KUALA LUMPUR: Genting Bhd kembali mencatatkan keuntungan pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2022 dengan keuntungan bersih berjumlah RM128.02 juta berbanding kerugian bersih RM344.55 juta pada tempoh sama tahun kewangan 2021.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Khamis, syarikat itu menjelaskan prestasi kembali mencatatkan keuntungan itu didorong oleh perolehan lebih tinggi terutama daripada bahagian kegiatan masa senggang dan hospitaliti susulan pembukaan pasaran pelancongan serantau dan peningkatan semula perolehan perjudian.
Perolehan melonjak sebanyak 75 peratus kepada RM6.12 bilion bagi suku ketiga tahun kewangan 2022 daripada RM3.50 bilion pada suku sama tahun kewangan 2021.
Menurut Genting, pemulihan Resorts World Sentosa (RWS) masih berterusan pada suku ketiga itu.
"Keseluruhan prestasi operasi RWS yang lebih baik mencerminkan pemulihan pasaran pelancongan serantau yang berterusan, namun pemulihan sedemikian masih belum mendorong keadaan kembali kepada tahap sebelum pandemik.
"Peningkatan semula perolehan perjudian telah dipacu oleh pelanggan lebih mewah dan premium yang menginap bagi tempoh yang lebih lama sedikit," tambahnya.
Selain itu, pembukaan Genting SkyWorlds pada Februari 2022 juga telah menyumbang kepada peningkatan perolehan hasil bukan perjudian pada suku ketiga.
Perolehan bagi suku ketiga tahun kewangan 2021 terjejas teruk ekoran penutupan sementara Resorts World Genting (RWG) dari 1 Jun, 2021 hingga 29 Sept, 2021 ditambah dengan pengenaan sekatan perjalanan di seluruh negara yang disebabkan kesan buruk pandemik COVID-19.
Dalam melangkah maju, Genting dirangsangkan oleh peningkatan kunjungan ke RWG selepas pembukaan semula sempadan negara dan pelonggaran sekatan COVID-19 di rantau ini.
Dari segi kemungkinan cabaran dalam persekitaran operasi, syarikat itu akan terus memantau rapat risiko dan permintaan serta akan bertindak sewajarnya.
Genting kekal fokus dalam menguruskan hasil dan keberuntungan di RWG dan akan terus giat memasarkan produk dan perkhidmatan RWG kepada jumlah ahlinya dan segmen lain di Malaysia dan di rantau ini.
Harga saham Genting Bhd di Bursa Malaysia melonjak 27 sen untuk ditutup pada RM4.48 dengan 30.08 juta saham didagangkan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 25 2022
![Genting kembali catat untung pada suku ketiga Genting kembali catat untung pada suku ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41643615425_gentingskyworld.jpg)
Pembukaan Genting SkyWorlds pada Februari 2022 juga telah menyumbang kepada peningkatan perolehan hasil bukan perjudian pada suku ketiga. -Foto Genting Sky World
I-CATS diarah bekerjasama dengan pakar luar negara jayakan program pelancaran satelit
Kolej Universiti i-CATS telah diarahkan untuk bekerjasama dengan pakar dari turkiye dan negara lain bagi menjayakan pelancaran satelit pertama milik Sarawak.
![Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712580254_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam
Sultan Selangor menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam.
Pembaikan paip transmisi utama di Jalan Penampang selesai
Timbalan Ketua Menteri III, DAtuk Shahelmey Yahya, memaklumkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan syarikat konsesi air Kota Kinabalu Jetama Sdn Bhd (JETAMA) telah menyelesaikan kerja pembaikan pada lewat malam Jumaat, dan bekalan air kini sedang dikembalikan secara berperingkat.
Kapasiti air di beberapa takungan di Sandakan kurang
Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya, memaklumkan bekalan air di daerah itu bergantung kepada dua sumber utama, iaitu Empangan Segaliud dan takungan air. Bagaimanapun beberapa takungan dilaporkan mengalami penurunan kapasiti.
Shahelmey beri kerjasama, serah tindakan lanjut kepada SPRM
ADUN Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya mengaku telah memberi kerjasama penuh kepada SPRM berhubung dakwaan skandal rasuah yang dikaitkan dengan dirinya sebelum ini.
JKR Sabah nilai kerosakan jalan di kawasan terjejas banjir
Jabatan Kerja Raya Sabah sedang memantau dan menilai kerosakan jalan yang terkesan akibat banjir di negeri itu dengan tumpuan akan diberikan di kawasan yang ditenggelami air.
Jumlah mangsa banjir di PPS Sabah meningkat
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 721 daripada 212 keluarga berbanding 695 daripada 189 keluarga pagi tadi.
![Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah' Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739012709_MADAD.jpg)
Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah'
Program Assalamualaikum RaRa 2025 berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), di Sungai Petani pada Sabtu menarik ramai pengunjung untuk hadir ke program agama itu.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dalam kemaskininya memaklumkan
jumlah mangsa turun kepada 3,454 orang berbanding 3,921 orang pagi tadi.
jumlah mangsa turun kepada 3,454 orang berbanding 3,921 orang pagi tadi.
Fokus Minggu Depan: Garis panduan, muhibah dan sensitivity
Ikuti ulasan Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin mengenai garis panduan bagi muslim yang mengikuti program anjuran bukan muslim dalam konteks kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia.
![Scomi Energy dinyah senarai dari Bursa Malaysia pada 12 Feb kerana gagal kemuka pelan regularisasi Scomi Energy dinyah senarai dari Bursa Malaysia pada 12 Feb kerana gagal kemuka pelan regularisasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738893978_TBscomi.jpg)
Scomi Energy dinyah senarai dari Bursa Malaysia pada 12 Feb kerana gagal kemuka pelan regularisasi
Bursa Securities tolak permohonan Scomi Energy untuk lanjutan masa bagi mengemukakan pelan regularisasi dan mengekalkan tarikh akhir 31 Jan 2025.
![Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham tenaga, indeks komposit naik 0.67 peratus Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham tenaga, indeks komposit naik 0.67 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731988419_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham tenaga, indeks komposit naik 0.67 peratus
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan pembelian meluas ketika sesi akhir, dengan petunjuk pasaran menamatkan dagangan pada paras tertinggi harian, dipacu oleh saham-saham tenaga, kata penganalisis.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi didorong belian saham mewah terpilih Bursa Malaysia dibuka tinggi didorong belian saham mewah terpilih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734701958_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi didorong belian saham mewah terpilih
Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.76 mata kepada 1,565.32 daripada 1,564.56 pada Selasa.
![KJTS Group cadang ambil alih Malakoff Utilities pada harga RM65.5 juta KJTS Group cadang ambil alih Malakoff Utilities pada harga RM65.5 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738627322_TBMalakoff.jpg)
KJTS Group cadang ambil alih Malakoff Utilities pada harga RM65.5 juta
MUSB akan menjadi anak syarikat tidak langsung milik penuh KJTS setelah selesai pengambilalihan.
![Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 - MIDF Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 - MIDF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738565371_BursaMalaysia.jpg)
Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 - MIDF
Institusi tempatan terus memberi sokongan terhadap Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 berturut-turut dengan mencatat belian bersih RM149.4 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
![FBM KLCI jatuh, ini 4 punca ia berlaku FBM KLCI jatuh, ini 4 punca ia berlaku](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705634447_TBBursaMalaysia.jpg)
FBM KLCI jatuh, ini 4 punca ia berlaku
Pada Januari 2025, FBMKLCI telah mencatatkan penurunan sebanyak -5.20%, walaupun terdapat beberapa laporan ekonomi yang menunjukkan daya tahan ekonomi Malaysia. Mengapa perkara ini berlaku?
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721994407_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal pada hari dagangan pertama Februari berikutan pelabur memberi tumpuan kepada ketegangan perdagangan global.
![Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726743122_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
![Bursa Malaysia ditutup rendah susulan jualan berterusan Bursa Malaysia ditutup rendah susulan jualan berterusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan jualan berterusan
Bursa Malaysia meneruskan dagangan lemahnya untuk ditutup rendah hari ini susulan jualan yang berterusan apabila pasaran dipengaruhi oleh reaksi negatif Wall Street.
![Bursa Malaysia jangka 60 IPO disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran RM40.2 bilion Bursa Malaysia jangka 60 IPO disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran RM40.2 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737984502_TBUMARSWIFT.jpg)
Bursa Malaysia jangka 60 IPO disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran RM40.2 bilion
Bursa Malaysia Bhd menjangkakan sebanyak 60 tawaran awam permulaan (IPO) akan disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran berjumlah RM40.2 bilion.