KUALA LUMPUR: Kadar inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada April 2024 bagi tiga bulan berturut-turut dengan mata indeks mencatatkan 132.4 berbanding 130.0 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
DoSM berkata kenaikan inflasi pada April 2024 didorong oleh peningkatan bagi kumpulan utama restoran dan perkhidmatan penginapan, 3.5 peratus (Mac 2024: 3.0 peratus); penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan, 3.1 peratus (Mac 2024: 2.6 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain, 3.0 peratus (Mac 2024: 3.0 peratus).
Inflasi bagi restoran dan perkhidmatan penginapan meningkat kepada 3.5 peratus pada April 2024 berbanding 3.0 peratus pada Mac 2024, dipacu terutamanya daripada peningkatan subkumpulan utama perkhidmatan penyediaan minuman kepada 3.9 peratus pada April 2024 daripada 3.7 peratus pada Mac 2024.
"Inflasi keseluruhan secara bulanan merekodkan kenaikan 0.2 peratus berbanding 0.1 peratus yang dicatatkan pada Mac 2024.
"Peningkatan ini didorong oleh penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (0.9 peratus); rekreasi, sukan dan kebudayaan (0.8 peratus) dan restoran dan perkhidmatan penginapan (0.3 peratus)," kata jabatan itu dalam satu kenyataan mengenai Indeks Harga Pengguna (IHP) April 2024, hari ini.
Sementara itu, inflasi teras pada April 2024 meningkat kepada 1.9 peratus berbanding 1.7 peratus yang direkodkan pada Mac 2024.
"Bagi inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus. Bagaimanapun, empat negeri merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional iaitu Pulau Pinang (3.2 peratus), Sarawak (2.8 peratus), Pahang (2.4 peratus) dan Selangor (2.2 peratus)," katanya.
Secara perbandingan kadar inflasi di Malaysia (1.8 peratus) adalah lebih rendah berbanding inflasi di Vietnam (4.4 peratus), Filipina (3.8 peratus), Amerika Syarikat (3.4 peratus), Indonesia (3.0 peratus) dan Korea Selatan (2.9). Namun, kadar tersebut lebih tinggi berbanding Thailand (0.2 peratus) dan China (0.3 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 24 2024

Mata indeks mencatatkan 132.4 berbanding 130.0 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. - Gambar hiasan/Bernama/Freepik @ake1150sb & natanaelginting

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

HLIB unjur inflasi meningkat pada 2025
Hong Leong Investment Bank (HLIB) mengunjurkan inflasi meningkat pada 2025.

Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.

Inflasi Malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Subsidi bersasar RON95 boleh pengaruhi trend inflasi Malaysia - Pakar
Kadar inflasi Malaysia yang berkurangan kepada 1.9 peratus pada Ogos 2024 telah menimbulkan kebimbangan mengenai implikasi mekanisme subsidi bersasar RON95.

Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

MIDF semak semula unjuran kadar inflasi 2024 kepada 2.7 peratus
MIDF Research berpendapat kerajaan mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk menyelaraskan mekanisme pengagihan subsidi dan harga bahan api.

Inflasi April Malaysia kekal pada 1.8 peratus bagi bulan ketiga berturut-turut - DOSM
Mata indeks mencatatkan 132.4 berbanding 130.0 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Trend harga di Malaysia makin mahal - Inflasi, indeks harga pengeluar naik pada Feb dan Mac - DOSM
Trend harga di Malaysia memperlihatkan peningkatan inflasi 1.8% pada Februari 2024 selepas tiga bulan berturut-turut dilaporkan pada kadar 1.5 peratus.

'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.

Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.