KUALA LUMPUR: Industri tekstil, pakaian dan kasut menyumbang RM1.21 bilion atau 0.3 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara pada suku kedua 2022, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Perindustriannya Datuk Hanafi Sakri berkata sektor itu ketika ini menggaji kira-kira 3.11 peratus atau 70,367 orang daripada jumlah pekerja yang diambil bekerja dalam sektor pembuatan.
Pelaburan dalam sektor itu merekodkan nilai sebanyak RM3.23 juta dalam separuh pertama 2022, manakala eksport berjumlah RM8.76 bilion dalam tempoh yang sama.
"Meskipun sumbangan sektor itu mungkin kelihatan kecil berdasarkan kepada petunjuk ekonomi, ia telah menjadi pencetus trend global dalam bidangnya sendiri. Peluang perniagaan berada di peringkat tinggi rantaian nilai global dan pada pempelbagaian pengeluaran produk tokokan nilai tinggi.
"Malaysia memiliki syarikat utama yang menjadi penyedia rantaian bekalan global utama untuk pembuatan tekstil dan pakaian bagi jenama antarabangsa seperti NIKE, Under Armour dan Uniqlo," katanya dalam ucap tama beliau pada program KLFW Fashion Connect Point 22, di sini, hari ini.
Hanafi berkata pertumbuhan industri itu akan bergantung kepada pembinaan ekosistem yang lebih kukuh dan komprehensif yang menumpukan kepada tenaga kerja, kemahiran dan inovasi dan teknologi 4.0 industri, termasuk automasi asas, yang membawa impak kepada keseluruhan industri.
Berkongsi kisah kejayaan sebuah syarikat kecil dan sederhana, Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, Hanafi berkata, syarikat itu ketika ini merupakan jenama telekung terulung di Malaysia.
Beliau berkata di bawah insentif Dana Intervensi Industry4WRD oleh MITI, Siti Khadijah telah menambah sensor dan pemancar kepada 50 unit mesin jahit sedia adanya.
Susulan penaikan taraf mesin jahit itu, beliau berkata syarikat tersebut berjaya meningkatkan produktivitinya sebanyak 139 peratus bagi tempoh November 2021 hingga Jun 2022.
"Langkah berani yang diambil oleh syarikat tempatan ini merupakan bukti bahawa industri perlu menyesuaikan diri kepada perubahan teknologi dalam menambah baik produktiviti dan meningkatkan kecekapan dengan memanfaatkan automasi dan pendigitalan," katanya.
Sementara itu, Hanafi berkata MITI menggesa industri agar meneroka pasaran eksport menerusi banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang telah diwujudkan untuk meningkatkan hasil dan kehadiran global mereka.
Selain itu, katanya, kerajaan akan terus memberi galakan dan menyediakan insentif kepada pengeluar batik tempatan.
"Industri batik perlu ditransformasikan menerusi pelaksanaan amalan hijau agar ia boleh menonjol di peringkat global, sejajar dengan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
"Pereka batik tempatan digalakkan untuk mengusahakan kreativiti mereka dengan inovasi bagi memastikan batik Malaysia boleh dipasarkan di peringkat dunia, termasuk penerimagunaan teknologi sebagai nilai kukuh yang boleh menarik minat audiens antarabangsa," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Perbankan Runcit AmBank Aaron Loo berkata bank itu bekerjasama dengan KL Fashion Week untuk menganjurkan Fashion Connect Point 22, dialog fesyen perniagaan yang dikhususkan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam industri fesyen.
"Menyedari impak daripada pandemik COVID-19 ke atas banyak industri tempatan di Malaysia, kami komited untuk memainkan peranan kami dalam menyokong perniagaan tempatan termasuk mereka yang berada dalam industri fesyen.
"Kami akan terus menyediakan penyelesaian kepada mereka dengan menambah baik dan menginovasi tawaran kami untuk disesuaikan dengan keperluan mereka," katanya.
Program Fashion Connect Point 22 merangkumi topik seperti mengemudi cabaran ekonomi semasa; perkongsian pengetahuan daripada pakar industri dan usahawan yang berjaya; pelbagai penyelesaian kewangan disediakan bagi menyokong ekosistem industri fesyen dan pelbagai topik relevan lain yang akan membantu para peserta menggerakkan pertumbuhan perniagaan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 29 2022

Industri tekstil, pakaian dan kasut menyumbang RM1.21 bilion atau 0.3 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara pada suku kedua 2022. - Gambar hiasan

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Batik Malaysia: Jadilah jauhari yang mengenal manikam, elak ditipu terbeli tiruan
Pada sesi taklimat media bersama Kraftangan Malaysia tentang industri batik negara ini, ramai pengamal media termasuk penulis, gagal membezakan antara batik Malaysia dan batik cetak - batik yang dibaw

Vietnam kurangkan impak alam sekitar babitkan industri pakaian tekstil menjelang 2030
Pembangunan hijau (green growth) adalah antara sektor penting dalam pembangunan mampan.

Industri tekstil, pakaian, kasut sumbang RM1.21 bilion kepada KDNK pada suku kedua 2022 - MITI
Industri tekstil, pakaian dan kasut menyumbang RM1.21 bilion atau 0.3 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara pada suku kedua 2022.

Industri tekstil negara berpotensi besar - PM
Industri tekstil negara khususnya fabrik unik dan kreatif seperti tenunan serta batik berpotensi besar untuk membawa negara ke persada antarabangsa dan menjadi komoditi menguntungkan.

Manfaatkan kapasiti industri tekstil bagi pengeluaran massa PPE - Ahli Ekonomi
Sudah sampai masanya kerajaan memberi perhatian kepada industri ini susulan keupayaannya mengeluarkan PPE.

MITC bakal tarik pelaburan RM500 juta syarikat multinasional
Dewan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITC) bakal menarik pelaburan asing kira-kira RM500 juta menerusi syarikat multinasional usahasama MITC untuk melabur di negara ini dalam industri seperti miny

Industri tekstil hadapi masalah kekurangan tenaga kerja yang kritikal - MTMA
Industri tekstil Malaysia mengalami masalah kekurangan pekerja yang kritikal selain akan menjejaskan aliran masuk pelaburan.

Industri tekstil Malaysia akan berkembang melalui TPPA
Industri tekstil Malaysia tidak akan menjadi industri yang malap berikutan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) menjanjikan pelaburan yang akan meningkat.