PADA tahun 2005, tatkala harga minyak dunia mula mencatatkan peningkatan secara mendadak, beberapa industri dan negara pengeksport minyak mula mencatatkan kemakmuran luar biasa. Bagaimanapun, jika dapat diingat, banyak juga industri yang terjejas teruk akibat peningkatan harga minyak mentah dunia ini.
Industri penerbangan umpamanya, teruk terjejas ketika itu.Dengan peningkatan harga bahan bakar sehingga lebih 40 peratus, Malaysia Airlines System (Malaysia Airlines) umpamanya mencatatkan kerugian sehingga RM1.3 bilion pada tahun 2005, yang antara lain disebabkan oleh peningkatan harga bahan api.
Dalam usaha untuk memulihkan keadaan, Malaysia Airlines melantik Datuk Seri Idris Jala, yang ketika itu berkhidmat dengan Shell untuk mengemudi syarikat penerbangan nasional berkenaan kembali ke trajektori tepat.
“Ketika itu (bekas Perdana Menteri) Tun Abdullah Ahmad Badawi maklumkan kepada saya bahawa kerajaan tidak akan “bail-out” Malaysia Airlines.
“Jadi saya tiada pilihan, saya harus cari jalan untuk mendapatkan tunai yang mencukupi untuk meneruskan operasi,” jelas Idris dalam satu perkongsian International Public Employment Services Symposium yang dianjurkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada Selasa.
Idris bukan nama asing dalam dunia korporat. Beliau terkenal kerana pernah berjaya memulihkan Malaysia Airlines daripada syarikat yang mencatatkan kerugian RM1.23 bilion pada 2005 kepada keuntungan RM840 juta pada 2017.
“Malah dalam tempoh paling genting pun, pada 2010 ketika harga minyak mentah dunia naik mendadak sehingga AS$100 setong, bahan bakar jet AS$100 setong dan lebih 95 peratus syarikat penerbangan di dunia catat kerugian kita (Malaysia Airlines) masih untung," katanya.
Bagi Idris, ada lima perkara yang harus diteliti dalam menjayakan transformasi sesuatu organisasi. Ia adalah;
Sasaran mustahil (Game of impossible)
“Jika anda mahu laksanakan transformasi, ia bermakna anda harus melakukan perubahan besar. Perkara pertama yang harus anda lakukan ialah untuk meletakkan sasaran yang mustahil!” kata Idris.
Katanya, sesuatu yang mustahil itu akan membolehkan seseorang mencari pemikiran baharu dan cara baru untuk mencapai sasaran itu.
“Tentu sekali anda akan rasa takut kerana anda bimbang akan gagal. Jadi oleh itu anda harus juga berupaya mengatasi perasaan takut itu!” kata Idris.
Mengemudi berdasarkan untung dan rugi (Anchor on profit and loss)
“Jika anda mahu menjayakan transformasi kepimpinan maka anda harus mengemudi haluan anda berdasarkan 'true north',” katanya yang merujuk kepada terma yang diguna pakai dalam konteks melakukan ekspedasi.
Untuk itu Idris menasihatkan golongan pemimpin untuk mengenal pasti apakah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang boleh dinilai untuk memastikan setiap kemajuan itu dapat diukur.
“Semasa saya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines pada 1 Disember 2005, kami kehilangan begitu banyak wang dan saya berkeras agar kami memecahkan penyata untung rugi untuk setiap penerbangan!.
“Kami adalah satu-satunya syarikat penerbangan di dunia sehingga hari ini yang saya tahu bahawa menghasilkan pernyataan untung dan rugi (P&L) untuk setiap penerbangan.
"Dalam setahun kita mempunyai 222,000 penerbangan, jadi saya berkeras untuk meminta laporan P&L untuk setiap penerbangan diserahkan kepada saya setelah sejam atau dua jam setiap pesawat mendarat (kerana) saya mahu tahu berapa banyak wang yang kita hasilkan daripada penerbangan itu atau berapa banyak wang kami hilang akibat dalam penerbangan itu,” katanya.
Jelasnya pendekatan ini membolehkannya mengetahui apa langkah yang boleh dilakukannya melibatkan struktur harga dan kos untuk setiap penerbangan yang seterusnya.
Berdisiplin dengan tindakan (Discipline on action)
“Setiap majikan atau pengurus yang baik tidak boleh menjadi menjadi baik kecuali mereka berdisiplin dengan tindakan mereka. Ada orang hanya akan berfikir dan berfikir dan berfikir, dan tidak bertindak, mereka tidak akan pernah cemerlang dalam hidup,” kata Idris.
Beliau juga menegur perangai pemimpin yang suka menunda sesuatu perkara dan mengaitkannya dengan apa yang disebut sebagai “penyakit kepada kecemerlangan”.
Memimpin mengikut situasi (Situational leadership)
Menerusi kaedah ini, Idris mengklasifikasi empat fasa yang harus ditempuh oleh seseorang pemimpin transformasi iaitu;
a) Orientasi
b) Rasa tidak puas hati
c) Tekad
d) Penghasilan
“Apabila kita mengatakan bahawa kita akan melakukan analisis P&L pada setiap penerbangan, tidak ada yang melakukannya sebelumnya, jadi tahap kompetensi masih sangat rendah. Sebilangan orang mungkin tidak mahu melakukannya. Tetapi saya menegaskan, ini bukan untuk dibahaskan,” cerita Idris.
Katanya, setelah itu, akan ada sebahagian daripada anggota pasukan yang tidak berpuas hati.
“Apabila anda melalukan perubahan besar dalam syarikat, anda akan menggegarkannya sehingga anda akan menghentikan status quo. Tiada kejayaan tanpa ‘kerosakan’, tetapi saya pastikan mereka tidak terlalu berpuas hati bahawa mereka akan mogok.
“Tetapi setelah kita mula mengaut semua (mendapat hasil), semua orang begitu teruja.
“(Dan) pada bahagian terakhir perjalanan, mereka sudah boleh melalukannya, tanpa perlu ada ‘boss’ untuk memandu arah mereka lagi.”
Campur tangan di luar kawalan (Divine intervention)
“Anda tidak mengawal banyak perkara,” tegas Idris.
“Sekarang soalan yang anda ajukan kepada diri anda ialah, siapakah yang bertanggungjawab atas kehidupan ini? Ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan dan ada perkara yang berada di luar kawalan anda,”tegasnya.
Untuk itu, Idris berpesan untuk sentiasa mengambil sikap menjadi manusia yang baik, beretika dan sentiasa melaksanakan pembaharuan diri.
Setelah berkhidmat di Malaysia Airlines, Idris kemudiannya dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan CEO Unit Pengurusan dan Penyampaian Prestasi (Pemandu) dari 2009 hingga 2015.
Idris adalah tokoh transformasi dalam menjana prestasi syarikat melalui metodologi dan strategi transformasi “big fast results”.
Pada tahun 2014, Bloomberg menempatkan Idris sebagai antara 10 pembuat dasar paling berpengaruh di dunia.
Untuk mendengar keseluruhan perkongsian Idris, anda boleh tonton menerusi video DI SINI.
Shafizan Johari
Wed Sep 08 2021

Malaysia Airlines melantik Datuk Seri Idris Jala, mengemudi syarikat penerbangan nasional itu pada 2005 untuk kembali ke trajektori tepat. - Gambar/ Bernama

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings
Abang Johari Tun Openg enggan mendedahkan kos pengambilalihan MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG) demi menghormati perjanjian komersial dan pemain lain dalam industri syarikat penerbangan.

Kerajaan sedia beri kerjasama jika usaha pencarian MH370 membuahkan hasil - PM Anwar
Anwar berkata kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari pesawat tersebut, tetapi pada masa sama, memastikan penggunaan dana rakyat dilakukan dengan berhemah.

Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .

INNOMed lonjak Malaysia sebagai hab peranti perubatan - KP Kesihatan
Kerjasama awam-swasta melalui inisiatif INNOMed berpotensi mencipta asas ekosistem inovasi yang kukuh dalam penjagaan kesihatan sekali gus memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat.

JPS terus pantau lembangan sungai di Kelantan berisiko banjir
JPS Kelantan akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan berterusan di lembangan sungai utama negeri ini.

KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.

Banjir: Sektor pertanian di Kelantan kerugian mencecah RM10 juta - KADA
Sektor pertanian di negeri Kelantan dianggarkan mengalami kerugian mencecah RM10 juta termasuk kerosakan infrastruktur, susulan banjir gelombang fasa pertama yang berlaku pada akhir bulan lepas.

Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.

Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Tengkujuh: Pasangan suami isteri raih pendapatan lumayan dengan menjual ubi kayu
Pasangan suami isteri tidak menjangka percubaan menjual ubi kayu pada musim tengkujuh di Kelantan ketika ini memberi pendapatan lumayan.