SANDAKAN: Industri francais mampu berkembang lebih pesat di Sabah dan Sarawak, termasuk berpotensi melahirkan usahawan berjaya sehingga ke luar negara.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata biarpun pendedahan industri francais belum mencapai tahap memuaskan di Sabah dan Sarawak, namun masih banyak peluang serta ruang bagi kemajuan tersebut.
"Kalau kita lihat bagaimana industri ini mampu cepat berkembang di tempat lain, lebih-lebih lagi di Semenanjung, (ini bermakna) peluang sama juga ada untuk kalangan usahawan di Sabah dan Sarawak.
"Jenama dari Malaysia misalnya sudah bertapak di 72 negara. Oleh itu, kita akan bangunkan lagi industri ini supaya lebih banyak lagi jenama dan produk baharu dapat diperkenalkan di dalam serta di luar negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan cawangan baharu jenama minuman Tealive yang terletak di Hotel Elopura di sini, malam tadi.
Mengulas selanjutnya, Nanta berkata peruntukan dana berjumlah RM8 juta pada tahun lepas bagi pembangunan industri francais juga telah berjaya melahirkan ramai pengusaha.
Atas alasan itu, beliau berkata kementerian itu akan memohon tambahan dana daripada kerajaan bagi merancakkan lagi industri tersebut.
Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd Bryan Loo berkata syarikat induk Tealive itu menyasarkan untuk membuka 12 lagi cawangan secara francais di Sabah menjelang tahun depan.
Menurutnya, pada masa ini, jenama minuman itu mempunyai 47 cawangan di 14 bandar di Sabah.
"Sebagai satu jenama yang lahir di Malaysia dan dibesarkan untuk dunia, Tealive amat menghargai sokongan luar biasa pencinta teh di Sabah yang membolehkan kami berkembang secara konsisten ke bandar dan pinggir bandar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 26 2022

Nanta (kanan) bercakap kepada pemberita selepas merasmikan cawangan baharu jenama minuman Tealive yang terletak di Hotel Elopura di Sandakan, malam tadi. - Facebook Alexander Nanta Linggi

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

PIFF 2025 sasar jualan RM12 juta, kehadiran lebih 30,000 pengunjung
Acara sulung itu menyasarkan transaksi jualan lebih RM12 juta sekali gus membuka potensi perniagaan dan pengembangan yang ketara dalam industri francais.

KUSKOP labur RM62 juta bina ekosistem keusahawanan menyeluruh
Usaha MyFranchise itu mensasarkan penciptaan sehingga 900 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun.

Misi perdagangan francais Malaysia ke Istanbul potensi tarik pelaburan RM30 juta - Fuziah
Misi bertujuan mempromosi jenama francais tempatan sekali gus menembusi pasaran Turki yang mempunyai potensi besar.

Malaysia adalah sempadan seterusnya untuk francais Thailand
Beliau berkata Malaysia juga berminat untuk mengembangkan perniagaan francaisnya dengan Thailand.

FIM2023 jangka potensi pelaburan francais RM550 juta
FIM 2023 menjangkakan potensi pelaburan francais berjumlah RM550 juta sepanjang program itu berlangsung mulai hari ini hingga 20 Mei.

KPDN sasar industri francais berkembang 20 hingga 30 peratus tahun ini
Ia boleh dicapai sekiranya semua pihak berkepentingan membantu sektor francais untuk berkembang dengan menawarkan inisiatif sesuai.

KPDNHEP akan bawa lebih banyak francais tempatan ke pasaran antarabangsa
Francais tempatan telah berkembang sebagai jenama terkemuka di seluruh dunia dengan lebih 68 jenama di 74 negara.

Kerajaan galak lebih ramai sertai industri francais - Nanta
Kerajaan menggalakkan lebih banyak pihak untuk mengambil peluang menceburkan diri dalam industri francais negara yang dilihat mempunyai potensi besar untuk terus berkembang.

KPDNHEP ketengah 14 syarikat francais Malaysia di Indonesia
Sebanyak 14 syarikat francais Malaysia menyertai misi perdagangan ke Indonesia yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Industri francais mampu berkembang pesat di Sabah, Sarawak
Nanta berkata, pendedahan industri francais belum mencapai tahap memuaskan di Sabah dan Sarawak.