KUALA LUMPUR: Indeks Pelopor (IP) meningkat 0.3% pada Oktober 2021, menjangkakan ekonomi akan terus pulih dalam masa terdekat, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
Pada bulan tersebut, IP mencapai 109.5 mata selepas mencatatkan 0.6% pada September 2021.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, prestasi IP pada Oktober kekal positif dengan IP terlicin terus di atas arah aliran jangka panjang dan bergerak ke atas.
Berdasarkan senario tersebut, katanya, prospek yang lebih meyakinkan dijangka dalam masa terdekat sekiranya aktiviti ekonomi yang beransur-ansur normal berlanjutan.
"Tambahan pula, pelonggaran progresif sekatan dalam mengurangkan kesan terhadap ekonomi, serta kebenaran semula perjalanan antara negeri membawa sentimen positif kepada ekonomi dalam mengembalikan semula momentum pertumbuhan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Bagi Oktober 2021, Import Benar Semi Konduktor kekal sebagai penyumbang utama kepada peningkatan IP dengan permintaan positif terhadap litar bersepadu elektronik.
Sementara itu, IP menguncup 0.9% pada bulan rujukan berbanding bulan sebelumnya.
Penawaran Wang Benar, M1, diikuti oleh Import Benar Logam Asas Berharga & Logam Bukan Ferus Lain dan Bilangan Unit Kediaman yang Diluluskan Pembinaan merupakan penyumbang utama kepada penurunan IP dengan setiap komponen tersebut merekodkan negatif 0.3%.
Mohd Uzir berkata, sepanjang Oktober 2021, ekonomi terus bertambah baik apabila lebih banyak negeri memasuki fasa seterusnya dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Katanya, selaras dengan itu, prestasi ekonomi semasa melalui Indeks Serentak (IS) menunjukkan momentum yang lebih baik dengan terus meningkat kepada 2.1% pada Oktober 2021 berbanding September, 0.3% mencecah 113.3 mata berbanding 111.0 mata yang dicatatkan pada Oktober 2020.
"Tambahan pula, IS terus mencatatkan pertumbuhan positif bulan ke bulan sebanyak 0.8% pada bulan rujukan.
"Pertumbuhan ini disumbangkan secara signifikan oleh peningkatan dalam Indeks Kuantiti Perdagangan Runcit (0.4%) dan Jumlah Guna Tenaga di sektor Pembuatan (0.3%)," katanya.
Indeks Difusi bagi IP dan IS menunjukkan peningkatan pada Oktober 2021. Indeks Difusi bagi IP meningkat kepada 42.9% manakala, Indeks Difusi bagi IS mencapai 50%.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Sat Dec 25 2021

Ekonomi terus bertambah baik apabila lebih banyak negeri memasuki fasa seterusnya dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.

China, Rusia komited dorong pembinaan multipolarisasi sama rata dan teratur
Kedua-dua negara juga perlu menjaga hak dan kepentingan negara Selatan Global dan menyokong globalisasi ekonomi yang inklusif.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

ASEAN berada di landasan jadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 - Nik Nazmi
ASEAN berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, namun memerlukan pertumbuhan inklusif bagi memastikan seluruh komuniti mendapat manfaat.

Ekonomi keempat terbesar: ASEAN perlu fokus pembangunan mampan – Nik Nazmi
Sasaran ASEAN untuk menjadi ekonomi keempat terbesar dunia tidak diletakkan hanya pada kemajuan ekonomi semata-mata.

Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.

Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari
Indeks pengeluaran industri nasional Vietnam menyusut 9.2 peratus pada Januari berbanding bulan sebelumnya.

Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.

Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST
Suruhanjaya Tenaga memaklumkan jadual tarif baharu yang akan dimuktamadkan itu mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar.

ASEAN Coin: Berikut lima sebab mata wang digital ASEAN sukar dilaksana...
Kepelbagaian ekonomi dan sistem kewangan di setiap negara anggota ASEAN menjadikan perjalanan ke arah penyatuan mata wang digital seragam satu proses yang kompleks namun penuh potensi.