KUALA LUMPUR: Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menjangka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2023 akan mencatatkan pertumbuhan yang perlahan sebanyak 5.2 peratus tahun ke tahun berbanding 7.0 peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2022, berikutan pertumbuhan yang sederhana dalam semua sektor.
Dari segi permintaan, bank pelaburan itu berkata penggunaan swasta dijangka terus menjadi pemacu pertumbuhan yang paling ketara, walaupun pada kadar yang perlahan.
"Kami menjangka sektor pembuatan mencatatkan sederhana, dicerminkan oleh kelembapan dalam Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) pembuatan pada suku pertama 2023 yang mencatatkan 3.4 peratus tahun ke tahun berbanding 4.0 peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2022.
"Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti pembuatan berorientasikan eksport yang perlahan pada suku tahun tersebut dalam keadaan pertumbuhan global yang lemah dan permintaan antarabangsa yang rendah," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Katanya, pengeluaran berorientasikan domestik terus mengukuh, berkembang pada 6.0 peratus tahun ke tahun pada suku tahun tersebut berbanding 3.2 peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2022.
Pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan turut dijangka perlahan, sejajar dengan indeks volum perkhidmatan yang lebih sederhana.
"Bagaimanapun, kami melihat pertumbuhan perkhidmatan disokong oleh peningkatan ketibaan pelancong dan permintaan domestik berikutan perayaan Tahun Baharu Cina dan sambutan sebelum Hari Raya.
"Ini dapat dilihat daripada pertumbuhan yang berterusan dalam sektor perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan, walaupun pada kadar yang perlahan," katanya.
Menurut HLIB, sektor perlombongan turut dijangka sederhana berikutan pengeluaran yang perlahan disebabkan pengeluaran petroleum mentah dan gas asli yang rendah.
"Kami turut menjangka pertumbuhan yang perlahan dalam sektor pertanian, sebahagian besarnya disebabkan oleh pengeluaran minyak sawit yang rendah pada suku tahun tersebut, terjejas oleh hujan lebat dan banjir pada Mac," katanya.
Sementara itu, katanya sektor pembinaan dijangka terus menyokong pertumbuhan berikutan peningkatan nilai kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan pada suku pertama 2023, terutamanya dalam kejuruteraan awam dan bangunan bukan kediaman.
Bank Negara Malaysia dijadual mengumumkan keputusan KDNK suku pertama 2023 esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023

Dari segi permintaan, bank pelaburan itu berkata penggunaan swasta dijangka terus menjadi pemacu pertumbuhan yang paling ketara, walaupun pada kadar yang perlahan. -Gambar fail/Flickr

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

HLIB unjur inflasi meningkat pada 2025
Hong Leong Investment Bank (HLIB) mengunjurkan inflasi meningkat pada 2025.

KNDK Malaysia diunjur berkembang lebih 5.0 peratus pada 2024 - Penganalisis
Hong Leong Investment Bank mengekalkan jangkaannya untuk pertumbuhan 5.0 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2024.

Bank pelaburan semak semula unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia 2024 lebih tinggi
Hong Leong Investment Bank (HLIB) menyemak semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2024 lebih tinggi kepada 5.0 peratus berbanding 4.8 peratus sebelum ini.

Tekanan inflasi daripada penyasaran subsidi diesel boleh diurus - HLIB
Langkah menyasarkan subsidi diesel dianggarkan membawa penjimatan sebanyak RM4 bilion setiap tahun kepada kerajaan.

HLIB jangka ekonomi Malaysia 2024 berkembang 4.8 peratus
Walaupun HLIB membayangkan BNM untuk kekal pada baki 2023, OPR diunjurkan terus menokok kepada paras normal 3.25 peratus pada 2024.

HLIB jangka pertumbuhan KDNK perlahan pada suku pertama 2023
Penggunaan swasta dijangka terus menjadi pemacu pertumbuhan yang paling ketara, walaupun pada kadar yang perlahan.

HLIB jangka harga minyak kekal tidak berubah pada separuh pertama 2023
Ia menjangkakan bekalan dan permintaan minyak global akan setara pada 100 juta hingga 102 juta tong sehari pada separuh pertama 2023.

Peningkatan sektor pembinaan akan berterusan tahun ini - HLIB
Hong Leong Investment Bank mengekalkan penarafan 'berprestasi tinggi' ke atas sektor pembinaan, berdasarkan aliran projek yang berterusan.