KUALA LUMPUR: Kalangan firma penyelidikan mengunjurkan inflasi keseluruhan Malaysia bagi tahun ini berada dalam lingkungan 3.2 peratus hingga 3.3 peratus.
MIDF Research berkata persekitaran inflasi yang rendah itu berkemungkinan berlanjutan sehingga suku pertama 2024.
"Bagi separuh pertama tahun ini, kami menjangkakan peningkatan harga menyeluruh secara beransur-ansur susulan peningkatan kadar caj utiliti dan pelaksanaan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang lebih tinggi kepada 8.0 peratus serta 10 peratus bagi cukai barang nilai rendah (LVGT)
"Pada separuh kedua, pelaksanaan subsidi bersasar bagi bahan api berkemungkinan meningkatkan harga runcit bagi bahan api itu," katanya dalam nota penyelidikannya semalam.
Cabang penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd itu juga menjangkakan subsidi bersasar bagi bahan api akan dilaksanakan seawal pada Jun 2024.
"Kami berpendapat bahawa kerajaan mungkin memperkenalkan mekanisme harga apungan terurus untuk petrol RON95 pada harga RM2.25-RM2.35 seliter selain menyediakan pemberian tunai untuk mereka yang layak mengikut maklumat Hab Pangkalan Data Utama (PADU)," katanya.
Bagi 2023, kadar inflasi keseluruhan adalah pada 2.5 peratus manakala kadar inflasi teras pada 3.0 peratus.
Selain itu, di peringkat global, harga makanan susut sebanyak 13.7 peratus tahun lepas selepas mencatat pengembangan sebanyak dua digit bagi dua tahun berturut-turut, katanya.
Bersandarkan perkembangan itu, kadar inflasi makanan Malaysia adalah lebih rendah pada 2.3 peratus bagi tahun ke tahun.
"Bagaimanapun, Malaysia terdedah kepada faktor luaran dan aliran pergerakan mata wang berikutan kedudukannya sebagai sebuah negara pengimport bersih untuk makanan.
"Bagi tempoh 11 bulan pertama 2023 misalnya, nisbah import makanan berbanding jumlah import adalah 6.5 peratus, lebih rendah daripada kemuncak 7.0 peratus pada 2020," kata MIDF Research menambah bahawa nisbah eksport makanan sebaliknya pada 3.2 peratus.
Sementara itu, RHB Investment Bank Bhd (RHBIB) pula mengekalkan unjuran inflasi keseluruhan dan teras Malaysia bagi 2024 iaitu masing-masing pada 3.3 peratus dan 3.6 peratus.
"Salah satu penentu utama bagi trajektori inflasi dalam 2024 adalah pelaksanaan dasar dalam persekitaran pelan konsolidasi fiskal dengan semakan semula cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api yang dirancang secara berperingkat.
"Pada masa sama, kami turut mengambil kira potensi risiko peningkatan lain, termasuk inflasi makanan akibat impak El Nino, kecenderungan kenaikan harga minyak mentah dan komoditi serta tekanan sampingan permintaan yang sejajar dengan prospek pertumbuhan lebih positif," katanya.
Bank pelaburan itu juga berpendapat bahawa langkah konsolidasi fiskal seperti pelarasan harga bahan api, tarif utiliti serta semakan semula cukai perkhidmatan, berpotensi memberi risiko kenaikan dalam momentum inflasi Malaysia.
Mengulas pengaruh faktor luaran, bank itu kekal berhati-hati mengenai potensi kenaikan harga komoditi dan makanan pada bulan-bulan akan datang, disokong oleh permintaan lebih tinggi dalam peningkatan aktiviti global serta risiko kesesakan rantaian bekalan.
Selain itu, RHBIB juga berpendapat bahawa kadar dasar semalaman (OPR) dijangka kekal pada 3.00 peratus bagi tahun ini sekiranya inflasi keseluruhan berada dalam julat 2.1 peratus hingga 3.6 peratus.
Bagi OPR, MIDF Research menjangkakan Bank Negara Malaysia akan mengekalkan paras semasa dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari pertama bagi 2024 yang dijadual berlangsung minggu ini susulan senario aliran indeks harga pengguna keseluruhan dan teras yang perlahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024

RHB Investment Bank Bhd pula mengekalkan unjuran inflasi keseluruhan dan teras Malaysia bagi 2024 iaitu masing-masing pada 3.3 peratus dan 3.6 peratus. - Gambar hiasan/BERNAMA

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

Inflasi Malaysia pada Julai meningkat 2.0 peratus, kekal sejak Mei 2024
Peningkatan inflasi pada Julai 2024 telah didorong oleh peningkatan bagi kumpulan utama restoran da perkhidmatan penginapan (3.4%); penjagaan diri, perlindungan sosial & pelbagai barangan & perkhidmat

Hala tuju polisi negara perlu jelas untuk kukuhkan nilai ringgit - Penganalisis
Firdausi berkata, kejatuhan nilai ringgit adalah disebabkan pelbagai faktor luaran dan situasi itu perlu difahami rakyat.

Amaran kemelesetan ekonomi global tahun 2023 - Bank Dunia
Ia bakal menjadi pertumbuhan tahunan ketiga paling lemah dalam tempoh 30 tahun.

Ringgit menyusut, sektor eksport terima manfaat
Ketua Penyelidikan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, Shankaran Nambiar berkata, sektor berorientasi eksport jadi lebih berdaya saing.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Subsidi bersasar penting untuk hadapi inflasi jangka panjang - Tok Pa
Jelasnya, ketika ini kerajaan memberi tumpuan terhadap subsidi bersasar minyak petrol.

Kemelesetan ekonomi dijangka lebih teruk dalam tempoh 12 bulan akan datang - IMF
Kenaikan harga komoditi akibat peperangan yang berlaku akan memberi impak kepada ratusan juta penduduk dunia.

Kenaikan kadar faedah: BNM dijangka ikut kuasa ekonomi besar - Penganalisis
Bagaimanapun sebarang dasar perlu dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan tekanan kepada inflasi.

Pengeluaran KWSP RM10,000: Dikhuatiri berlaku inflasi dan kenaikan harga - Yusof Saari
Meskipun tindakan terbabit bagi membantu golongan terkesan akibat pandemik COVID-19, namun fasiliti itu tidak memberi manfaat kepada keseluruhan pencarum.

BNM dijangka kekal kadar faedah sehingga Julai
Undian pada 10 hingga 14 Januari oleh Reuters melibatkan 23 pakar ekonomi menunjukkan BNM akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus sehingga akhir Jun