GV Ride yang dimiliki GV Car Ventures Sdn Bhd (GVV) berkata kempen ini merupakan sebahagian daripada inisiatif satu juta tempahan percuma yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif GVV, Kabeer Singh Maand, promosi itu bertujuan memberi manfaat kepada komuniti, khususnya sempena bulan Ramadan.
"Kami berharap kempen ini dapat meringankan beban masyarakat dan memberi peluang kepada lebih ramai orang yang menikmati perkhidmatan e-hailing yang lebih berpatutan serta fleksibel," katanya pada majlis pelancaran di Sunway Pyramid hari ini.
Majlis dirasmikan oleh Exco Pelaburan & Perdagangan, Pembangunan IKS & Wilayah Ekonomi Baharu, Mobiliti Selangor Ng Sze Han.
Menurut Kabeer lagi, kempen itu bukan sahaja membantu pengguna menikmati perjalanan tanpa kos tetapi juga memperkenalkan GV Ride sebagai alternatif e-hailing yang lebih sempurna.
"Dengan ciri-ciri penjejakan masa nyata, pembayaran tanpa tunai dan sistem bidaan harga yang mesra pengguna, GV Ride berusaha menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan telus kepada semua," katanya.
Menurutnya lagi, sepanjang kempen GV Ride itu setiap penumpang terhad kepada satu perjalanan percuma setiap hari sehingga had habis digunakan.
Sementara itu Ng pula berpandangan tawaran perkhidmatan percuma di Selangor ini adalah satu inisiatif yang baik dalam menggalakkan mengunakan perkhidmatan e-hailing dan berharap GV Ride terus memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan rakyat.
