IKEA Malaysia yang secara rasminya melancarkan khidmat beli-belah secara dalam talian pada Khamis, menyifatkan usaha itu melengkapi kewujudan premis fizikal sedia ada serta tidak menolak kemungkinan mengembangkan jumlah gedung sedia adanya.
Timbalan Pengarah Runcit IKEA bagi Asia Tenggara, Gerard Jansen berkata jumlah dagangan dan kunjungan pelanggan itu merupakan dua faktor penting bagi pembuat perabot Sweden itu.
Justeru, IKEA percaya langkah menceburi segmen e-dagang itu seiring dengan strategi pengembangan syarikat berkenaan.
Namun, pada masa sama, rangkaian gedung fizikalnya kekal menjadi aspek penting dalam pelan pengembangan di masa depan.
"Kami masih meneruskan usaha pengembangan premis fizikal. Pada masa sama, kami turut meninjau pelbagai format berbeza (pengembangan) agar seiring dengan perubahan corak dan aliran belian pelanggan," katanya kepada media selepas melancarkan kemudahan beli-belah dalam talian IKEA Malaysia pada satu majlis di Janda Baik dekat sini, pada Khamis.
Kemudahan belian dalam talian itu menyediakan akses kepada lebih 9,000 produk kelengkapan rumah syarikat itu dengan ciri-ciri kategori berdasarkan produk dan ruang atau bilik kediaman.
Mengulas selanjutnya format baharu itu, Jansen berkata IKEA turut membangunkan aplikasi pengemudian bagi menambah baik pengalaman pelanggan di premis atau gedung fizikal serta menimbang untuk mewujudkan kemudahan lokasi bagi tujuan pengambilan produk.
Beliau turut merujuk senario di Thailand yang mana gedung IKEA terletak di Bangkok tetapi turut menyediakan lokasi pengambilan produk di Phuket.
"Mustahil bagi IKEA untuk membuka sebuah gedung lengkap di Phuket. Gedung kami cuma di Bangkok tetapi produk kami masih boleh dihantar sehingga ke Phuket," katanya.
IKEA yang mempunyai dua gedung lengkap di Lembah Klang dan sebuah di Johor Bahru, dijadual membuka gedung serupa di Batu Kawan, Pulau Pinang, tahun depan.
Syarikat itu sebelum ini turut mengetengahkan kemungkinan membuka gedung ketiga di Lembah Klang walaupun tidak memberikan sebarang jangka masa membabitkannya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 16 2018

IKEA yang mempunyai dua gedung lengkap di Lembah Klang dan sebuah di Johor Bahru, dijadual membuka gedung serupa di Batu Kawan, Pulau Pinang, tahun depan. REUTERS / Fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pengunjung pusat beli-belah maut dalam insiden tembakan
Polis enggan mengulas tentang motif suspek dalam kejadian ini dan jika dia mempunyai sejarah jenayah lampau.

Pelancong asing sumbang RM28.1 bilion
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata jumlah itu merupakan satu peningkatan sebanyak 4.6 peratus berbanding tahun 2017.

Nilai 3 akan dipromosi semula sebagai destinasi beli-belah
Ada syarikat bersetuju ambil alih tanggungjawab mempromosi semula Pusat Perniagaan Nilai 3 sebagai pusat komersil terbaik di negara ini.

AirAsia 3.0: Pelan Digitalisasi di landasan tepat ke arah menjadi syarikat digital
Ini sejajar dengan hasrat Tan Sri Tony Fernandes menjadikan AirAsia lebih daripada sebuah syarikat penerbangan.

Jualan 11.11 Alibaba cecah US$10 bilion dalam tempoh sejam pertama
Syarikat itu mengumumkan angka tersebut mengatasi GMV 2017 yang merekodkan 168.2 bilion (1 yuan/renminbi = RM0.60) secara keseluruhan tempoh 24 jam.

Ikea Malaysia lancar beli-belah dalam talian, sasar tambah jumlah gedung
Timbalan Pengarah Runcit IKEA bagi Asia Tenggara, Gerard Jansen berkata jumlah dagangan dan kunjungan pelanggan itu merupakan dua faktor penting bagi pembuat perabot Sweden itu.

Lira merudum: Pelancong di Turki 'naik hantu' membeli-belah!
Pelancong Arab kelihatan sanggup berbaris panjang di hadapan pintu masuk butik jenama Chanel dan Louis Vuitton di Nisantasi.

Warga kota ambil kesempatan membeli-belah pada hari pertama GST sifar
Warga kota terutamanya umat Islam yang akan menyambut Aidilfitri kira-kira dua minggu lagi mengambil kesempatan membeli-belah barangan keperluan pada hari pertama pelaksanaan GST berkadar sifar.

Aku janji BN bayar 20 sen kepada pengguna bawa beg sendiri disokong
Jika pengguna dibayar 20 sen ketika membeli barang keperluan, langkah itu dapat menggalakkan mereka untuk membawa beg sendiri ketika membeli-belah supaya dapat mengurangkan penggunaan beg plastik.

Beli-belah guna Ringgit Malaysia di aplikasi Amazon
Syarikat Amazon melancarkan ciri terbaru dalam aplikasi untuk pengguna membeli-belah sebanyak 45 juta barangan yang boleh dihantar ke satu dunia dihantar ke seluruh dunia melalui peranti mudah alih.