KUALA LUMPUR: Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa agar cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan logistik ditangguhkan dahulu sementara menunggu kajian selanjutnya untuk mengurangkan impak ke atas pengeluar dan orang ramai.
Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai berkata, persatuan itu mengambil kira kebimbangan terhadap kenaikan cukai perkhidmatan terutamanya ke atas perkhidmatan logistik yang membebankan kerana ia akan memberi kesan terhadap semua perkhidmatan di sepanjang rantaian bekalan logistik.
Belanjawan 2024 mengumumkan kenaikan kadar cukai perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus bagi perkhidmatan bercukai (tidak termasuk perkhidmatan penyediaan makanan dan minuman, telekomunikasi dan tempat letak kereta) dan pengembangan skop memasukkan perkhidmatan logistik (selain ejen penghantaran, kurier, pengangkutan udara dan pergudangan) pada kadar enam peratus berkuat kuasa 1 Mac, 2024.
"Kami memahami bahawa Kementerian Kewangan (MoF) sedang menimbang untuk memberikan pengecualian cukai perniagaan kepada perniagaan (B2B) kepada penyedia perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan logistik yang serupa untuk memastikan tiada cukai dikenakan sesama mereka tetapi hanya kepada pengguna akhir," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
FMM mengesyorkan agar gelembung cukai (B2B) yang diberikan kepada penyedia perkhidmatan logistik diperluaskan ke sektor perkhidmatan dan pembuatan supaya sebarang perniagaan dengan nombor lesen cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tidak dikenakan cukai jualan atau perkhidmatan.
"Ini bermakna hanya perniagaan borong, runcit dan pengguna akhir atau perniagaan SST tidak berdaftar akan membayar SST.
"Kami sedar bahawa cadangan kami memerlukan kajian lanjut dan pindaan terhadap undang-undang seperti menyokong Akta dan Peraturan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan atau merangka perundangan tambahan untuk menyokong pengecualian cukai B2B antara pengeluar dan penyedia perkhidmatan," kata Soh.
Sehubungan itu, FMM meminta agar cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan logistik ditangguhkan untuk mengkaji lebih lanjut mekanisme pengecualian bagi membantu pengeluar mengurangkan beban cukai.
"Memandangkan cukai perkhidmatan ke atas logistik memberi kesan bukan sahaja kepada operasi pembuatan tetapi keseluruhan rantaian bekalannya, kami menghargai sekiranya kerajaan dapat terus berunding dengan industri untuk menangani semua kebimbangan berbangkit dan memperkenalkan mekanisme pengecualian yang berkesan sebelum pelaksanaan percukaian dimuktamadkan," katanya.
Soh berkata FMM dimaklumkan bahawa kerajaan sedang menimbang untuk memberikan pengecualian cukai perkhidmatan logistik hanya bagi eksport susulan sesi libat urus dengan Kementerian Kewangan pada 5 Dis, 2023.
"Walaupun kami mengalu-alukan cadangan ini untuk memberikan pengecualian bagi eksport, namun penting agar pengecualian cukai perkhidmatan diberikan untuk semua transaksi perdagangan termasuk import memandangkan ciri-ciri pembuatan dan perdagangan serta sumber material yang tersedia," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 30 2024

Soh meminta agar cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan logistik ditangguhkan untuk mengkaji lebih lanjut mekanisme pengecualian bagi membantu pengeluar mengurangkan beban cukai. - Gambar fail/Bernama
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

Mekanisme levi pelbagai peringkat perlu dilakukan seiring dengan permohonan pekerja asing dalam talian - FMM
Ini akan mengukuhkan keseluruhan proses pengambilan pekerja asing di Malaysia, dan tindakan itu penting untuk menerima pakai lebih banyak teknologi, kata FMM.

FMM mahu ahlinya ambil perhatian serius seruan BNM bantu sokong ringgit
FMM menggesa ahlinya mengambil perhatian gesaan BNM untuk perniagaan menjadi pendekatan 'whole-of-nation' untuk kestabilan ringgit.

FMM gesa cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan logistik ditangguh
FMM menggesa agar cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan logistik ditangguhkan dahulu sementara menunggu kajian selanjutnya.

Pembekuan permohonan pekerja asing akan jejas produktiviti negara - FMM
Pembekuan permohonan pekerja asing akan menjejaskan produktiviti dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, kata FMM.

FMM gesa supaya permohonan, kelulusan kuota pekerja asing disambung semula
Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa agar permohonan dan kelulusan kuota pekerja asing disambung semula dengan segera.

Keterbukaan pentadbiran kerajaan penting untuk capai pertumbuhan ekonomi - FMM
Lebih keterbukaan dalam pentadbiran kerajaan adalah penting untuk memastikan kepercayaan dan kerjasama orang ramai ke arah mencapai pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan secara keseluruhan.

FMM rayu kenaikan surcaj tarif elektrik secara berperingkat
Pihaknya amat prihatin dengan kadar kenaikan surcaj yang ketara dan ingin merayu kepada kerajaan untuk kadar surcaj yang lebih beransur-ansur dan berpatutan bagi meringankan beban kos.

Kenaikan dalam gaji minimum akan menjejaskan pemulihan perniagaan - FMM
Menurut FMM, ia mungkin akan mengakibatkan peningkatan kos yang mendadak dan menjejaskan pemulihan perniagaan untuk tahun 2022.

NCCIM lantik Datuk Low sebagai presiden baharu
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) telah melantik Datuk Low Kian Chuan sebagai presiden baharunya, berkuat kuasa Isnin, menggantikan Tan Sri Ter Leong Yap.

Dakwaan kilang sumber utama jangkitan COVID-19 tidak benar - Persekutuan pekilang
Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) mahu memberi penjelasan mengenai salah tanggapan mengenai dakwaan yang berulang di media bahawa kilang sebagai sumber utama jangkitan COVID-19.