serta pihak berkepentingan melalui proses transformasi perniagaan dan operasinya di bawah pelan strategik 2017-2020.
"Pelan strategik ini dijangka mula membuahkan hasilnya pada 2017 dan membantu operasi kumpulan terus mampan untuk jangka masa panjang," katanya.
Beliau berkata ketika ini FGV berada di landasan betul untuk mencapai sasaran penjimatan kos pentadbiran sebanyak RM100 juta.
FGV juga giat menambah baik operasi perniagaan teras, menstrukturkan semula operasi, mengoptimumkan aset sedia ada dan mengukuhkan kewangan kumpulan.
"Apa yang penting ialah kita perlu melihat bahawa fundamental Kumpulan FGV masih lagi kukuh dan seharusnya menjadi perkara yang dipertimbangkan bagi meyakinkan pelaburan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 27 2016

FGV Bhd menyarankan semua pelabur utamanya menilai prestasi syarikat itu bagi tempoh jangka masa yang lebih panjang. - Gambar fail

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.

FGV: Kenapa saya dipersalahkan, ia hanya urus niaga biasa - Zakaria
Beliau menyifatkan kelewatan bayaran daripada Safitex sebagai suatu perkara biasa terutamanya dalam dunia perniagaan.

FGV: SPRM siasat dakwaan 'wujud tangan ghaib' dalam transaksi anak syarikat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dakwaan wujudnya tangan ghaib dalam kes melibatkan perniagaan anak-anak syarikat Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

FGV: 'Kami tidak suruh Zakaria berhenti' - Isa Samad
Tan Sri Isa Samad hari ini mengesahkan bahawa pihaknya telah memberi surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad yang menasihatkan beliau bercuti serta merta.

Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah ambil alih tugas Zakaria
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan FGV Ahmad Tifli Mohd Talha dipaksa bercuti serta merta bermula 6 Jun.

FGV: Zakaria Arshad diarah bercuti serta merta - laporan
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad telah digantung dari tugasnya serta merta.

FGV bina dua loji pastikan kualiti air bagi perladangan
Felda Global Ventures Holdings Bhd telah membina Loji Penyahairan Bio dan loji Tapisan Bio melalui anak syarikatnya, Pontian United Plantation Bhd (PUP).

FGV yakin kembali untung tahun ini
Tempoh sukar Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) sudah berlalu dan 2017 dijangka menjadi tahun firma itu kembali mencatat keuntungan.

FGV saran pelabur nilai prestasi untuk tempoh jangka masa lebih panjang
Felda Global Ventures Holdings (FGV) Bhd menyarankan semua pelabur utamanya menilai prestasi syarikat itu bagi tempoh jangka masa yang lebih panjang.

Saham FGV susut 4.94 peratus selepas KWSP lupuskan pegangan saham
Harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) jatuh 4.94 peratus ketika rehat tengah hari, hari ini berikutan pengumuman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

FGV bakal punyai CEO baharu?
Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) enggan mengulas lanjut khabar angin bahawa Datuk Zakaria Arshad bakal menggantikan Datuk Emir Mavani Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu FGV.