KUALA LUMPUR: Industri penerbangan dijangka kekal tunai negatif sepanjang 2021, dengan anggaran kehilangan tunai antara AS$75 bilion hingga AS$95 bilion berbanding AS$48 bilion yang dijangkakan sebelum ini, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dalam satu analisis terkini.
Analisis sebelumnya pada November 2020 menunjukkan bahawa syarikat penerbangan akan bertukar tunai positif pada suku keempat 2021.
"Di peringkat industri, syarikat penerbangan dijangka tidak akan mencatatkan tunai positif sehingga 2022," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Faktor yang menyumbang kepada penemuan terbaharu ini antaranya, adalah permulaan yang lemah pada 2021, memandangkan banyak kerajaan telah mengetatkan sekatan perjalanan sebagai tindak balas kepada varian terkini COVID-19.
"Tempahan ke hadapan untuk musim panas (Julai-Ogos) buat masa sekarang adalah 78 peratus di bawah paras Februari 2019 (perbandingan pada 2020 tidak diambil kira susulan impak COVID-19)," kata persatuan perdagangan itu.
Menurut IATA, dengan permulaan yang agak lemah bagi tahun ini, senario yang lebih baik akan menyaksikan sekatan perjalanan secara beransur-ansur ditarik balik sebaik sahaja rakyat berisiko dalam ekonomi maju divaksinasi tetapi ini mengambil masa bagi menyokong permintaan untuk perjalanan musim panas di sebelah hemisfera utara.
Dalam kes ini, permintaan 2021 akan berada pada 38 peratus daripada tahap 2019.
''Syarikat penerbangan akan kehilangan sejumlah AS$75 bilion tunai sepanjang tahun ini. Tetapi pembakaran tunai sebanyak AS$7 bilion pada suku keempat akan bertambah baik dengan ketara daripada jangkaan kehilangan tunai AS$33 bilion pada suku pertama,'' katanya.
Di bawah senario pesimis, syarikat penerbangan dilihat kehilangan sebanyak AS$95 bilion sepanjang tahun ini. Pengekalan sekatan perjalanan semasa musim perjalanan musim panas di sebelah utara akan menjadi pemacu kepada senario ini.
Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA Alexandre de Juniac berkata dengan banyak kerajaan terus mengetatkan sempadan, 2021 diramal menjadi tahun yang lebih sukar daripada yang dijangkakan.
"Lebih banyak bantuan kecemasan daripada kerajaan akan diperlukan. Industri penerbangan yang masih berfungsi akhirnya akan dapat meningkatkan pemulihan ekonomi daripada COVID-19 tetapi itu tidak akan berlaku jika banyak perkara masih gagal sebelum krisis ini berakhir.
"Sekiranya kerajaan tidak dapat membuka sempadan mereka, kami akan memerlukan wang mereka bagi memastikan syarikat penerbangan terus berdaya maju," katanya.
Jelas de Juniac lagi, dengan syarikat penerbangan dijangka terus kehilangan tunai sepanjang 2021, adalah penting kerajaan dan industri bersedia sepenuhnya untuk memulakan keadaan yang boleh dipersetujui bersama bahawa ianya adalah selamat untuk membuka semula sempadan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 25 2021
![Industri penerbangan kekal tunai negatif sepanjang 2021 - IATA Industri penerbangan kekal tunai negatif sepanjang 2021 - IATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51614237491_TBInFlight.jpg)
Faktor yang menyumbang kepada penemuan terbaharu ini antaranya, adalah permulaan yang lemah pada 2021, memandangkan banyak kerajaan telah mengetatkan sekatan perjalanan sebagai tindak balas kepada varian terkini COVID-19. - Gambar hiasan/Unsplash
![Zelensky sedia berunding dengan Putin Zelensky sedia berunding dengan Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737767209_PresidentZelensky.jpg)
Zelensky sedia berunding dengan Putin
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan secara langsung dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, tetapi di bawah syarat tertentu.
![Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729575228_courtgavelmahkam.jpg)
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
![Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738770311_AnggotaJabatanBomb.jpg)
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
![MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738768577_MAHAR.jpg)
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737013589_KhaledNordin.jpg)
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
![Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735225235_tbIsraeliairstrike.jpg)
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
![Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725270975_CPMKumar.jpg)
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
![Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708773776_TBgarisanpolis.jpg)
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
![Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-03/51458911926_Graduationhatscroll.jpg)
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
![Syarikat penerbangan dan destinasi baharu pacu kesalinghubungan lapangan terbang pada 2024 - MAHB Syarikat penerbangan dan destinasi baharu pacu kesalinghubungan lapangan terbang pada 2024 - MAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737458273_tbKLIA.jpg)
Syarikat penerbangan dan destinasi baharu pacu kesalinghubungan lapangan terbang pada 2024 - MAHB
Lapangan terbang serantau dapat manfaat daripada trafik udara yang meningkat dengan penerbangan terus baharu ke destinasi seluruh Asia dan luar Asia.
![Boeing ramal 2.4 juta pekerjaan baharu dalam industri penerbangan untuk tempoh 20 tahun Boeing ramal 2.4 juta pekerjaan baharu dalam industri penerbangan untuk tempoh 20 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712741910_TBBoeing.jpg)
Boeing ramal 2.4 juta pekerjaan baharu dalam industri penerbangan untuk tempoh 20 tahun
Boeing meramalkan keperluan hampir 2.4 juta golongan profesional baharu dalam industri penerbangan bagi tempoh 20 tahun akan datang.
![Boeing ramal hampir 44,000 pesawat diperlukan menjelang 2043 Boeing ramal hampir 44,000 pesawat diperlukan menjelang 2043](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720433438_Boeing.jpg)
Boeing ramal hampir 44,000 pesawat diperlukan menjelang 2043
Boeing jangka jumlah keseluruhan pesawat penumpang dan kargo yang digunakan di seluruh dunia akan hampir dua kali ganda menjelang 2043.
![IATA naikkan unjuran untung bersih syarikat penerbangan cecah AS$30.5 bilion IATA naikkan unjuran untung bersih syarikat penerbangan cecah AS$30.5 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717405475_UnitedAirlinesGen.jpg)
IATA naikkan unjuran untung bersih syarikat penerbangan cecah AS$30.5 bilion
IATA berkata sektor Amerika Utara terus menjadi penyumbang utama terhadap keuntungan industri penerbangan, didorong oleh beberapa faktor.
![Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630920591_TBBoeingMAX.jpg)
Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran
Masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan sejauh mana keselamatan penerbangan.
![AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682412981_TonyFernandes.jpg)
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
![Kerjasama GSA, TF-CWASM dijangka beri impak kepada industri aeroangkasa Kerjasama GSA, TF-CWASM dijangka beri impak kepada industri aeroangkasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708691973_TBGSAjpg.jpg)
Kerjasama GSA, TF-CWASM dijangka beri impak kepada industri aeroangkasa
Global Systemes Asia (GSA) dan Transfingo Group (TF-CWASM) menjalin kerjasama yang berupaya memberi impak positif kepada masa depan aeroangkasa di rantau ini.
![Malaysia sasar peranan lebih penting dalam rantaian bekalan penerbangan global Malaysia sasar peranan lebih penting dalam rantaian bekalan penerbangan global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708322217_TBLIEWCHINTONG.jpg)
Malaysia sasar peranan lebih penting dalam rantaian bekalan penerbangan global
Malaysia menyasarkan untuk memainkan peranan lebih penting dalam rantaian bekalan global.
![Untung bersih industri syarikat penerbangan dijangka capai AS$25.7 bilion pada 2024 - IATA Untung bersih industri syarikat penerbangan dijangka capai AS$25.7 bilion pada 2024 - IATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/61590510492_iata.jpg)
Untung bersih industri syarikat penerbangan dijangka capai AS$25.7 bilion pada 2024 - IATA
Keuntungan bersih industri penerbangan dijangka mencecah AS$25.7 bilion (AS$1=RM4.67) pada 2024, menyumbang 2.7 peratus dalam margin keuntungan bersih.
![Trafik penumpang udara Malaysia naik 123.6 peratus pada suku pertama 2023 - Mavcom Trafik penumpang udara Malaysia naik 123.6 peratus pada suku pertama 2023 - Mavcom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51604039492_penumpang.jpg)
Trafik penumpang udara Malaysia naik 123.6 peratus pada suku pertama 2023 - Mavcom
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 123.6 peratus tahun ke tahun kepada 19.4 juta penumpang pada suku pertama 2023, kata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).