KUALA LUMPUR: Sektor perkhidmatan Malaysia mencatatkan pertumbuhan 6.1 peratus tahun ke tahun bagi suku pertama 2024 kepada RM594.5 bilion, disumbangkan oleh prestasi yang menggalakkan bagi semua segmen di bawah sektor perkhidmatan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan ketara dicatatkan oleh segmen perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan yang meningkat RM23.3 bilion kepada RM451.6 bilion.
"Peningkatan ini diikuti oleh segmen maklumat dan komunikasi dan pengangkutan dan penyimpanan (+RM5.2 bilion; 6.7 peratus), segmen profesional, hartanah dan pentadbiran dan khidmat sokongan (+RM3.3 bilion; 9.5 peratus) dan segmen kesihatan swasta, pendidikan swasta, kesenian, hiburan danrekreasi dan perkhidmatan persendirian dan lain-lain aktiviti (+RM2.4 bilion; 12.7%)," katanya.
Bagi pendapatan e-dagang, Ketua Perangkawan itu berkata ia mencatatkan nilai sebanyak RM293.2 bilion iaitu bertumbuh 0.5 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2024.
Untuk perbandingan suku tahun ke suku tahun, pendapatan e-dagang meningkat secara marginal sebanyak 0.5 peratus.
Beliau berkata jumlah pekerja dalam sektor ini adalah seramai 4.4 juta orang, meningkat 72,200 orang atau 1.7 peratus tahun ke tahun.
Sementara itu, gaji dan upah yang dibayar mencatatkan peningkatan sebanyakRM1.0 bilion atau 3.3 peratus tahun ke tahun.
Dalam satu kenyataan berasingan, Mohd Uzir berkata indeks volum perkhidmatan tumbuh 4.5 peratus tahun ke tahun dengan mencatatkan 150.4 mata pada suku pertama 2024, manakala bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun pula, ia naik 1.3 peratus.
Beliau berkata prestasi indeks volum perkhidmatan bagi suku ini dipacu oleh kenaikan segmenperdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan yang tumbuh 4.0 peratus
"Ini diikuti dengan pertumbuhan dalam segmen maklumat dan komunikasi serta pengangkutan dan penyimpanan (6.0 peratus); segmen perkhidmatan perniagaan dan kewangan (3.7 peratus), dan segmen perkhidmatan lain (6.8 peratus)," katanya.
Sementara itu, segmen perkhidmatan lain merekodkan pertumbuhan positif 6.8 peratus berikutan peningkatan dalam kesihatan swasta (9.3 peratus), pendidikan swasta (7.2 peratus) serta kesenian, hiburan danrekreasi dan perkhidmatan persendirian dan lain-lain aktiviti (3.9 peratus), kata ketua perangkawan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024

Mohd Uzir berkata peningkatan ketara dicatatkan oleh segmen perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan yang meningkat RM23.3 bilion kepada RM451.6 bilion. - Gambar fail/Astro AWANI
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.

Inflasi kekal 1.7% pada Januari 2025 - DOSM
Peningkatan harga tertumpu pada sektor perkhidmatan, dengan kumpulan Restoran & Perkhidmatan Penginapan mencatatkan kenaikan tertinggi.

Permintaan tenaga buruh catat bilangan tertinggi pada suku ketiga 2024 - DOSM
Permintaan tenaga buruh pada suku ketiga tahun ini mencatatkan bilangan tertinggi sejak kali terakhir direkodkan pada 2018, iaitu dengan penawaran sebanyak 9.01 juta jawatan.

Hasil sektor perkhidmatan melonjak 6.8 peratus pada suku kedua 2024
Hasil bagi sektor perkhidmatan melonjak kepada 6.8 peratus tahun ke tahun, dengan mencatatkan RM607.1 bilion bagi suku kedua 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Hasil sektor perkhidmatan naik 6.1 peratus kepada RM594.5 bilion pada suku pertama 2024 - Perangkaan
Sektor perkhidmatan Malaysia mencatatkan pertumbuhan 6.1 peratus tahun ke tahun bagi suku pertama 2024 kepada RM594.5 bilion.

Tahun Melawat Selangor 2025 sasar tujuh juta pelancong, promosi tumpu kepada ekopelancongan
Kerajaan Negeri Selangor sasar tujuh juta pelancong tempatan dan luar negara melawat negeri itu sempena Tahun Melawat Selangor 2025.

Hasil sektor perkhidmatan Malaysia cecah RM2.3 trilion pada 2023
Jumlah hasil keseluruhan sektor perkhidmatan bagi 2023 adalah RM2.3 trilion, meningkat 8.4 peratus daripada RM2.1 trilion pada 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Hasil sektor perkhidmatan meningkat 7.6 peratus pada suku ketiga 2023 - Perangkaan
Hasil sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan 7.6 peratus tahun ke tahun kepada RM584.0 bilion pada suku ketiga 2023.

AMRO unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.2 peratus tahun ini
Pertumbuhan ekonomi Malaysia diunjurkan mencecah 4.2 peratus pada 2023, jangkaan yang sederhana selepas ia mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 8.7 peratus tahun lepas.

Johor catat pelaburan tertinggi RM63.9 bilion, kekal destinasi pelaburan utama negara
Pelaburan yang dicatatkan itu hampir 33 peratus daripada angka pelaburan nasional yang direkodkan iaitu RM193.7 bilion.

'Saya tidak teragak-agak kenakan tindakan terhadap pegawai kanan sebabkan kelewatan laksana projek' - Hajiji
Tindakan akan diambil terhadap mereka yang didapati menyebabkan kelewatan pelaksanaan projek pembangunan yang telah diwartakan untuk rakyat Sabah, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.