KUALA NERANG: Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka meneruskan kenaikan sekurang-kurangnya sehingga suku ketiga tahun ini dan diunjur mencapai sehingga paras RM9,300 satu tan.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin berkata angka itu mampu dicapai berdasarkan perkembangan dagangan kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah di Bursa Malaysia.
"Kalau ikut Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah, memang akan cecah sampai RM9,300 satu tan. Sekarang sampai Jun kita rasa trend peningkatan harga sawit ini akan berterusan sehingga ke suku ketiga tahun ini.
"Paling cepat kenaikan itu mencapai paras RM9,300 pada suku ketiga, kalau tidak mungkin boleh berlanjutan sampai hujung tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Pusat Pemprosesan Getah Krip dan Projek Transformasi Perusahaan Getah (TARGET) di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas trend kenaikan MSM yang sebelum ini dilaporkan melonjak melebihi RM8,000 pada awal bulan lalu dan kini berada pada paras RM7,546 satu tan setakat Khamis lalu.
Zuraida berkata kenaikan harga itu sememangnya memberikan keuntungan kepada peladang dan kerajaan, namun mungkin memberi kesan kepada peningkatan harga produk berkaitan minyak sawit yang digunakan pengguna.
"Tapi bagaimana pun kita tetap beri subsidi iaitu sebanyak 20 peratus daripada minyak sawit mentah kita, jadi tidak menjadi isu (walaupun harga minyak sawit mentah melonjak)," katanya.
Mengulas mengenai kemasukan pekerja asing seramai 32,000 orang seperti yang diumumkan sebelum ini bagi memenuhi keperluan di sektor perladangan, Zuraida berkata kumpulan pertama dijangka tiba di negara ini seawal hujung April depan.
"Sekarang kita sedang dalam proses untuk bawa mereka masuk, Insya Allah, awal Mei atau hujung April kumpulan pertama akan masuk ke negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 13 2022

Zuraida berkata angka itu mampu dicapai berdasarkan perkembangan dagangan kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah di Bursa Malaysia. - Gambar fail/ WWF

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.
Indonesia lancar program sekolah rakyat bantu murid miskin
Program sekolah rakyat bakal menyediakan pendidikan percuma kepada murid daripada keluarga miskin.
Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
Vietnam mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.2 peratus dalam indeks pengeluaran perindustrian atau IIP untuk dua bulan pertama 2025.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia perkukuh hubungan perdagangan
Bagi perniagaan Jerman yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara, Malaysia menyediakan pintu masuk utama untuk berinteraksi dengan pasaran ASEAN.

Eksport minyak sawit Malaysia susut 9.97 peratus kepada 1.34 juta tan pada Disember - MPOB
Eksport minyak sawit Malaysia pada Disember 2024 menyusut 9.97 peratus kepada 1.34 juta tan daripada 1.49 juta tan pada bulan sebelumnya, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Raja Gula, Robert Kuok menerusi firma Singapura berminat beli kilang penapisan MSM Malaysia di Johor
Wilmar International Ltd dikatakan sedang bersaing dengan Threadstone Capital Sdn Bhd untuk memperoleh pegangan dalam MSM.

Stok minyak sawit Malaysia meningkat 4.35 peratus kepada 1.83 juta pada Jun - MPOB
Jumlah stok minyak sawit Malaysia meningkat 4.35 peratus kepada 1.83 juta tan pada Jun 2024 daripada 1.75 juta tan pada Mei 2024, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Stok minyak sawit pada Mac susut 10.68 peratus kepada 1.71 juta tan - MPOB
Stok MSM negara menurun 22.22 peratus kepada 797,974 tan pada Mac daripada 1.03 juta tan yang dicatatkan pada Februari.

Stok minyak sawit Malaysia susut 4.64 peratus kepada 2.29 juta tan pada Disember
Inventori minyak sawit mentah (MSM) berkurangan 9.43 peratus kepada 1.20 juta tan bulan lepas daripada 1.32 juta tan pada November.

India minta enam juta metrik tan minyak sawit dari Malaysia - TPM Fadillah
Eksport minyak sawit mentah (MSM) ke India terus memberi perkembangan positif apabila permintaan MSM negara itu meningkat kepada enam juta tan metrik.

Ketua Pegawai Kewangan MSM diarah bercuti untuk mudahkan siasatan dalaman
Ketua Pegawai Kewangan MSM Malaysia Holdings Bhd Mazatul 'Aini Shahar Abdul Malek Shahar diarah bercuti untuk memudahkan siasatan dalaman yang sedang dijalankan.

Kejatuhan eksport minyak sawit menjejaskan niaga hadapan MSM
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) susut hari ini selepas anggaran eksport menunjukkan aliran menurun.

Niaga hadapan MSM ditutup rendah susulan kelemahan pada minyak soya
Minyak sawit terpaksa diniagakan lebih rendah untuk mengekalkan diskaunnya terhadap persaingan.

Stok minyak sawit Malaysia susut 6.56 peratus pada Februari 2023
Jumlah stok minyak sawit Malaysia turun sebanyak 6.56 peratus kepada 2.11 juta tan metrik pada Februari 2023 daripada 2.26 juta tan metrik yang direkodkan pada bulan sebelumnya.