KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang dinanti-nantikan, kini tepat pada masa untuk membolehkan perniagaan Malaysia memanfaatkannya sebagai satu lagi alat pemulihan dalam perdagangan, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
Presidennya Tan Sri Soh Thian Lai berkata, pihaknya memuji Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kerana usaha gigihnya dalam menyelesaikan prosedur domestik berikutan mandat daripada Kabinet untuk penyerahan instrumen ratifikasi perjanjian perdagangan itu kepada New Zealand sebagai depositari CPTPP pada 30 Sept, 2022.
"Adalah penting untuk menstabilkan aktiviti pembuatan dan membina semula ketersambungan rantaian bekalan di rantau ini sambil menjamin pasaran baharu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Soh berkata, FMM percaya bahawa penyertaan Malaysia dengan menjadi negara kesembilan melaksanakan perjanjian itu, pastinya akan memberi manfaat kepada perniagaan Malaysia dari segi akses keutamaan kepada pasaran CPTPP yang semakin berkembang.
"China, Ecuador dan Taiwan telah mengemukakan permohonan mereka untuk menjadi ahli CPTPP tahun lalu manakala United Kingdom (UK) kini dalam proses rundingan untuk menyertai CPTPP.
"Dengan penyertaan China dan UK, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka terus berkembang sebanyak 4.2 peratus pada 2030," katanya.
Menurut kajian analisis kos faedah oleh MITI pada 25 Julai, 2022, Malaysia dijangka mencatat KDNK yang lebih tinggi sebanyak US$56.5 bilion (US$1=RM4.64) sepanjang tempoh 2021-2030.
Bagi Malaysia, CPTPP menawarkan peluang akses pasaran untuk tiga pasaran baharu, iaitu Kanada, Mexico dan Peru, yang tidak mempunyai perjanjian perdagangan bebas dengan negara ini.
"Berdasarkan data Bank Dunia pada 2021, ketiga-tiga pasaran baharu itu secara kolektif mewakili populasi lebih 200 juta dengan gabungan KDNK lebih US$3.5 trilion -- 9.4 kali lebih besar daripada ekonomi Malaysia," jelas Soh.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 05 2022

SOH: Adalah penting untuk menstabilkan aktiviti pembuatan dan membina semula ketersambungan rantaian bekalan di rantau ini sambil menjamin pasaran baharu. - Foto fail/BERNAMA
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.

Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul
Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom dalam CPTPP yang turut disertai Malaysia.

FTA Malaysia-UK menerusi CPTPP dijangka tingkat pelaburan, perdagangan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata CPTPP adalah permulaan yang baik untuk syarikat mendapat akses ke pasaran di setiap negara dari aspek tarif dan kebolehcapaian.

Penyertaan UK dalam CPTPP buka laluan lebih mudah pelaburan untuk Malaysia - PM
UK secara rasmi menyertai CPTPP pada 15 Disember tahun lalu, menjadikannya negara Eropah pertama menyertai blok perdagangan Asia-Pasifik.

CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.

UK secara rasmi sertai blok perdagangan Asia-Pasifik CPTPP
United Kingdom secara rasmi menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

PKMM digesa supaya lebih responsif dengan sebarang perubahan - Nanta
Perkara ini penting bagi membolehkan kontraktor Bumiputera turut serta sebaik CPTPP dilaksanakan.

Malaysia-Bahrain kongsi pengalaman pengurusan pengairan dan teknologi pertanian
Malaysia telah berkongsi pengalaman dengan Bahrain mengenai pengurusan pengairan dan saliran serta berharap dapat bekerjasama dengan negara itu berkaitan teknologi penggunaan air kitar semula.

Kerjasama ekonomi Malaysia-Kanada semakin kukuh, perdagangan meningkat 41 peratus
Kerjasama ekonomi Malaysia-Kanada semakin kukuh dengan perdagangan dua hala mencecah RM8.05 bilion setakat Ogos lepas.

Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.