Penyedia perkhidmatan pengangkutan dalam talian Grab memperkenalkan GrabPay Mobile Wallet atau e-dompet yang boleh diakses melalui aplikasi Grab, bagi memudahkan transaksi perbelanjaan harian.
GrabPay yang dijamin selamat dan mudah ini lebih fleksibel untuk digunakan bagi membuat bayaran pada perkhidmatan yang ditawarkan di dalam aplikasi Grab.
Menurut Pengarah Urusan GrabPay Malaysia, Singapura dan Filipina, Ooi Huey Tyng, penggunaan GrabPay dapat memupuk rakyat Malaysia untuk menyertai gaya hidup bebas tunai.
“Ramai rakyat Malaysia yang enggan mengamalkan gaya hidup bebas tunai kerana ia dianggap tidak selamat serta leceh.
“Namun, GrabPay akan memastikan pengguna seluruh negara, tanpa mengira usia dapat menyertai gaya hidup bebas tunai dan ekonomi digital tanpa perlu memuat turun aplikasi tambahan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Grab Pay, di sini pada Selasa.
Tambah Ooi, kerjasama bersama KLIA Ekspres juga akan membolehkan pengguna GrabPay yang sering berulang alik antara KLIA, KLIA2 dan KL Sentral untuk membayar tambang mereka dan menikmati tawaran eksklusif promosi tempoh terhad.
“Apabila pengguna sudah biasa membuat transaksi bebas tunai atau 'cashless' untuk perkhidmatan utama harian seperti pengangkutan, penghantaran makanan dan pembayaran, kami dapat mempercepatkan lagi transformasi Malaysia ke arah ekonomi bebas tunai,” ujarnya.
Sementara itu, pengguna hanya perlu mengaktifkan aplikasi Grab dan mengimbas kod QR Grab yang unik di premis perniagaan yang menggunakan ciri ini untuk membuat bayaran.
Setiap transaksi melalui GrabPay juga akan diberi ganjaran dengan memperolehi mata GrabRewards yang boleh ditukarkan dengan barangan-barangan di dalam katalog GrabRewards.
Nursyazwani Saiful Sham
Tue Jun 26 2018

Pengarah Urusan GrabPay Malaysia, Singapura dan Filipina, Ooi Huey Tyng (tengah) pada Majlis Pelancaran GrabPay pada Selasa. - Astro AWANI/Siti Nursyazwani
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Malaysia masih jauh untuk menjadi masyarakat tanpa tunai - PayNet
Negara ini hanya akan mampu merealisasikan konsep masyarakat tanpa tunai dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Grab lancar GrabPay
Penggunaan GrabPay dapat memupuk rakyat Malaysia untuk menyertai gaya hidup bebas tunai.