China mengalu-alukan pengeluar kereta dari Eropah untuk meningkatkan pelaburan serta memperkukuh kehadiran mereka di pasaran China, kata Wang semasa panggilan video dengan Presiden Persatuan Pengeluar Automobil Eropah (ACEA) merangkap Pengerusi Lembaga Pengurusan Mercedes-Benz Group AG, Ola Kallenius.
Beliau berkata penyelesaian yang wajar terhadap siasatan kes anti-subsidi Kesatuan Eropah (EU) terhadap kenderaan elektrik China adalah selaras dengan kepentingan kedua-dua pihak, selain memenuhi harapan lebih luas dalam industri.
Menurut Wang ACEA dan Kumpulan Mercedes-Benz perlu terus memainkan peranan aktif serta menggesa Suruhanjaya Eropah membuat keputusan politik secepat mungkin. Beliau juga berharap pihak Eropah dapat bekerjasama dengan China bagi mencapai penyelesaian membina yang boleh diterima kedua-dua pihak dalam masa terdekat.
Sementara itu, Kallenius menyatakan sokongan dan harapan agar perbezaan dapat diselesaikan menerusi dialog serta rundingan lebih awal. Beliau turut menegaskan bahawa Kumpulan Mercedes-Benz akan terus komited terhadap pasaran China dan memperkukuh kerjasama dengan negara itu.
--BERNAMA-XINHUA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)