KUALA LUMPUR: Ikano Centres, iaitu sebahagian dari Ikano Retail, meneruskan pendekatan saluran-omni untuk perniagaan pusat beli-belah walaupun berdepan dengan arahan penutupan operasi perniagaan hartanah dan pusat beli-belah akibat dilanda COVID-19.
Walaupun orang ramai sudah mula kembali mengunjungi pusat beli-belah, Ikano Centres sebahagian daripada IKEA tetap memberi keutamaan pada usaha penambahbaikan dalam mempertingkatkan keperluan pengguna yang semakin berkembang.
Dengan memiliki lima pusat beli-belah dalam portfolionya iaitu IPC, MyTOWN, Toppen dan Batu Kawan di Malaysia, serta Megabangna di Thailand, Ikano Centres telah mengekalkan kadar sewa yang normal iaitu sebanyak 92% di seluruh pusat beli-belah sepanjang tempoh 18 bulan yang lalu.
Dalam tempoh ini, Ikano Centres telah memperkenalkan pelbagai pendekatan untuk menangani isu keselamatan, menambah baik pengalaman pelanggan, merintis kongsian digital dan menginovasi platform beli-belah yang memudahkan para pelanggan untuk berhubung, beinteraksi dan belajar.
Pengarah Urusan Pusat Beli-Belah Penggunaan Bercampur Ikano Centres, Adrian Mirea berkata: "Seperti yang dapat kita lihat, ramai pengunjung sudah mula kembali ke pusat beli-belah kami, dan kami yakin dengan perkembangan ini."
"Bagi menambah baik pengalaman pelanggan di serata pusat beli-belah, kami akan melaksanakan pelaburan untuk pembangunan fizikal serta platform digital agar pengalaman membeli-belah lebih menarik buat para pengunjung.
"Semua ini bakal memastikan agar pusat beli-belah kami terus menjadi tempat pertemuan yang selamat serta menyeronokkan."
Ikano Centres telah memperkenalkan inovasi digital yang direka bertujuan membantu para penyewanya sepanjang penutupan serta menawarkan pelbagai cara untuk pengunjung berinteraksi dengan pusat beli-belah kegemaran mereka.
Inisiatif ini termasuklah menyediakan perkhidmatan membeli-belah secara peribadi melalui GoGet, siaran langsung di media sosial, menyertai kempen yang dianjurkan oleh GrabFood dan Foodpanda serta mengoptimumkan aplikasi pusat beli-belahnya bagi memudahkan pembelian melalui perkhidmatan pandu lalu.
Pengarah Komersial Ikano Center, Arnoud Bakker berkata, tumpuan terhadap pembangunan perniagaan dan inovasi digital adalah sebahagian daripada pegangan Ikano Centres yang mengutamakan pelanggan.
“Kami menjadikan pusat kami sebagai 'tempat pertemuan' kerana pelanggan hari ini datang untuk suasana dan pengalaman menarik yang kami sediakan, tidak hanya untuk transaksi biasa.”
‘’Selepas wabak ini, pembeli sekarang lebih berpengetahuan, lebih bijak dan mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan apa yang mereka perlukan.
‘’Inilah sebabnya kami sangat menitikberatkan campuran penyewa yang dinamik untuk memenuhi keperluan khusus dan mencipta konsep yang unik dan segar.
‘’Kami juga sentiasa mencari penyewa baharu, platform dan penyedia perkhidmatan yang mampu mencipta pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan untuk para pengunjung kami, " ujarnya.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Fri Dec 17 2021

Pembinaan medan letak kereta pada bumbung bangunan Ikano Centres Toppen di Johor. -Dagang News
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Ikano Centres teruskan rancangan pertumbuhan sebagai tempat pertemuan di Malaysia, Thailand
Ikano Centres telah mengekalkan kadar sewa yang normal iaitu sebanyak 92% di seluruh pusat beli-belah sepanjang tempoh 18 bulan yang lalu.