KUALA LUMPUR: HSBC menetapkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia 2022 pada 5.6%.
Menurut Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) Perbankan Swasta dan Pengurusan Kekayaan HSBC di Asia Tenggara, James Cheo berkata, pemacu utama di sebalik ramalan pertumbuhan itu berkisar pada peningkatan penggunaan melalui pembukaan semula ekonomi.
"Kepenggunaan ini adalah yang terbesar dan itu benar-benar akan menyokong Malaysia," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian pada sesi taklimat Tinjauan Pelaburan HSBC Private Banking and Wealth 2022,
Tambahnya, terdapat juga permintaan terpendam untuk pelaburan langsung asing dan perbelanjaan infrastruktur, dan juga akan menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2022.
“Kemungkinan tahun ini akan menjadi tahun di mana syarikat akan mula melabur dan mengembangkan operasi mereka, terutamanya memandangkan prospek jangka panjang untuk Asia Tenggara adalah besar.
"Saya rasa banyak syarikat mahu berkembang tetapi menangguhkan rancangan mereka kerana pandemik,” katanya.
Beliau berkata, pertumbuhan ini juga akan terus disokong oleh sektor pembuatan Malaysia, tetapi menyatakan bahawa kadar vaksinasi perlu ditingkatkan untuk mengurangkan isu rantaian bekalan.
"Selain itu, saya fikir momentum daripada kitaran pembuatan, terutamanya dalam bahagian eksport, masih akan terus menjadi tonggak kukuh bagi Malaysia.
“Saya fikir dari situlah sokongan akan datang, terutamanya apabila Malaysia mencapai kemajuan vaksinasi yang lebih tinggi, isu kesesakan bekalan akan berkurangan pada separuh kedua tahun ini (2H2022) dan ini bermakna mesin eksport, bahagian pengeluaran perindustrian, akan mula muncul dengan sangat kuat di Malaysia,” tambah Cheo. -DagangNews.com
Dagang News
Wed Jan 12 2022
HSBC menetapkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia 2022 pada 5.6%. -Gambar fail
Aliff cipta sensasi tumbangkan Shamil Adukhov pada pusingan pertama
ATLET Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib mencipta sensasi apabila menumbangkan petarung dari Rusia, Shamil Adukhov dalam aksi One Fight Night 28 pada Sabtu.
PLKN 3.0: Majikan tidak beri pelepasan kepada pelatih perlu ada justifikasi - JKLN
Individu yang dipanggil menjalani latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 perlu hadir melapor diri dan memohon penangguhan jika mempunyai halangan berbuat demikian.
PLKN 3.0: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain
Kajian menunjukkan kebanyakan negara menggunakan uniform celoreng tentera berbanding uniform seragam alternatif.
Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.
Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB
20 juta daripada 30 juta orang positif HIV di seluruh dunia bergantung kepada bantuan AS untuk mendapatkan rawatan.
Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen
Jabatan Imigresen berjaya merampas RM3.6 juta dan menahan 10 warga asing dalam operasi khas di sekitar Klang, Selangor dan Brickfield.
Semua pegawai Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melakukan perjalanan ke DRC dinasihatkan agar menangguhkan rancangan perjalanan mereka.
Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.
AWANI Ringkas: Gangguan seksual polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.
GPI tafsirkan sumbangan suri rumah dalam bentuk kewangan - Penganalisis
Penunjuk Kemakmuran Tulen (GPI) memberikan gambaran menyeluruh mengenai produktiviti negara dengan mengambil kira aktiviti ekonomi dan selainnya.
Malaysia dijangka raih manfaat daripada dasar perdagangan Trump - Analisis KSI, ECKL
Malaysia bersedia untuk memanfaatkan peluang besar susulan kembalinya Donald Trump sebagai Presiden AS, terutama dalam menarik FDI dan meningkatkan potensi eksport.
IMF unjur pertumbuhan ekonomi UAE kekal sekitar 4 peratus pada 2025
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan ekonomi Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan mengekalkan pertumbuhan sekitar empat peratus pada 2025.
KUSKOP sedia bantuan berterusan bantu PKS laksana gaji minimum baharu
KUSKOP menyediakan bantuan berterusan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam mematuhi pelaksanaan gaji minimum baharu menjelang pelaksanaannya bulan depan.
Dagangan Malaysia berkembang seiring prospek WTO - MITI
Perdagangan Malaysia dijangka berkembang seiring dengan prospek yang diterbitkan oleh WTO, yang mengunjurkan jumlah dagangan barangan global tumbuh sebanyak tiga peratus.
Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal 4.5 peratus pada 2025 - OCBC
Walaupun wujud turun naik bulanan, pertumbuhan eksport kekal berdaya tahan, disokong oleh tahap terendah dalam kitaran menurun eksport elektronik global.
BMI unjur ekonomi Malaysia 2024 berdaya tahan pada 5.0 peratus
BMI, syarikat Fitch Solutions, mengunjurkan ekonomi Malaysia pada 2024 berdaya tahan dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar 5.0 peratus.
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN sedia peluang perkasa PMKS - Samenta
Peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada tahun ini juga menjadi peluang bagi negara ini menumpukan semula perhatian terhadap 70 juta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang merangkumi 9
KDNK 2025 Malaysia dijangka kekal stabil pada 5 peratus - CIMB Securities
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka kekal stabil pada kadar lima peratus pada 2025, selaras dengan sasaran kerajaan antara 4.5 dan 5.5 peratus, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh lebih 5.0 peratus pada 2025 - Amir Hamzah
Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan pertumbuhan yang stabil melebihi 5.0 peratus pada 2025, disokong oleh pelaburan strategik, pengurusan fiskal yang kukuh dan daya tahan ekonomi.