KUALA LUMPUR:Model Proton X50 yang sejak sekian lama menjadi perbincangan rakyat Malaysia akhirnya dilancarkan secara rasmi menerusi laman Facebook rasmi Proton Holdings Bhd (Proton), pada Selasa.
Syarikat pengeluar kereta tanah air itu mengumumkan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak itu ditawarkan pada harga bermula RM79,200 untuk varian paling asas.
Terdapat empat varian dalam segmen SUV itu dengan varian Standard ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM79,200, manakala Executive RM84,800, Premium (RM93,200) dan varian tertinggi Flagship pula bermula RM103,300.
Menurut Proton, model itu didatangkan dengan beberapa pilihan warna iaitu snow white, armour silver, jet grey, ocean blue, passion red dan citric orange.
Enjin yang dibangunkan Zhejiang Geely Holdings Group Co Ltd (Geely) dan Volvo Cars itu dikuasakan dengan enjin 1.5 liter turbo manakala varian flagship dikuasakan enjin 1.5 liter TGDI dan digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan DCT.
Bagi ciri keselamatan, ia dilengkapi sehingga enam beg udara, kamera undur, kamera 360 darjah untuk varian premium dan flagship serta advanced driver assistance system yang ditawarkan untuk varian flagship sahaja.
Proton X50 turut menerima penarafan lima bintang oleh ASEAN NCAP.
Model berkenaan juga didatangkan dengan paparan skrin sentuh bersaiz antara lapan hingga 10.25 inci mengikut varian dan boleh dihubungkan dengan internet menggunakan eSim.
Antara ciri baharu menarik lain yang ditawarkan ialah pengguna boleh menghidupkan enjin dan penyaman udara di telefon pintar mereka menggunakan aplikasi PROTON Link.
BACA: Eksklusif: Spesifikasi penuh Proton X50
Afiezy Azaman
Tue Oct 27 2020
![Harga Proton X50 bermula RM79,200 hingga RM103,300 Harga Proton X50 bermula RM79,200 hingga RM103,300](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603773500_protonX.jpg)
Model terbaharu Proton X50 dilengkapkan dengan sistem bantuan pemanduan lanjutan yang dapat mengurangkan kadar kemalangan akibat kecuaian manusia.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Proton jual 2,585 unit model X50 pada Julai Proton jual 2,585 unit model X50 pada Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659536852_protonX.jpg)
Proton jual 2,585 unit model X50 pada Julai
Proton mencatatkan satu lagi pencapaian pada Julai dengan penjualan Proton X50 yang dipertingkatkan sebanyak 2,585 unit.
![Proton tingkat pengeluaran, cepatkan penghantaran model X50 2024 Proton tingkat pengeluaran, cepatkan penghantaran model X50 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721374564_TBXjpg.jpg)
Proton tingkat pengeluaran, cepatkan penghantaran model X50 2024
Proton Holdings Bhd sedang meningkatkanpengeluaran Proton X50 2024 bagi memenuhi permintaan terhadap model itu yang menggalakkan.
![Saga, X50 jadi model Proton paling laris pada 2022 Saga, X50 jadi model Proton paling laris pada 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61672806061_ProtonSagaSale.jpg)
Saga, X50 jadi model Proton paling laris pada 2022
Proton Saga terus berpegang pada kedudukannya sebagai penjual terbaik dalam rangkaian kereta Proton.
![Proton eksport X50, X70 dan Saga ke Afrika Selatan buat pertama kali Proton eksport X50, X70 dan Saga ke Afrika Selatan buat pertama kali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41654011979_PROTONSOUTHAFRICA.jpg)
Proton eksport X50, X70 dan Saga ke Afrika Selatan buat pertama kali
Ia selepas menandatangani perjanjian untuk melantik CMH Group sebagai pengedar kenderaan Proton di negara itu pada April.
![Harga Proton X50 bermula RM79,200 hingga RM103,300 Harga Proton X50 bermula RM79,200 hingga RM103,300](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603773500_protonX.jpg)
Harga Proton X50 bermula RM79,200 hingga RM103,300
Kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak itu ditawarkan pada harga bermula RM79,200 untuk varian paling asas.
![Proton catat peningkatan jualan untuk empat bulan berturut-turut Proton catat peningkatan jualan untuk empat bulan berturut-turut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-09/71536401853_Proton.jpg)
Proton catat peningkatan jualan untuk empat bulan berturut-turut
SUV terlaris di Malaysia, Proton X70, telah mencatat jualan sebanyak 2,849 unit, prestasi jualan yang kedua terbaik dalam tahun 2020.
![Proton X50 terima sambutan menggalakkan Proton X50 terima sambutan menggalakkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599971746_protonX.jpg)
Proton X50 terima sambutan menggalakkan
Proton X50 yang begitu dinanti-nantikan menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggan sejak previu awalnya di Tanjung Malim, Perak, baru-baru ini.
![Proton X50 sedia beraksi, khabarnya harga jualan bermula sekitar RM75,000... Proton X50 sedia beraksi, khabarnya harga jualan bermula sekitar RM75,000...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599971746_protonX.jpg)
Proton X50 sedia beraksi, khabarnya harga jualan bermula sekitar RM75,000...
Video iklan Hari Merdeka Proton pada 31 Ogos lalu, seakan memberi bnayangan bahawa Proton X50 Segmen B itu bakal diperkenalkan tidak lama lagi!
![Selepas X50, Proton akan keluarkan dua lagi model rekaan tempatan Selepas X50, Proton akan keluarkan dua lagi model rekaan tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61599815637_LiChunrong.jpg)
Selepas X50, Proton akan keluarkan dua lagi model rekaan tempatan
Dua model itu bakal menjadi pengeluaran pertama menggunakan kepakaran Proton sepenuhnya selepas jenama itu diambilalih oleh syarikat Geely.