SINGAPURA: Firefly, unit milik penuh Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini menyambung semula operasi penerbangannya ke Lapangan Terbang Seletar di sini yang digantung sejak Mac 2020 berikutan penularan pandemik COVID-19.
Penerbangan FY3124 berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dan tiba dengan 64 penumpang termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Philip See dan delegasi yang mengiringi beliau pada pagi ini.
Penerbangan sulung Firefly ke Seletar adalah pada April 2019.
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, See berkata beliau berharap permintaan akan meningkat dan beransur-ansur kembali semula ke paras seperti sebelum pandemik.
Syarikat penerbangan itu yang menggunakan enam pesawat ATR, enjin berkembar turboprop terbang setiap hari ke Singapura sebelum ini, dan menawarkan penerbangan dua kali sehari buat masa ini.
"Kami akan melihat kepada prestasi semasa penerbangan dua kali sehari ini terlebih dahulu sebelum memutuskan garis masa yang jelas. Jika permintaan meningkat, kali akan melakukan secara berperingkat dua kali dan kemudiannya empat kali dan enam kali," katanya.
Mengenai unjuran penumpang sehingga akhir tahun ini, See berharap ia boleh mencecah 60,000 hingga 70, 000 apabila kekerapan penerbangan ditambah.
Menurutnya sebelum COVID-19, dengan jumlah enam penerbangan sehari muatan penumpang adalah kira-kira 50 peratus hingga 60 peratus.
Sementara itu apabila ditanya sama ada Firefly akan menawarkan penerbangan ATR bagi laluan Pulau Pinang-Seletar, beliau berkata tidak buat masa ini kerana pesawat itu tidak mempunyai kapasiti dan jarak untuk terbang di laluan itu dan perlu melakukannya menerusi Lapangan Terbang Changi.
"Kami akan menilainya. Kami belum mengesahkan apa-apa lagi. Kami perlu melakukan penilaian pasaran. Ia perlu dilakukan dari Changi kerana Seletar hanya menerima operasi penerbangan turboprop dan turboprop tidak mempunyai kapasiti atau jarak untuk menawarkan laluan Pulau Pinang-Singapura.
"Susulan pembukaan semula sempadan antarabangsa, kami perlu membuat keutamaan laluan dan pasaran mana yang akan difokuskan," katanya.
See berkata Firefly tidak akan menyambung semula penerbangan antarabangsa ke destinasi lain dalam tempoh 12 bulan akan datang atau berkembang ke destinasi baharu.
"Kami akan menumpu untuk menjayakan laluan Subang-Seletar. Menambah muatan dan kuantiti kerana pasaran tersebut adalah besar. Kami mahu menumpukan kepada itu buat masa ini," katanya.
Ditanya mengenai kekangan tenaga kerja dalam industri penerbangan, beliau berkata buat masa ini Firefly tidak melihatnya sebagai satu cabaran besar.
"Reka bentuk lapangan terbang (Subang dan Seletar) adalah sangat mudah. Kami tidak berdepan dengan kerumitan seperti mana yang mungkin anda lihat di hab transit utama seperti KLIA atau Changi di Singapura.
Bagaimanapun, katanya, syarikat penerbangan itu akan melihat perkembangan operasinya setiap hari.
"Persekitraan di sini sangat tidak menentu, bukan hanya di Singapura tetapi di seluruh rantau ini. Jadi kami akan memantaunya dengan sangat berhati-hati," katanya.
Firefly mengendalikan pesawat turboprops ATR 72-500, menghubungkan ke pelbagai destinasi di Segi Tiga Pertumbuhan Malaysia, Singapura, Selatan Thailand dan Sumatera, sambil menyelaras dengan agenda Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).
Syarikat penerbangan itu melancarkan operasi baharu dengan pesawat Boeing 737-800s dari Pulau Pinang menghubungkan ke wilayah utara dan selatan Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 13 2022
![Firefly sambung operasi penerbangan ke Singapura Firefly sambung operasi penerbangan ke Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655106978_FIREFLY.jpg)
Syarikat penerbangan itu yang menggunakan enam pesawat ATR, enjin berkembar turboprop terbang setiap hari ke Singapura sebelum ini, dan menawarkan penerbangan dua kali sehari buat masa ini. - Bernama
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Seorang pemandu lori kontena maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan di laluan keluar Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala Lebuhraya Kesas, awal pagi Selasa.
Kanak-kanak tujuh tahun lemas di kolam kondominium
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun disahkan meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di sebuah kolam renang di Tasik Residensi, Jalan Putra Prima Utama, Puchong, semalam.
Kanak-kanak dipukul telah dapatkan rawatan - Nancy Shukri
Kanak-kanak perempuan yang dipukul seorang wanita sehingga terkena bucu kerusi dan mengalami pendarahan di kening, telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Wanita pukul anak hingga terhantuk bucu kerusi ditahan
Polis menahan seorang wanita yang tergamak memukul anak perempuannya sehingga tersungkur jatuh dan terhantuk bucu bangku hingga berdarah pada dahi di hadapan sebuah pasar raya di Jejawi, Arau, pada Isnin.
Sambutan Thaipusam di Batu Caves terus meriah
Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim membawakan perkembangan terkini dari batu Caves sempena sambutan Thaipusam.
![Presiden Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra Presiden Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739247569_PresidenErdogan.jpg)
Presiden Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Sebaik tiba pada 11.10 pagi, Erdogan disambut Perdana Menteri Anwar sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
![1 maut, 3 cedera dalam insiden babitkan dua jet di Arizona, AS 1 maut, 3 cedera dalam insiden babitkan dua jet di Arizona, AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739246839_ScottsdaleAirport.jpg)
1 maut, 3 cedera dalam insiden babitkan dua jet di Arizona, AS
Sebuah pesawat Learjet 35A terbabas dari landasan dan melanggar jet perniagaan 'Gulfstream 200' yang berada di kawasan lapangan terbang Scottsdale.
[TERKINI] Istiadat sambutan rasmi sempena lawatan Presiden Turkiye
Istiadat sambutan rasmi sempena lawatan Presiden Turkiye
![Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735790030_singapore.jpg)
Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan
Parvane Heidaridehkordi dibatalkan pas lawatan jangka panjangnya, manakala suaminya Soo Thean Ling kehilangan status penduduk tetap.
![Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739245878_TBNANCY.jpg)
Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy
Nancy turut mengesahkan bahawa suspek wanita berkenaan telah ditahan oleh pihak polis.
![Gangguan IT global: MAG sahkan jadual penerbangan Malaysia Airlines, Firefly tidak terjejas Gangguan IT global: MAG sahkan jadual penerbangan Malaysia Airlines, Firefly tidak terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721388051_MalaysiaAirlines.jpg)
Gangguan IT global: MAG sahkan jadual penerbangan Malaysia Airlines, Firefly tidak terjejas
Malaysia Aviation Group (MAG) mengesahkan jadual penerbangan untuk Malaysia Airlines dan Firefly hari ini kekal tidak terjejas.
![Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715320858_malaysiaairlines.jpg)
Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly
Hadir merentas 21 pasaran hingga 22 Mei 2024, sama ada destinasi dekat mahupun jauh, sambar peluang untuk meneroka keindahan dunia dengan Hospitaliti Malaysia.
![MAG tawar penerbangan tambahan bagi tempoh perjalanan semasa Hari Raya Aidiladha MAG tawar penerbangan tambahan bagi tempoh perjalanan semasa Hari Raya Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683005236_MalaysiaAviationGr.jpg)
MAG tawar penerbangan tambahan bagi tempoh perjalanan semasa Hari Raya Aidiladha
Ia akan mengadakan 37 penerbangan tambahan bagi Malaysia Airlines dan enam penerbangan tambahan bagi Firefly.
![Firefly sambung semula penerbangan harian Pulau Pinang-Medan dengan pesawat Boeing Firefly sambung semula penerbangan harian Pulau Pinang-Medan dengan pesawat Boeing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61667841142_TBFIREFLY.jpg)
Firefly sambung semula penerbangan harian Pulau Pinang-Medan dengan pesawat Boeing
Firefly menyambung semula penerbangan hariannya di antara Pulau Pinang dan Medan menggunakan pesawat Boeing 737-800 yang baru diubah suai dengan 189 tempat duduk.
![Firefly lancar penerbangan terus Pulau Pinang-Banda Aceh Firefly lancar penerbangan terus Pulau Pinang-Banda Aceh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41667855423_BOEING.jpg)
Firefly lancar penerbangan terus Pulau Pinang-Banda Aceh
Syarikat penerbangan itu akan mengendalikan perkhidmatan dua kali seminggu ke BTJ dari PEN dan sebaliknya.
![45,879 rakyat berpeluang tebus e-baucar pengangkutan udara 45,879 rakyat berpeluang tebus e-baucar pengangkutan udara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/61593584190_KLIA.jpg)
45,879 rakyat berpeluang tebus e-baucar pengangkutan udara
Seramai 45,879 rakyat Malaysia berpeluang menebus e-baucar bernilai RM25 hingga RM100 bagi pembelian tiket penerbangan domestik secara dalam talian sehingga hujung tahun ini.
![Firefly lancar penerbangan terus dari P. Pinang ke Kuching Firefly lancar penerbangan terus dari P. Pinang ke Kuching](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649693765_TBFIREFLY.jpg)
Firefly lancar penerbangan terus dari P. Pinang ke Kuching
Firefly melancarkan penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Kuching bermula hari ini.
![Firefly mulakan semula operasi penerbangan dari hab Pulau Pinang 11 April ini Firefly mulakan semula operasi penerbangan dari hab Pulau Pinang 11 April ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-09/61441614627_FireFlyAirlines.jpg)
Firefly mulakan semula operasi penerbangan dari hab Pulau Pinang 11 April ini
Pelanggan boleh mendapatkan tambang serendah RM69 sehala dengan penerbangan pesawat Malaysia Airlines Boeing 737-800.
![Baucar penerbangan, jimat bajet percutian Baucar penerbangan, jimat bajet percutian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637117363_TBPulauBidong.jpg)
Baucar penerbangan, jimat bajet percutian
Ini peluang anda dapatkan baucar diskaun penerbangan dan melancong ke tempat-tempat menarik dalam negara!
![Malaysia Airlines, Firefly tawar tambang murah percutian ke Langkawi Malaysia Airlines, Firefly tawar tambang murah percutian ke Langkawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51625765759_langkawi.jpg)
Malaysia Airlines, Firefly tawar tambang murah percutian ke Langkawi
MAG berkata pelanggan yang lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 dapat memulakan percutian mereka dengan tambang Economy Lite Malaysia Airlines serendah RM89.