KUALA LUMPUR: Industri kayu dan produk kayu dijangka meningkat tahun ini berikutan unjuran pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik, iaitu destinasi utama bagi eksport perabot Malaysia.
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata prestasi industri ini telah menyusut sejak dua tahun lepas, namun kerajaan komited untuk menyokong kemampanan dan pertumbuhannya.
"Untuk 2024, kami yakin eksport perabot akan kembali kepada posisi asalnya," katanya selepas merasmikan Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2024 di sini hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Johari berkata industri kayu dan perabot tidak terlepas daripada impak cabaran global, dengan eksport kayu dan produk kayu berkurangan sebanyak 13.2 peratus kepada RM21.9 bilion pada 2022 dan eksport perabot susut 18.1 peratus kepada RM9 .1 bilion tahun lepas.
"Ini sebahagian besarnya adalah berikutan kemerosotan terhadap permintaan perumahan di AS, iaitu pembeli terbesar perabot Malaysia, yang menyumbang lebih separuh daripada eksport perabot," katanya.
Industri perabot Malaysia sebahagian besarnya berorientasikan eksport, dengan 44 peratus daripada eksport kayu ke 186 negara sepanjang lima tahun lepas.
Johari berkata kerajaan telah membelanjakan hampir RM1 bilion untuk Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) dan menyediakan pinjaman mudah kepada 88 syarikat untuk projek penanaman semula.
"Ia sebagai usaha penghutanan semula melibatkan 142,000 hektar, termasuk 75,000 hektar di semenanjung, Sabah (37,000 hektar) dan Sarawak (35,000 hektar). Pembangunan ini adalah berterusan dan dijangka membuahkan hasil dalam tempoh tujuh hingga 15 tahun akan datang," kata Johari.
Beliau berkata kerajaan akan terus memastikan penggiat industri dapat mematuhi piawaian antarabangsa memandangkan kebimbangan dunia pada masa ini terhadap penebangan hutan.
"Industri perabot mesti terus bekerjasama erat dengan kementerian dan agensinya seperti Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) dan Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) untuk memperkemas rangka kerja alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam industri untuk menyelaraskan elemen pemuliharaan dan perindustrian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024

Johari berkata kerajaan telah membelanjakan hampir RM1 bilion untuk PPLH dan menyediakan pinjaman mudah kepada 88 syarikat untuk projek penanaman semula. - Gambar Bernama

PM Anwar bidas pihak nasihat beliau 'jangan berjalan banyak sangat'
Beliau menjelaskan bahawa Malaysia memerlukan pelaburan untuk menyelesaikan masalah pekerjaan dan meningkatkan keupayaan ekonomi negara serta rakyatnya.

Dua maut akibat mesin meletup, JKKP keluar notis larangan kerja
Larangan berkaitan aktiviti kerja di mesin centrifugation serta pengoperasian di seluruh lokasi kemalangan di kilang terbabit berkuat kuasa sehingga siasatan selesai.
Lelaki Israel dihukum penjara tujuh tahun
Lelaki warga Israel, Avitan Shalom dihukum penjara maksimum tujuh tahun oleh Mahkamah Kompleks Penjara Kajang Rabu atas dua pertuduhan memiliki 200 butir peluru dan enam senjata api tahun lalu.
28 Mei pindah kes ke Mahkamah Tinggi Shah Alam
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada Rabu menetapkan 28 Mei sebagai tarikh pemindahan kes seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, Muhammad Alif Monjani, ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Beliau didakwa atas pertuduhan membunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.
[TERKINI] Mayat Hud Aryan ditemui, tujuh kilometer dari rumah
Mayat terbabit ditemui selepas 45 jam kanak-kanak terbabit dilaporkan hilang dengan lokasi penemuan kira-kira tujuh kilometer dari rumah keluarga mangsa.

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Penetapan harga tersebut adalah berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

Tentera Rusia sedia kukuhkan kerjasama di peringkat bilateral, multilateral
Tentera Udara Diraja Malaysia telah menunjukkan tahap kepercayaan bersama yang tertinggi antara Malaysia dan Rusia.

Mayat Hud ditemui, dihanyutkan 7km dari rumah
Kanak-kanak berusia 19 bulan, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, yang hilang dari rumahnya di Kampung Aira Kuala Tiga, sejak Isnin lalu, ditemui meninggal dunia tersangkut pada pokok di muara sungai.

Suspek OKU mental tetak bapa ditahan
Semasa tangkapan dibuat, senjata yang dipercayai digunakan pada hari kejadian (tetak) tiada dalam simpanan suspek.
AWANI Ringkas: Lelaki Israel dipenjara tujuh tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Industri perkayuan Malaysia dijangka meningkat tahun ini - Johari
Industri kayu dan produk kayu dijangka meningkat tahun ini berikutan unjuran pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik, iaitu destinasi utama bagi eksport perabot Malaysia.

Debat Intervarsiti MTC galak teroka kegunaan, kepentingan kayu
Debat itu diharapkan memberi inspirasi kepada generasi muda dan masyarakat dalam mewujudkan masa depan yang lebih mampan.

Batal pendaftaran: MOTAC akan bertemu MTC
MOTAC akan mengadakan pertemuan bersama MTC, berhubung pembatalan pendaftarannya oleh RoS dalam masa terdekat.

Batal pendaftaran, Sekretariat MTC berhasrat jumpa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
MTC berharap dapat diberi peluang untuk bertemu dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dalam masa terdekat, berhubung pembatalan pendaftarannya oleh RoS.

ROS batal pendaftaran Majlis Pelancongan Malaysia
Menurut Noorzaleha, pembatalan itu dibuat selepas MTC didapati dengan sengaja melakukan kesalahan bertentangan Akta Pertubuhan 1966.

MATRADE, MTC teraju sesi padanan perniagaan, catat nilai eksport RM147 juta
Prestasi itu dicatatkan daripada 773 mesyuarat perniagaan yang diadakan sempena Ekspo Kayu Malaysia (MWE) 2023 pada 19 Jun, 2023.

MATRADE sasar hasil eksport MTC meningkat RM5 bilion menjelang 2025
MATRADE menyasarkan peningkatan hasil eksport terkumpul sebanyak RM5 bilion menjelang 2025.

Permintaan tinggi untuk kayu di sebalik ketidaktentuan ekonomi global
Jumlah perdagangan kayu dan produk kayu Malaysia meningkat sebanyak 10.1 peratus kepada RM8.69 bilion pada suku pertama 2022 daripada RM7.89 bilion dalam tempoh yang sama pada 2021.

KPPK runding pengecualian dapatkan 20,000 pekerja asing - Khairuddin
Mohd Khairuddin berkata ini penting berdasarkan sektor perladangan dan komoditi adalah kelompok terbesar yang bergantung kepada pekerja asing.

COVID-19: ATM tubuh MTC di Penjara Kepayan
Ismail Sabri Yaakob berkata, MTC di dalam kawasan penjara itu bertujuan untuk dijadikan pusat rawatan atau tempat pengasingan pesakit yang dijangkiti COVID-19.