SHAH ALAM: Selepas empat dekad menerajui syarikat, pengasas Kumpulan Karangkraf (Karangkraf), Datuk Hussamuddin Yaacub mengumumkan persaraan sebagai Pengerusi dan Penerbit berkuat kuasa 1 November ini.
Turut mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa pada tarikh yang sama ialah Timbalan Pengerusi, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.
Susulan daripada peletakan jawatan tersebut, Hussamuddin dan Muhammad Nasir masing-masing akan berperanan sebagai Penasihat dan Penasihat Bersama syarikat.
Kedua-duanya juga akan melepaskan jawatan dalam Lembaga Pengarah dan syarikat akan melantik lima Ahli Lembaga yang baharu.
Mereka adalah Firdaus Hussamuddin, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi, Farah Hussamuddin, Azizi Fikry dan Izzat Izhar Muhammad Nasir.
Kekosongan yang ditinggalkan Hussamuddin akan diisi oleh Firdaus yang akan menggantikan beliau sebagai Pengerusi Kumpulan yang baharu.
Sebelum ini, Firdaus adalah Ketua Pegawai Eksekutif untuk Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd.
Hussamuddin berkata, sejak empat dekad lalu, Karangkraf telah berkembang dengan kukuh.
"Syarikat telah berjaya bertahan dalam gelombang digital yang melanda dunia sejak 2013 yang menggoncangkan banyak industri media terutama media cetak.
“Kini, saya rasa sudah tiba masanya untuk kami berundur dan menyerahkan baton kepada generasi yang lebih muda kerana generasi mereka boleh membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Sehubungan dengan penyerahan itu, Kumpulan Karangkraf mengumumkan beberapa perubahan struktur dalam syarikat yang juga akan berkuat kuasa pada 1 November 2022.
Di peringkat kumpulan, Akmal Eirfan yang sebelum ini menggalas jawatan Ketua Pegawai Eksekutif untuk Ultimate Print Sdn Bhd akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan (Korporat, Kewangan dan Pengurusan Risiko).
Bagi tiga bahagian perniagaan utama kumpulan, Farah akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Penerbit/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Divisi Media yang merangkumi Sinar Harian, Sinar Daily dan semua aset media milik Karangkraf.
Beliau sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf Sdn Bhd.
Azizi yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pegawai Operasi Ultimate Print Sdn Bhd pula akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO Bahagian Percetakan dan Pembuatan, yang merangkumi Ultimate Print Sdn Bhd dan Karangkraf Medicare Sdn Bhd.
Sementara itu, Firdaus juga akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO/Penerbit Kumpulan Buku dan Penerbitan Al-Quran yang membabitkan Karya Bestari, Grup Buku Karangkraf dan anak syarikatnya.
Beliau akan dibantu oleh Izzat Izhar yang akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi (COO) bahagian.
Karangkraf bermula pada tahun 1978, sebagai sebuah perniagaan penerbitan kecil di lot kedai dengan mencetak terbitan pertamanya iaitu Mingguan Kanak Kanak.
Hari ini, syarikat tersebut telah berkembang menjadi salah satu penerbitan, percetakan dan gergasi media di negara ini. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Oct 26 2022

Hussamuddin mengumumkan persaraan sebagai Pengerusi dan Penerbit berkuat kuasa 1 November ini. -Foto Sinar Harian
Fokus angkat martabat negara, bukan jatuhkan sesiapa - PM
Kata Anwar, peluang bulan Ramadan yang bakal tiba perlu digunakan dengan majlis ilmu untuk memperkasa individu dan masyarakat, dan bukannya diisi dengan tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan dengan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.
Waspada Akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Menurut Royal Press Office, akaun-akaun palsu tersebut sering digunakan oleh “scammers” untuk tujuan penipuan di laman Facebook dan platform media sosial lain.

Perintah khidmat masyarakat dijangka kuat kuasa tahun ini - Nga
Nga berkata sesi libat urus dan penerangan kepada pihak berkaitan sudah dilakukan beberapa kali dalam memastikan perintah khidmat masyarakat itu dapat direalisasikan.

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

#QuranHour For Gaza perjuang nasib rakyat Palestin cara berbeza
Ia tidak dilakukan dalam bentuk demonstrasi tetapi program refleksi bagi menghayati perjuangan sebenar membantu saudara di Palestin.

Memanusiakan pekerja di tempat kerja
Seseorang pemimpin dan ketua perlu rasional dan berintegriti dalam menguruskan pentadbiran supaya dihormati dan disukai pekerja.

Hussamuddin umum bersara sebagai Pengerusi, Penerbit Karangkraf
Turut mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa pada tarikh yang sama ialah Timbalan Pengerusi, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

My #QuranTime 2.0 dijangka diteruskan dalam masa terdekat - Hussamuddin
Program My #QuranTime dijangka diteruskan kepada siri kedua dalam masa terdekat.

Kumpulan Karangkraf penerima Anugerah HAWANA 2022
Kumpulan Karangkraf (Karangkraf) dipilih sebagai penerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 pada majlis kemuncak sambutan HAWANA di sini hari ini.

Hawana 2022 berupaya tingkatkan dunia kewartawanan - Hussamuddin
Selain mengiktiraf peranan wartawan, sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 berupaya menjadikan dunia kewartawanan lebih profesional dan berintegriti.

Umat Islam 70 negara sertai World#QuranHour 2022
Umat Islam di kira-kira 70 negara melibatkan 15,000 lokasi di seluruh dunia hari ini membaca Al-Quran menerusi program World Quran Hour kali ke-7.

Apabila rasuah menang, rakyat malang: Bangkit, jangan biarkan negara rugi berbilion ringgit lagi
Amalan rasuah yang tidak ditangani dengan segera dan holistik berisiko melandaikan lengkuk pertumbuhan ekonomi dengan lebih serius.

Rasuah Busters: Enam tuntutan dibentang, inisiatif politik #MalaysiaTanpaRasuah
Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, kesemua tuntutan itu sebagai transformasi nilai melalui inisiatif politik #MalaysiaTanpaRasuah.

Keutamaan banteras rasuah libatkan ahli politik
Hussamuddin berkata, usaha melibatkan kumpulan politik perlu kerana mereka adalah 'decision maker' dan pembuat dasar.