Industri getah dijangka menjadi penyumbang komoditi nombor satu kepada ekonomi negara susulan minyak sawit menghadapi kesukaran dalam pasaran antarabangsa, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim.
Beliau berkata dari segi pendapatan eksport komoditi, getah dan produk getah kini merupakan penyumbang kedua terbesar selepas minyak sawit.
"Pada 2017, pendapatan eksport daripada getah dan produk getah menyumbang RM32.1 bilion kepada eksport negara, (naik sebanyak 30.2 peratus berbanding 2016).
"Industri produk getah telah berkembang daripada hanya 20 pengeluar pada tahun 1970-an kepada lebih 300 hari ini," katanya pada Malam Anugerah Industri Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) di sini malam tadi.
Kok berkata 11 daripada pengeluar tersebut kini merupakan penggiat utama dan disenaraikan di Bursa Malaysia dengan permodalan pasaran sebanyak RM33.6 bilion.
Beliau juga berkata Malaysia adalah antara pengeksport utama dunia bagi produk getah, yang mengeksport produk ke 195 negara.
Malaysia juga pengeluar dan pengeksport sarung tangan getah yang terbesar di dunia.
"Oleh itu, saya harap segmen produk getah kering akan terus mencatat pertumbuhan eksport yang lebih menggalakkan.
"Ini merupakan tempoh yang mencabar. Di peringkat luaran, konflik perdagangan AS-China, jika berlarutan, boleh menjejaskan pertumbuhan dan permintaan global. Di peringkat domestik, sektor swasta perlu meningkatkan pelaburan untuk memacu pertumbuhan ekonomi, terutamanya dalam sektor hiliran," katanya.
Industri getah Malaysia perlu mengguna pakai automasi yang lebih baik untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti untuk membantu mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, katanya, sambil menambah untuk bersaing dengan lebih baik dalam pasaran global, industri perlu terus berinovasi dan menambah nilai kepada produknya.
Pelaburan sedemikian, katanya akan memberi manfaat kepada negara dari segi pemindahan teknologi, mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, penubuhan industri dan memacu inovasi.
Sementara itu, pada Anugerah Industri MREPC 2018 pada Selasa, seramai 14 pemenang dinobatkan sebagai terbaik dalam industri untuk sumbangan dan prestasi cemerlang kepada ekonomi negara.
Tahun ini merupakan kali kedua MREPC menganjurkan Anugerah Industri itu selepas kali pertama pada 2015.
Selain anugerah bagi kecemerlangan eksport, acara pada tahun ini turut memperkenalkan tiga kategori anugerah yang baharu, iaitu Paling Inovatif, Perniagaan Hijau dan Pemasar Terbaik.
Anugerah itu menggariskan kepentingan kepada inovasi dan kreativiti; pembuatan yang mampan melalui pelaksanaan amalan hijau; dan usaha pemasaran untuk mempamerkan produk Malaysia kepada dunia.
Industri getah dan produk getah merupakan komponen penting kepada ekonomi Malaysia, menyokong kira-kira 440,000 pekebun kecil getah, manakala 84,000 pekerja dalam aktiviti pertengahan dan hiliran.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 18 2018

Kok berkata 11 daripada lebih 300 pengeluar produk getah negara ini merupakan penggiat utama dan disenaraikan di Bursa Malaysia. - Gambar fail

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.

Getah dijangka atasi sumbangan minyak sawit kepada ekonomi
Beliau berkata dari segi pendapatan eksport komoditi, getah dan produk getah kini merupakan penyumbang kedua terbesar selepas minyak sawit.