KUALA LUMPUR: Pengendali platform perkongsian kereta, GoCar Malaysia dan penyedia perkhidmatan pengecasan kenderaan elektrik (EV) bersepadu, EV Connection menjalin kerjasama untuk meluaskan akses terhadap stesen pengecas EV di negara ini.
Menurut GoCar Malaysia, kerjasama itu akan membolehkan aplikasi mudah alih GoCar dan platform JomCharge oleh EV Connection diintegrasikan, sekali gus meningkatkan akses kepada lebih banyak stesen pengecasan EV serta pengecas pantas DC kepada pengguna GoCar dan orang ramai.
"Selepas integrasi fasa pertama yang dijangka selesai menjelang suku ketiga 2022, pengguna GoCar dan orang ramai boleh melihat lokasi pengecasan, kebolehdapatan pengecas dan jenis pengecas yang ada di rangkaian EV Connection menerusi aplikasi GoCar," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
GoCar Malaysia berkata, perancangan masa depannya antara lain merangkumi perkhidmatan yang dipertingkat seperti keupayaan untuk pratempahan pengecas EV, menyusun semula waktu pengecasan, membuat pembayaran dan mengetahui perkembangan terkini pengecasan kenderaan melalui aplikasi GoCar.
Katanya, ketika ini EV Connection memiliki antara jaringan pengecas DC terbesar di Malaysia yang terletak di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan dan menyasarkan pertambahan sehingga 100 stesen pengecasan menjelang akhir 2022.
Pengecas DC ialah pengecas universal, sekali gus boleh digunakan oleh semua jenama dan model EV, katanya.
"Bukan sekadar platform perkongsian kereta dan menawarkan pelbagai penyelesaian mobiliti, GoCar kini memberi tumpuan untuk mengembangkan akses terhadap EV melalui perkongsian, langganan dan pengecasan EV.
"Baru-baru ini, syarikat telah menyenaraikan Hyundai Kona dalam rangkaian GoEV dan berhasrat menambah jumlahnya kepada 100 unit EV menjelang akhir 2022," katanya.
Menurutnya, sejak pelancaran GoEV pada Disember tahun lepas, lebih 1,000 pengguna EV telah mencatatkan perjalanan melepasi 500,000 kilometer.
Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia Wong Hoe Mun berkata kerjasama strategik dengan EV Connection adalah selari dengan komitmen GoCar untuk membawakan pengalaman EV dalam arus perdana di Malaysia melalui GoEV.
"Melalui integrasi ini, kami percaya pengguna dapat merancang perjalanan dengan lebih baik dan mempunyai kemas kini pada masa sebenar bagi lokasi pengecas EV ketika memandu.
"Ia pasti dapat meredakan kebimbangan serta meningkatkan keselesaan dan kemudahan pelanggan GoCar dan pengguna EV lain," katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Teknikal EV Connection Dr Che Hang Seng berkata kolaborasi ini adalah selaras dengan misi JomCharge untuk menyokong transisi mobiliti elektrik di rantau ini.
"Kami bersama-sama GoCar berharap dapat meredakan kebimbangan dan merapatkan jurang penggunaan EV di pasaran secara besar-besaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 24 2022

GoCar Malaysia dan penyedia perkhidmatan pengecasan kenderaan elektrik (EV) bersepadu, EV Connection menjalin kerjasama untuk meluaskan akses terhadap stesen pengecas EV di negara ini.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

GoCar, EV Connection bekerjasama tingkat jaringan stesen pengecasan di Malaysia
Sejak pelancaran GoEV pada Disember tahun lepas, lebih 1,000 pengguna EV telah mencatatkan perjalanan melepasi 500,000 kilometer.