PETALING JAYA: Gaji untuk eksekutif dan bukan eksekutif di Malaysia dijangka meningkat masing-masing sebanyak 5.44 peratus dan 5.43 peratus pada tahun 2023, kata Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).
Presiden MEF, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata kira-kira 90 peratus syarikat yang dikaji menyatakan prestasi pekerja sebagai kriteria utama untuk menentukan kenaikan gaji eksekutif dan bukan eksekutif.
"Responden perniagaan nampaknya positif bahawa ekonomi Malaysia secara amnya akan stabil tahun depan walaupun dijangkakan kemelesetan global akan berlaku.
"Ini adalah berikutan pemulihan positif kebanyakan perniagaan sejak pembukaan semula ekonomi selepas pandemik (COVID-19)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Tinjauan Gaji MEF edisi ke-28 untuk Eksekutif dan Bukan Eksekutif di sini hari ini.
Beliau berkata kaji selidik itu juga menunjukkan bahawa 93 peratus majikan memberikan kenaikan gaji kepada pekerja eksekutif dan bukan eksekutif pada 2022, peningkatan ketara daripada 65.2 peratus dan 66.4 peratus pada 2021.
Syed Hussain berkata tinjauan itu menunjukkan purata kenaikan gaji bagi eksekutif dan bukan eksekutif pada 2022 adalah masing-masing pada 5.26 peratus dan 5.35 peratus dengan lebih 80 peratus syarikat memberikan bonus.
"Unjuran bonus pada 2023 adalah 2.18 dan 2.06 masing-masing untuk gaji bulanan bagi eksekutif dan bukan eksekutif, ia lebih tinggi daripada bonus sebenar pada 2022 masing-masing untuk 2.06 bulan dan 1.77 bulan," katanya.
Beliau berkata kaji selidik itu juga meliputi pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2022 yang meningkatkan gaji minimum kepada RM1,500 sebulan dan ia memberi kesan kepada 70.3 peratus syarikat yang ditinjau.
Syarikat-syarikat yang tidak terjejas dengan gaji minimum baharu itu memberi sebab gaji pekerja mereka sudah melepasi paras minimum.
Syed Hussain berkata 53.4 peratus daripada syarikat responden juga menjangkakan peningkatan dalam keseluruhan kos gaji atau gaji mereka berikutan pelaksanaan gaji minimum baharu.
Beliau berkata 59.7 peratus daripada syarikat responden bercadang untuk mengurangkan perbelanjaan operasi mereka untuk mengurangkan kesan gaji minimum baharu manakala 48.8 peratus lagi menyatakan mereka akan menaikkan harga produk atau perkhidmatan sebagai langkah yang akan dilaksanakan.
"Sebanyak 43.8 peratus lagi syarikat responden berhasrat melaksanakan langkah penjimatan kos dalam bidang pengeluaran lain manakala 36.8 peratus berhasrat untuk beralih daripada pengeluaran berintensif buruh kepada pengeluaran berintensif teknologi," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai kekurangan pekerja di Malaysia ketika ini, Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata keadaan itu perlu ditangani segera memandangkan Malaysia kini bersaing dengan negara lain untuk mendapatkan pekerja asing.
"Majikan tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini. Mereka juga mesti meningkatkan usaha untuk memodenkan operasi mereka dengan menggunakan teknologi baharu untuk menarik pekerja tempatan," katanya.
Tinjauan Gaji MEF untuk Eksekutif menyaksikan 252 syarikat memberi respons adalah daripada sektor pembuatan dan bukan pembuatan manakala 250 syarikat bersekutu menyertai Tinjauan Gaji untuk Bukan Eksekutif.
Selain daripada tinjauan gaji, MEF juga melancarkan Tinjauan Faedah Sampingan 2022 dan Analisis Perjanjian dan Penganugerahan Kolektif mengenai Terma dan Syarat Pekerjaan 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 23 2022

Presiden MEF, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata kira-kira 90 peratus syarikat yang dikaji menyatakan prestasi pekerja sebagai kriteria utama untuk menentukan kenaikan gaji eksekutif dan bukan eksekutif. - Gambar fail

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Gaji eksekutif dan bukan eksekutif dijangka naik 5.4 peratus pada 2023 - MEF
Gaji untuk eksekutif dan bukan eksekutif di Malaysia dijangka meningkat masing-masing sebanyak 5.44 peratus dan 5.43 peratus pada tahun 2023, kata Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).