KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia pada Disember 2021 meningkat 3.2% kepada 124.5 berbanding 120.6 pada bulan yang sama tahun sebelumnya berikutan kenaikan harga makanan dan bahan api.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, kenaikan itu juga melepasi purata inflasi bagi tempoh 2011 hingga 2021 iaitu 1.9%.
“Selain peningkatan kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol (3.2%) dan kumpulan pengangkutan (9.5%), kadar inflasi 3.2% pada Disember 2021 turut disumbangkan oleh harga yang lebih tinggi bagi perumahan, air, gas, dan bahan api lain (3.4%); perabot, peralatan rumah dan penyelenggaraan rutin isi rumah (2.7%) serta restoran dan hotel (1.3%),” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
Beliau juga berkata kenaikan indeks harga kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol pada 3.2% adalah disebabkan kenaikan harga bahan mentah untuk penyediaan masakan di rumah, seperti daging (8.3%); susu, keju dan telur (5.5%); sayur-sayuran (5.0%); minyak dan lemak (4.4%) dan ikan dan makanan laut (4.2%).
Ujarnya, ayam meningkat 13.6% dan mencatatkan harga purata RM9.54 sekilogram berbanding RM8.40 pada Disember 2020, telur mencatatkan peningkatan dua angka sebanyak 13.5% bulan lalu, manakala susu juga naik 3.0%.
Selain itu, Mohd Uzir berkata, hujan lebat yang berlaku di beberapa negeri sepanjang Disember 2021 telah menyebabkan kenaikan harga makanan terutama sayur-sayuran, ikan dan makanan laut, berpunca daripada kesan langsung kekurangan bekalan akibat faktor cuaca.
Bagaimanapun, beliau berkata, pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia oleh kerajaan pada 7 hingga 31 Disember lepas telah meredakan inflasi golongan ini daripada terus melambung tinggi.
Selain itu, beliau berkata kenaikan lebih perlahan dalam indeks harga kumpulan pengangkutan berbanding November 2021 (12.7%) adalah disebabkan oleh kenaikan harga petrol tanpa plumbum RON95 pada Disember 2020 iaitu pada RM1.74 seliter yang telah mengecilkan perbezaan antara harga siling petrol tanpa plumbum RON95 ditetapkan kerajaan pada Mac 2021 (RM2.05).
“Pada tahap tertentu, ia telah meredakan inflasi berbanding November 2021 sebanyak 3.3 %,” katanya.
Bagi IHP mengikut negeri, beliau berkata, semua negeri mencatatkan peningkatan pada Disember 2021, dengan lapan negeri menunjukkan peningkatan melebihi paras inflasi negara sebanyak 3.2% dan kenaikan tertinggi ialah Terengganu pada 3.9%.
* Artikel asal disiarkan di DagangNews.com.
Dagang News
Sat Jan 22 2022

Harga ayam meningkat 13.6% dan mencatatkan harga purata RM9.54 sekilogram berbanding RM8.40 pada Disember 2020. - Foto BERNAMA

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

5 risiko inflasi Malaysia 2025 yang anda perlu tahu
Beberapa faktor utama boleh mempengaruhi pergerakan inflasi, terutamanya dalam konteks rasionalisasi subsidi dan tekanan permintaan.

Inflasi keseluruhan, inflasi teras turun kepada 1.8 peratus pada 2024
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2024 masing-masing turun kepada 1.8 peratus, berbanding 2.5 peratus dan 3.0 peratus pada 2023.

Bursa Malaysia akhiri peningkatan sesi awal untuk ditutup rendah
Bursa Malaysia mengkhiri peningkatan pada sesi awal untuk ditutup rendah hari ini, dengan lebih 900 saham mengalami kerugian, mencerminkan penurunan keyakinan yang berterusan dalam pasaran.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 8.75 mata kepada 1,594.34 daripada 1,585.59 ketika ditutup pada Isnin.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati.

Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.50 mata kepada 1,630.96 daripada 1,629.46 pada Jumaat lepas.

Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)

Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.

Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.4250/4315 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4300 semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.