Susulan kajian semula strategik, HSBC akan menutup secara berperingkat operasinya di Brunei, yang terdiri daripada perkhidmatan runcit, komersial dan perbankan global.
Proses penutupan berperingkat operasi itu bermula Rabu dan selepas itu HSBC Brunei tidak akan lagi mengambil apa-apa akaun, kemudahan atau perniagaan baharu, kata HSBC dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Ini merupakan sebahagian daripada kajian semula perniagaan global kumpulan itu dan merupakan satu langkah penting dalam matlamat HSBC untuk mengoptimumkan rangkaian globalnya dan mengurangkan kerumitan yang dinyatakan semasa HSBC Investor Update pada 9 Jun 2015.
"Bagi meminimumkan kesan atau kesulitan kepada pelanggan kami, proses itu akan dihentikan secara berperingkat dan dari semasa ke semasa dan HSBC Brunei akan memastikan semua obligasi sedia ada kepada pelanggan dipenuhi," kata bank itu.
HSBC Brunei akan berkomunikasi dengan setiap pelanggannya pada bulan-bulan akan datang untuk menyediakan butiran terperinci dan keperluan berkaitan dengan perkhidmatan dan akaun mereka dengan bank itu.
Kakitangan yang terlibat dengan penutupan itu akan dilayan dengan adil dan sejajar dengan nilai-nilai keperluan berkanun kumpulan itu, kata HSBC.
Bernama
Wed Apr 06 2016

Kakitangan yang terlibat dengan penutupan itu akan dilayan dengan adil dan sejajar dengan nilai-nilai keperluan berkanun kumpulan itu, kata HSBC. - Gambar fail

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.

Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.

Warga asing didenda seludup minuman beralkohol di Brunei
Pegawai kastam Brunei telah menahan sebuah kenderaan untuk pemeriksaan pada Rabu dan menemukan 192 tin minuman beralkohol.

Festival Makanan Malaysia 2024 tawar hidangan pelbagai rasa, diplomasi budaya ke Brunei
Festival Makanan bertujuan untuk mempromosikan masakan Malaysia kepada masyarakat Brunei dan mengukuhkan diplomasi budaya.

Agong, Permaisuri tiba di tanah air dari Brunei
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat dinaiki Seri Paduka Baginda berdua selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bharu.

Agong, Raja Permaisuri berkenan bertemu rakyat Malaysia di Brunei
Kira-kira 300 diaspora Malaysia hadir dalam majlis berkenaan antaranya ahli perniagaan, Persatuan Warganegara Malaysia dan Persatuan Kebajikan Melayu Se-Malaysia.

Agong tiba di Brunei untuk lawatan negara tiga hari
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat tiba di Bandar Seri Begawan bagi memulakan lawatan negara ke Brunei selama tiga hari bermula hari ini.

Agong, Permaisuri berangkat ke Brunei untuk lawatan negara
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berdua berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 9.30 pagi.

Agong, Permaisuri adakan lawatan negara ke Brunei esok
Kunjungan itu merupakan lawatan negara pertama Seri Paduka Baginda ke Brunei sejak menaiki takhta pada 31 Jan 2024.