F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, bahagian minuman ringan Fraser & Neave Holdings Bhd, memberi jaminan tidak akan menaikkan harga minuman walaupun harga petrol dan diesel meningkat.
Pengarah Urusannya Khalid Alvi berkata kenaikan dalam harga bahan api tidak dapat dielakkan memandangkan ia menjadi sebahagian daripada keputusan fiskal dan monetari ekonomi kerajaan, dan syarikat menjadi sebahagian daripada ekonomi dan sistemnya.
"Kami akan memastikan yang kami akan terus mengeluarkan produk pada kos serendah mungkin dan kami akan memastikan kesan harga bahan api boleh diserapkan dan memberi kesan paling kurang kepada pengguna," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Oishi Green Tea di sini hari ini.
Pada 3 Sept, kerajaan mengumumkan kenaikan 20 sen bagi petrol RON95 dan harga diesel masing-maisng kepada RM2.10 dan RM2 seliter, dan dua hari kemudiannya petrol RON 97 naik 15 sen kepada RM2.85 seliter sebagai sebahagian daripada langkah rasionalisasi subsidi bahan api.
F&N Beverages merupakan pengeluar minuman ringan terbesar Malaysia dengan 27 peratus bahagian pasaran dan mempunyai rangkaian pengedaran terbesar meliputi 90 peratus cawangan di seluruh negara.
Syarikat mengedar minuman ringan seperti 100PLUS, F&N Fun Flavours, SEASONS, myCola, Fruit Tree, Ice Mountain Mineral Water dan F&N Cordials.
Syarikat juga mula mengedar produk Red Bull.
Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Oishi Group Plc Aniruth Mahathorn berkata Oishi Green Tea telah memasuki empat pasaran di Asia Tenggara iaitu Laos, Kemboja, Myanmar dan Malaysia.
Syarikat yang menjalin pakatan dengan F&N Beverages Marketing, meninjau untuk mengedarnya di negara-negara lain di Asia Tenggara seperti Singapura.
F&N Beverages Marketing dilantik Oishi Group untuk memasar dan mengedar Oishi Green Tea di Malaysia.
Bernama
Mon Sep 23 2013


RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

F&N, MYDIN lancar kempen 'Jom Sihat, Kekal Cergas', seruan gaya hidup sihat menyeluruh
Jerayawara di MYDIN USJ, Subang Jaya selama empat hari ajak dan didik orang ramai kepentingan gaya hidup seimbang dan amalan pemakanan sihat.

F&N labur dalam jenama, pemasaran untuk raih kembali momentum jualan
Lim berkata, syarikat berjaya mengatasi cabaran pasaran menerusi harga yang berkesan, strategi portfolio dan pelaburan jangka panjang.

F&N catat untung Q1 lebih rendah, pertimbang selaras harga produk
Pendapatan bagi tempoh itu bagaimanapun meningkat 2.2% kepada RM1.11 bilion berbanding RM1.08 bilion.

F&N lancar kempen 'lepak mamak virtual'
Pergerakan dan aktiviti rakyat Malaysia agak terbatas dalam tempoh tiga minggu penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sejak 18 Mac lalu.

Pegawai IT ungguli cabaran akhir kemuncak 'F&N 135th Anniversary Fiesta'
F&NHB telah menganjurkan pertandingan yang menawarkan hadiah lumayan termasuk lambang emas 916, seberat 1.35kg eksklusif bernilai RM300,000.

F&N lancar produk baharu sempena ulang tahun ke-135
Fiesta ulang tahun ke-135 bertujuan memberi ganjaran dan berterima kasih kepada pengguna atas sokongan yang tidak terhingga selama 135 tahun terhadap F&N.

Semua produk 100Plus sudah terima logo 'Pilihan Lebih Sihat'
100Plus dianugerahkan Logo Pilihan Lebih Sihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) berkuatkuasa Mac 2018.

Harga minuman tidak naik -- F&N Beverages Marketing
Kenaikan dalam harga bahan api tidak dapat dielakkan memandangkan ia menjadi sebahagian daripada keputusan fiskal dan monetari ekonomi.