PETALING JAYA: McDonald's Malaysia akan membuat pelarasan gaji kakitangan sepenuh masanya menjelang akhir tahun ini bagi menyokong cadangan kerajaan untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,500.
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, buat masa ini, lebih 80 peratus kakitangan sepenuh masa McDonald's sudah pun menerima RM1,500 gaji asas yang minimum setiap bulan.
"Menjelang penghujung 2022, McDonald's akan membuat pelarasan gaji kakitangan sepenuh masa kami bagi menyokong cadangan kerajaan untuk meningkatkan jumlah gaji minimum.
"Ini adalah sebahagian daripada komitmen McDonald's Malaysia yang sentiasa mengutamakan kakitangannya," katanya pada taklimat mengumumkan prestasi 2021 restoran itu dan pelan pengembangan di sini, semalam.
Azmir berkata, McDonald's Malaysia merancang untuk melaburkan sejumlah RM1.35 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang bagi membuka 205 restoran baharu.
Katanya, ini akan menjadikan jumlah keseluruhan restoran McDonald's di negara ini kepada 500 cawangan menjelang 2026.
"Melihat kepada trajektori pertumbuhan syarikat dan trend menaik dalam perniagaan masa kini, McDonald's dijangka menawarkan lebih 50,000 peluang kerjaya kepada rakyat Malaysia menjelang 2026," katanya.
Azmir berkata, sebagaimana falsafahnya, iaitu Malaysia untuk Malaysia atau 'Malaysians Serving Malaysians', restoran makanan segera itu terus komited menyediakan pekerjaan kepada 100 peratus rakyat Malaysia, pada masa sama mencapai Visi 2026 yang ditetapkan.
"Sebanyak 50,000 kekosongan pekerjaan ini akan membantu meningkatkan lagi pertumbuhan syarikat dan menyokong operasi restoran masa kini yang semakin berkembang secara signifikan sejak lebih dua tahun lalu," katanya.
Beliau menambah, komitmen McDonald's Malaysia untuk mengukuhkan kebolehpasaran belia diiktiraf dalam industri hospitaliti.
"Hari ini, belia Malaysia boleh memulakan kerjaya melalui Program Perantisan Vokasional McDonald's di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).
"McDonald's juga menyasarkan pelaburan RM300 juta dalam program-program latihan dan pembangunan menjelang 2026," katanya.
McDonald's adalah pengendali restoran khidmat segera di negara ini yang dianugerahkan akreditasi SLDN oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Sehingga 2021, McDonald's Malaysia sudah melatih lebih 3,500 belia yang kini sudah mendapat pekerjaan dalam industri hospitaliti, menurut Berita Harian.
Seiring dengan Visi 2026 syarikat, ia meletakkan matlamat untuk menghasilkan 15,000 perantis Akademi Vokasional dalam tempoh lima tahun akan datang. - DagangNews.com
Dagang News
Wed Mar 02 2022

McDonald's dijangka menawarkan lebih 50,000 peluang kerjaya kepada rakyat Malaysia menjelang 2026. - Foto DagangNews
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

SKBBK: KESUMA sasar perkenal perundangan tahun ini - Sim
Kementerian Sumber Manusia menyasarkan untuk memperkenalkan undang-undang bagi pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) pada tahun ini.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Kenaikan gaji minimum RM1,700 rangsang ekonomi negara, tingkat kuasa beli rakyat
Peningkatan gaji minimum dijangka merangsang kuasa beli rakyat sekali gus menggerakkan ekonomi negara dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.

Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia harap gaji minimum dilaksana secara terbaik
Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) berharap perintah gaji minimum baharu yang bermula esok dapat dilaksanakan dengan cara terbaik.

Perintah gaji minimum baharu berkuat kuasa esok, bakal manfaat 4.37 juta pekerja - KESUMA
Perintah Gaji Minimum baharu akan berkuat kuasa di seluruh negara mulai esok, menurut Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

KUSKOP sedia bantuan berterusan bantu PKS laksana gaji minimum baharu
KUSKOP menyediakan bantuan berterusan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam mematuhi pelaksanaan gaji minimum baharu menjelang pelaksanaannya bulan depan.

Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.

Rasionalisasi subsidi diesel, petrol bantu negara kurangkan defisit fiskal – Profesor Ulung
Rasionalisasi subsidi diesel yang telah dilaksanakan dan petrol RON95 yang akan dilaksanakan pada tahun 2025 akan membantu negara mencapai sasaran defisit fiskal 3.8 peratus.

'Kenaikan gaji minimum tahun depan dijangka rangsang sektor pengguna'
UOBKH Research berkata, kenaikan gaji seharusnya menampan perbelanjaan pengguna, lebih daripada mengimbangi kos rasionalisasi subsidi.