Industri teknologi dan maklumat (ICT) Malaysia telah menunjukkan daya tahan apabila mampu bersaing dengan berkesan dengan momentum pertumbuhan diunjur terus dipacu oleh proses pendigitalan yang menjadi bertambah hebat.
Kejayaan ini dicapai walaupun wujud faktor yang boleh mengekang prestasi seperti pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta penyusutan ringgit yang memberi impak ke atas jualan sehingga 30 peratus, pada tahun lepas.
Pengerusi Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM), Chin Chee Seong berkata selain trend teknologi yang lazim seperti pengkomputeran awan, data raya (Big Data) dan Internet of Things (IoT), industri ini telah menyaksikan pertumbuhan pesat e-dagang yang menjadi faktor utama untuk bergerak ke hadapan.
"Ini merupakan perkembangan yang besar terutama dengan peningkatan transaksi rentas sempadan transaksi yang sedia untuk berkembang menerusi pelaksanaan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan globalisasi," katanya kepada Bernama.
Sebagai contoh, iPay88 Sdn Bhd, anak syarikat NTT Data Group, baru-baru ini bekerjasama dengan PayPal bagi memudahkan perdagangan rentas sempadan dan pembayaran untuk asas iPay88 sedia ada membabitkan hampir 10,000 e-Merchants tempatan.
Chin berkata e-dagang serta teknologi kewangan (FinTech) muncul sebagai pemancu pantas yang menawarkan banyak peluang untuk dimanfaatkan oleh penggiat ICT tempatan.
Menjelang 2018, beliau berkata PIKOM mahu meningkatkan pendapatan e-dagang berbanding perbelanjaan e-dagang bagi menjadikan Malaysia sebagai pengeksport bersih dengan sasaran RM109.1 bilion (hasil) berbanding RM104.0 bilion (perbelanjaan).
Beransur meningkat
Pada 2013, hasil e-dagang Malaysia sebanyak RM59.1 bilion manakala perbelanjaan sebanyak RM91.3 bilion, yang merupakan tahap baik dengan pendapatan beransur-ansur meningkat tahun ke tahun.
Tahun ini, pendapatan dijangkakan sebanyak RM80.9 bilion manakala perbelanjaan sebanyak RM95.6 bilion.
"Dalam kalangan enam anggota ASEAN, Malaysia berada ditempat ketiga (AS$1.5 bilion) di belakang Indonesia (AS$2.2 bilion) dan Singapura (AS$1.9 bilion) dari segi saiz pasaran dagangan elektronik (e-dagang B2C), diikuti Filipina (AS$1.2 bilion), Thailand dan Vietnam (masing-masing AS$1.1 bilion).
"Dan walaupun kadar penembusan membeli-belah dalam talian di Malaysia lebih tinggi (kira-kira 67 peratus pengguna dalam talian daripada jumlah penduduk) berbanding anggota lain di ASEAN, ia masih sangat menarik dengan banyak ruang untuk berkembang," kata Chin.
Beliau berkata walaupun pelbagai cabaran yang dihadapi dalam persekitaran luar, PIKOM kekal optimistik bahawa industri ini akan berkembang 12 hingga 14 peratus tahun ini, memandangkan terdapat laluan pertumbuhan yang jelas untuk industri ICT.
"Yang penting kini adalah untuk memastikan kita berada pada laluan yang betul dan mengekalkan trajektori. Kami juga yakin bahawa industri ini akan terus berkembang kukuh dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.
Beliau berkata pertumbuhan itu disumbangkan oleh beberapa bidang, khususnya keselamatan ICT, pengkomputeran awan, pengecilan saiz peranti diikuti oleh penyediaan jalur lebar mudah alih, platform, infrastruktur dan perisian sebagai perkhidmatan, meningkatkan proses pendigitalan dan proses penumpuan, kandungan dan rakyat.
Chin berkata permintaan domestik terus memacu industri perkhidmatan ICT, terutama dari pelbagai projek koridor, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan projek infrastruktur berintensifkan modal.
Dalam talian
Selain itu, perkhidmatan subsektor ICT seperti perkhidmatan komputer, penerbitan secara dalam talian, pengaturcaraan dan penyiaran juga dijangka mencatat pertumbuhan dua angka yang dianggarkan 14.8 peratus (RM81.4 bilion) tahun ini.
Sumbangan perkhidmatan ICT kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga dijangka meningkat daripada 3.3 peratus pada 2000 kepada 6.9 peratus.
Bagaimanapun, subsektor pembuatan perkakasan ICT akan meneruskan aliran menurun.
PIKOM berharap lebih ramai penggiat industri akan menerima dan memanfaatkan trend pertumbuhan utama penggunaan teknologi baharu memandangkan mereka perlu memberi perkhidmatan kepada pelbagai pasaran.
Ini juga termasuk perlunya untuk mendapatkan capaian merentasi sempadan, pakatan strategik antarabangsa dan perkongsian, serta pelanggan global melalui e-dagang.
Sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Komuniti Ekonomi ASEAN Pertubuhan Industri Pengkomputeran Asia-Oceania (ASOCIO), kami berada dalam kedudukan yang baik untuk membantu syarikat-syarikat Malaysia merealisasikan aspirasi ini, dengan syarat mereka bersedia untuk membuat anjakan paradigma sejajar dengan perkembangan global," kata Chin.
Bernama
Sat Jul 09 2016
ICT telah menyaksikan pertumbuhan pesat e-dagang yang menjadi faktor utama untuk bergerak ke hadapan. - Gambar hiasan
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Kerajaan umum projek ECRL diteruskan
Kerajaan mengumumkan Projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) diteruskan dengan pengurangan sebanyak RM21.5 bilion dari kos pembinaan untuk fasa 1 dan 2.
Anak syarikat PNB selesai pembelian Mydin Mall Seremban 2 pada harga RM240 juta
PHNB, pengurus REIT Amanah Harta Tanah PNB (AHP) yang tersenarai di Bursa Malaysia, berkata pembelian itu dibiayai menerusi gabungan pembiayaan dan terbitan hak unit baharu AHP.
Industri ICT kekal berdaya tahan walaupun ekonomi dunia lemah - PIKOM
Kejayaan ini dicapai walaupun wujud faktor yang boleh mengekang prestasi seperti pelaksanaan GST serta penyusutan ringgit.
100,000 peserta dijangka terlibat program e-Usahawan, e-Rezeki tahun ini
Program perintis e-Usahawan pada 2015 membabitkan 147 pusat pendidikan latihan teknik dan vokasional (TVET) di seluruh negara.
Nissan sahkan rundingan perkongsian modal dengan Mitsubishi
Perjanjian itu, jika dipersetujui, akan membentuk sebuah firma yang mampu memberikan saingan kepada syarikat global gergasi seperti Toyota dan Volkswagen.