KUALA LUMPUR: Affin Hwang Investment Bank menjangkakan kadar tiket harian bagi taman tema Genting Skyworlds yang dijangka dibuka suku pertama tahun ini adalah sekitar RM200.
Firma penganalisis itu berkata, berkata, taman tema berkenaan mampu memuatkan sehingga 20,000 pengunjung sehari, namun disebabkan keperluan prosedur standard operasi (SOP) COVID-19, kapasiti keseluruhan mungkin dihadkan kepada 10,000 pengunjung sehari.
"Memandangkan pada masa ini ia hanya dibenarkan beroperasi pada kapasiti yang dikurangkan, kami percaya taman hiburan ini berkemungkinan beroperasi dengan kerugian pada peringkat awal.
"Bagaimanapun, pada pandangan kami Genting Malaysia (Genting) masih akan meneruskan pembukaannya, kerana objektif utama taman hiburan ini adalah untuk menambah jumlah keseluruhan pengunjung ke Genting Highland, dengan menambah baik kemudahan bukan perjudian," katanya dalam nota penyelidikannya di sini pada Sabtu.
Tambah Affin Hwang, apabila taman tema lama ditutup pada 2013, jumlah pengunjung menurun sebanyak 6,600 sehari atau 2.4 juta pengunjung pada tahun 2014.
Ia berkata, berdasarkan petunjuk pengurusan sebelum ini, bayaran masuk akan menyamai dengan pesaingnya yang lain.
"Kami menjangkakan Genting akan menetapkan harga tiket taman hiburan itu pada sekitar RM200 sehari," katanya.
Dalam pada itu Affin Hwang berkata, walaupun taman tema baharu itu dijangka memberi rangsangan kepada jumlah lawatan secara keseluruhannya, ia meragui Genting Skyworlds akan menjadi pemangkin penarafan semula untuk saham.
Katanya, ini memandangkan kebanyakan penganalisis dan pelabur mengambil kira kesan daripada pembukaan dalam kiraan mereka, apabila pengurusan sebelum ini sudah memberi panduan bahawa mereka mula melakukan ujian di taman tema itu sejak suku keempat 2021.
"Bagaimanapun, mungkin terdapat risiko kepada harga sahamnya jika taman tema ini ditangguhkan pembukaannya selepas separuh pertama 2022, kerana ia akan melembapkan sentimen pelabur terhadap saham GENM," katanya. -DagangNews.com
Dagang News
Sat Jan 22 2022
![Harga tiket taman tema Genting Skyworld dijangka RM200 sehari - Affin Hwang Harga tiket taman tema Genting Skyworld dijangka RM200 sehari - Affin Hwang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81642810389_TBskyworld.jpg)
Affin Hwang Investment Bank menjangkakan kadar tiket harian bagi taman tema Genting Skyworlds yang dijangka dibuka suku pertama tahun ini adalah sekitar RM200. -Dagang News
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Tiada rancangan bina taman tema di Cameron Highlands - MB Tiada rancangan bina taman tema di Cameron Highlands - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41620143327_MBPAHANG.jpg)
Tiada rancangan bina taman tema di Cameron Highlands - MB
Isu pembinaan taman tema di Cameron Highlands tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pahang.
![Pemilik restoran buat laporan polis dakwa gelang merah jambu dari taman tema Pemilik restoran buat laporan polis dakwa gelang merah jambu dari taman tema](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/71596618753_ingkarPKP.jpg)
Pemilik restoran buat laporan polis dakwa gelang merah jambu dari taman tema
Satu laporan polis dibuat oleh pemilik sebuah restoran yang dikaitkan dengan penularan gambar seorang wanita memakai gelang berwarna merah jambu di Ipoh.
![Enam remaja tercampak keluar dari permainan taman tema, seorang patah kaki Enam remaja tercampak keluar dari permainan taman tema, seorang patah kaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/51575343020_tamantemathailand.jpg)
Enam remaja tercampak keluar dari permainan taman tema, seorang patah kaki
Remaja yang tercampak dari permainan tersebut mengalami kecederaan dan telah digegaskan ke hospital di wilayah Lopburi.
![Kerajaan P.Pinang didesak beri maklumat tepat penutupan WWW - Pemuda Gerakan Kerajaan P.Pinang didesak beri maklumat tepat penutupan WWW - Pemuda Gerakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/51359621832_295x200.jpg)
Kerajaan P.Pinang didesak beri maklumat tepat penutupan WWW - Pemuda Gerakan
Pemuda Gerakan Pulau Pinang mendesak kerajaan negeri dan Taman Tema Wet World Wide memberi maklumat tepat dalam isu penutupan taman tema itu.
Taman Legoland pertama di Asia dibuka
Taman Legoland pertama di Asia yang terletak di tengah-tengah wilayah ekonomi Iskandar Malaysia dibuka kepada orang ramai 15 September.