MELAKA: Pemberian insentif RM250,000 di bawah program Pembangunan Usahawan UDA (PPUU) kepada 100 usahawan di Hab Keusahawanan Morten Walk di sini, dijangka dapat membantu melahirkan lebih ramai usahawan berdaya maju di Melaka.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata pembangunan hab tersebut juga merupakan satu langkah proaktif dalam menyediakan fasiliti di lokasi strategik serta kondusif untuk membuka peluang bagi usahawan mengembangkan perniagaan mereka.
"Selain menawarkan ruang niaga di pusat bandar, UDA turut menyediakan insentif dalam bentuk rebat sewa, kos pengurusan atau manfaat fasiliti yang disalurkan kepada 100 usahawan di Hab Keusahawanan Morten Walk ini," katanya kepada pemberita selepas melawat projek pembangunan hab itu di Kampung Morten di sini, semalam.
Dibangunkan di atas tanah berkeluasan 4.13 ekar (1.67 hektar) dengan nilai kos pembangunan RM8 juta, Hab Keusahawanan Morten Walk juga berupaya menjana 1,500 peluang pekerjaan seperti penyewa, pembekal serta kontraktor perkhidmatan.
Kemudahan di pusat tarikan pelancongan seperti Kampung Morten, Melaka River Cruise dan Menara Taming Sari itu dijadual beroperasi pada April ini.
Mengulas selanjutnya, Ewon berkata hab yang menampilkan pelbagai jenis perniagaan seperti makanan, minuman, fesyen, aksesori dan kedai elektronik juga adalah sebuah pusat komersial berkonsepkan moden dan semasa dengan ruang niaga sewaan merangkumi lot berbentuk kabin dan promosi terbuka.
"Hab ini turut dilengkapi satu unit dewan serbaguna yang boleh menempatkan kira-kira 500 orang dan 11 kemudahan tambahan seperti ruang seni dan kebudayaan serta pusat riadah kanak-kanak," katanya.
Sementara itu Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UDA Datuk Mohd Salem Kailany berkata pihaknya akan mewujudkan tiga lagi Hab Keusahawanan bagi mewujudkan lebih ramai usahawan selain meningkatkan sosioekonomi setempat.
Ini seperti Jejak Warisan atau Heritage Walk, Jalan Sultan Ismail dan Odeon Walk, Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur serta di Kuala Terengganu Golf Resort dengan peruntukan pembangunan bagi setiap hab ini dianggarkan RM10 juta, katanya.
"Hab keusahawanan ini adalah komitmen UDA dalam menyokong hasrat kerajaan untuk memperkasa golongan usahawan. Malah, pelbagai insentif di bawah PPUU seperti Hab Usahawan Malaysia, UDA One Stop Retail Centre atau MARi Mart, UDA Craft Corner KIRANA dan UDA Niaga diharap dapat terus mempergiat aktiviti keusahawanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2023
![Insentif RM250,000 UDA bakal lahir lebih ramai usahawan di Melaka - Ewon Insentif RM250,000 UDA bakal lahir lebih ramai usahawan di Melaka - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61677377812_EwonBenedick.jpg)
Ewon (kanan) melawat gerai-gerai kontena yang sudah siap dibangunkan pada sesi lawatan ke Monten Walk dekat Kampung Morten, Melaka, semalam. Turut hadir, Mohd Salem (empat, kanan). --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: SOSMA tidak akan dikaji atau dimansuhkan - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![‘Masih jelas suara isteri panggil anak-anak’ - Bapa empat anak rentung ‘Masih jelas suara isteri panggil anak-anak’ - Bapa empat anak rentung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739435896_BapaRentung.jpg)
‘Masih jelas suara isteri panggil anak-anak’ - Bapa empat anak rentung
Dalam kejadian itu, Muhammad Khairuddin terselamat selepas berjaya dibantu keluar dari rumah oleh penduduk setempat.
![Wanita rentung bersama empat anak sedang hamil lima bulan Wanita rentung bersama empat anak sedang hamil lima bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739435455_TBrentung.jpg)
Wanita rentung bersama empat anak sedang hamil lima bulan
Wanita yang rentung dalam kebakaran bersama empat lagi anaknya di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin awal pagi tadi sedang hamil lima bulan.
Facebook lubuk iklan perjudian, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022
Sebanyak 5,026 laman sesawang judi disekat dan 224,403 kandungan perjudian di platform media sosial juga turut diturunkan sehingga 1 Februari lalu.
Isu Adendum akan dijawab di Dewan Rakyat selepas selesai proses perundangan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar IBrahim menegaskan beliau akan menjawab isu titah adendum seperti yang dijanjikan di Dewan Rakyat sebaik sahaja proses perundangan selesai.
Pembinaan RTS Link Malaysia-Singapura capai kemajuan memberangsangkan
Projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link antara Malaysia dan Singapura berjalan lancar mengikut jadual dengan mencapai kemajuan 100 peratus membabitkan pembinaan infrastruktur landasan kereta api setakat hujung bulan lalu.
![MAIM sedia kerjasama dengan PAC Melaka isu dakwaan kakitangan terlibat penyelewengan MAIM sedia kerjasama dengan PAC Melaka isu dakwaan kakitangan terlibat penyelewengan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739434597_tbRahmadMarimanZa.jpg)
MAIM sedia kerjasama dengan PAC Melaka isu dakwaan kakitangan terlibat penyelewengan
MAIM sedia memberi kerjasama kepada kepada PAC Melaka bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kakitangan agensi berkenaan terlibat penyelewengan.
PPR: Kenal pasti penduduk, kenakan sewa munasabah - PM
Sebarang tunggakan boleh dibincangkan dengan majlis perbandaran atau ahli dewan undangan negeri yang berkenaan, namun sewa minima mesti dibayar.
PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM
Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan tambahan segera RM1.2 juta untuk baik pulih kemudahan termasuk lif di PPR Lembah Subang 1, Petaling Jaya.
![Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739409153_KebakaranJBPMMelak.jpg)
Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu muat naik di Facebook turut menzahirkan dukacita yang amat mendalam di atas tragedi yang menimpa keluarga itu.
![Kadar NPL Tekun Nasional turun kepada sembilan peratus - Ewon Kadar NPL Tekun Nasional turun kepada sembilan peratus - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736759374_TBTEKUN.jpg)
Kadar NPL Tekun Nasional turun kepada sembilan peratus - Ewon
Kutipan semula kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) berjaya diturunkan kepada sekitar sembilan peratus setakat ini.
![Ewon dilantik Pengerusi PH Sabah baharu Ewon dilantik Pengerusi PH Sabah baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733047200_EwonBenedick.jpg)
Ewon dilantik Pengerusi PH Sabah baharu
Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Sabah menerusi pemilihan dalam Mesyuarat Agung PH Sabah pada Ahad.
![Hab PMKS diwujudkan di Sabah, Sarawak tahun depan - KUSKOP Hab PMKS diwujudkan di Sabah, Sarawak tahun depan - KUSKOP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726979990_TBEWON.jpg)
Hab PMKS diwujudkan di Sabah, Sarawak tahun depan - KUSKOP
Hab PMKS di Sabah dan Sarawak akan bertindak sebagai platform pusat maklumat sehenti bagi PMKS memperoleh pelbagai maklumat perniagaan.
![KUSKOP, QSB berpotensi jalin kerjasama majukan PKS di Sabah - Ewon KUSKOP, QSB berpotensi jalin kerjasama majukan PKS di Sabah - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731593494_EwonKuskopQSBP.jpg)
KUSKOP, QSB berpotensi jalin kerjasama majukan PKS di Sabah - Ewon
Bagi merealisasikan kerjasama, QSB disarankan menjadi syarikat vendor berdaftar dengan KUSKOP.
![Kajian pelaksanaan dilakukan bagi teruskan PROTEGE dalam RMK13 - Ewon Kajian pelaksanaan dilakukan bagi teruskan PROTEGE dalam RMK13 - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730066053_EwonBenedick.jpg)
Kajian pelaksanaan dilakukan bagi teruskan PROTEGE dalam RMK13 - Ewon
Ewon Benedick berkata dapatan daripada kajian mengenai PROTEGE itu adalah penting bagi membolehkan kementeriannya meneruskan program itu dalam RMK13.
![Akta Koperasi 1993 akan dipinda - Ewon Akta Koperasi 1993 akan dipinda - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717246336_TBEwonBenedick.jpg)
Akta Koperasi 1993 akan dipinda - Ewon
Akta Koperasi 1993 akan dipinda melibatkan 96 peruntukan asal dalam akta tersebut yang akan disusun semula dan ditambah baik.
![TEKUN Nasional salur pembiayaan RM98.9 juta kepada usahawan Sabah - Ewon TEKUN Nasional salur pembiayaan RM98.9 juta kepada usahawan Sabah - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726979990_TBEWON.jpg)
TEKUN Nasional salur pembiayaan RM98.9 juta kepada usahawan Sabah - Ewon
TEKUN Nasional salur pembiayaan sebanyak RM98.9 juta kepada 4,400 usahawan informal dan mikro di Sabah pada tahun ini.
![14 daripada 36 pembangunan premis Tamu Desa di Sabah siap sepenuhnya - Ewon 14 daripada 36 pembangunan premis Tamu Desa di Sabah siap sepenuhnya - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717246336_TBEwonBenedick.jpg)
14 daripada 36 pembangunan premis Tamu Desa di Sabah siap sepenuhnya - Ewon
Sebanyak 14 daripada 36 projek Program Pembangunan Premis Tamu Desa di Sabah bagi fasa pertama siap sepenuhnya pada bulan lepas.
![21 peratus rakyat Malaysia sertai koperasi tahun lepas - Ewon 21 peratus rakyat Malaysia sertai koperasi tahun lepas - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694255943_EwonBenedick.jpg)
21 peratus rakyat Malaysia sertai koperasi tahun lepas - Ewon
Sumbangan gerakan koperasi melalui pengumpulan modal syer dan yuran adalah RM17.45 bilion dan penjanaan aset pula berjumlah RM165.9 bilion.
![Ekspo Pelancongan dan Makanan Halal platform PMKS terokai potensi baharu pasaran Ekspo Pelancongan dan Makanan Halal platform PMKS terokai potensi baharu pasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724363713_EwonBenedick.jpg)
Ekspo Pelancongan dan Makanan Halal platform PMKS terokai potensi baharu pasaran
Ekspo Pelancongan dan Makanan Halal menjadi platform PMKS menerokai potensi baharu sektor pelancongan dan makanan halal dalam negara.