KUALA NERUS: Hari pertama pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang diadakan sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) semalam, mendapat sambutan hangat dengan mencatatkan hasil jualan hampir RM60,000.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu Saharuddin Mohd Kia berkata jumlah kehadiran direkodkan ke PJKM semalam pula ialah hampir 4,000 pengunjung.
"Jualan ini memfokuskan kepada kegunaan isi rumah sahaja dan bukan untuk golongan peniaga. Justeru, pengguna disaran mengambil peluang untuk mendapatkan barangan keperluan harian mereka dengan potongan harga sehingga 20 peratus lebih murah berbanding pasaran biasa," katanya kepada Bernama hari ini.
Katanya, antara barangan dijual sepanjang PJKM berlangsung selama tiga hari bermula semalam hingga esok ialah daging segar, ayam, ikan sejuk beku, telur, minyak masak paket, beras, gula dan sayur-sayuran.
Rata-rata pengunjung juga menyambut baik program itu dan mengakui harga barangan dijual adalah berpatutan serta sangat membantu meringankan beban kewangan mereka.
Suri rumah, Hazimah Mohd, 51, berkata dia datang ke program itu kerana terdapat pelbagai promosi termasuk diskaun harga jualan bagi barangan keperluan.
"Saya buat senarai apa yang hendak dibeli kerana perlu merancang dengan bijak untuk berjimat cermat. Terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dengan rakyat dan program ini antara yang bagus untuk diperluaskan lagi," katanya yang datang dari Manir.
Seorang kakitangan swasta, Hidayah Aisyah Nordin, 41, pula berkata dia selalu membeli barangan di PJKM yang sering dianjurkan di sekitar Terengganu kerana harga ditawarkan sangat berbaloi.
"Sekarang ni, semuanya serba mahal, jadi kita kena pandai berbelanja dan urus kewangan bak kata pepatah 'ukur baju di badan sendiri'. Macam saya, memang akan beli barang untuk kegunaan setiap dua minggu dan pastikan penjimatan itu dapat digunakan untuk perkara lain," katanya.
Pelaksanaan PJKM kali ini melibatkan lebih banyak penyertaan daripada agensi kerajaan serta pemain industri seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Koperasi Usahawan Darul Iman, Koperasi Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Persatuan Nelayan Negeri Terengganu, pasaraya Sabasun, MDM Blue Ocean, Pok Awang Agro Farm Empire, Kemamang Pine, Qaseh Aiyaa dan SBA Maju Resources.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 03 2022
Jumlah kehadiran direkodkan ke PJKM semalam pula ialah hampir 4,000 pengunjung. - Foto fail/BERNAMA
[TERKINI] Donald Trump angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat
Langsung Majlis Angkat Sumpah Jawatan Presiden Amerika Syarikat ke 47 Donald Trump di Capitol Rotunda, Washington.
Buletin AWANI Khas: Donald Trump angkat sumpah Presiden AS
Ikuti secara langsung Buletin AWANI Khas sempena Majlis Angkat Sumpah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu.
#AWANInews
#AWANInews
Peserta pelbagai negara sertai pertandingan robotik China
Pertandingan akhir robotik antarabangsa yang dianjurkan di Zhengzhou, China menarik kehadiran peserta yang datangnya dari pelbagai pelusuk dunia. Peserta berbakat yang menyertai saingan hebat reka cipta robot itu ada yang datang dari Amerika Syarikat, Pakistan serta Jerman.
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Upacara pengebumian dua hakim Mahkamah Agung di Tehran
Para penduduk di sekitar Tehran, Iran memberi penghormatan terakhir dalam satu majlis pengebumian dua hakim Mahkamah Agung yang dibunuh lelaki bersenjata baru-baru ini.
Kepresidenan Trump: Trump seorang deal maker, lebih fikir kebaikan AS
Trump juga sedar AS tak mampu untuk berkonflik apatah lagi dengan dua kuasa besar dunia.
14 Februari tarikh tutup kontrak perkhidmatan haji
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan 14 Februari adalah tarikh akhir bagi pejabat urusan haji di pelbagai negara untuk memuktamadkan kontrak perkhidmatan berkaitan Musim Haji 1446H, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Kepresidenan Trump: Dunia masih lihat AS sebagai pemimpin
Biarpun dunia dilihat lebih bersedia untuk menerima Trump sebagai presiden AS yang baharu namun negara itu masih mempunyai beberapa jangkaan yang perlu dilangsaikan.
Malaysia gesa EU tingkatkan sokongan dalam pembiayaan iklim, inisiatif hijau
Dalam satu seruan penting, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kesatuan Eropah (EU) memperkukuh sokongan kepada Asia Tenggara melalui antaranya pembiayaan iklim yang lebih tinggi.
Hari pertama PJKM catat jualan hampir RM60,000
Jumlah kehadiran direkodkan ke PJKM semalam pula ialah hampir 4,000 pengunjung.
PJKM catat jualan lebih RM54 juta - Rosol
Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) merekodkan jualan sebanyak RM54.55 juta sejak dilancarkan pada 2 Disember tahun lepas.
Kerajaan bersedia lanjutkan PJKM - Rosol
Sambutan menggalakkan diterima hingga terdapat lokasi PJKM yang mencapai jualan hampir RM500,000 dalam tempoh dua hari.
Jualan Keluarga Malaysia: Rakyat diseru ambil peluang barangan harga diskaun
Selain meringankan beban rakyat, program tersebut juga membantu mempromosikan produk minyak sawit kepada pengguna.
PJKM dapat sambutan, lebih RM7.8 juta nilai jualan direkodkan
PJKM telah diadakan di 274 lokasi dan mendapatkan maklum balas positif terutama dalam meringankan bebanan rakyat.