KUALA LUMPUR: Institut Keusahawanan Negara Berhad (Insken) berjaya membantu usahawan menyesuaikan diri serta meneruskan perniagaan dalam norma baharu dengan peningkatan hasil jualan sebanyak RM9.8 juta.
Ia melalui dua program bimbingan iaitu Insken Bumiputera Business Coaching (BBC) dan Online Onboarding Coaching Programme (E-Board).
Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, pihaknya berharap lebih ramai usahawan dapat dilahirkan dan pelbagai peruntukan diberikan oleh kerajaan dan agensi dilantik untuk memberi bimbingan terutama usahawan dilatih Insken.
“Insken sentiasa konsisten menghulurkan bantuan berbentuk latihan serta bimbingan bagi memastikan usahawan dapat kekal bertahan ketika pandemik dan kini kita dapat menyaksikan usahawan mula menyesuaikan diri dengan norma baharu.
“Usahawan dilihat bukan sahaja mampu berdepan dengan norma baharu malah catatan hasil peningkatan jualan ini merupakan sebuah penanda aras yang amat baik.
“Usahawan yang berjaya meningkatkan hasil jualan ini adalah bukti mereka mampu meneruskan perniagaan walaupun perlu mengamalkan norma baharu dan ia bukan penghalang untuk terus maju ke hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau hadir pada Majlis Graduan Program Bimbingan Insken 2020/ 2021 di ibu negara pada Isnin.
Di samping itu, sebanyak 256 pekerjaan baharu berjaya dicipta melalui program bimbingan komprehensif anjuran agensi ini yang berada di bawah kawal selia Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).
Untuk rekod, graduan yang lulus di bawah program Insken, mereka secara automatik diberikan kelulusan permohonan pinjaman dan mendapat pengesahan daripada Insken dan diluluskan secara serta merta.
Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Insken, Muhd Firdaus Azharuddin, seramai 295 peserta Program IBBC tamat bimbingan secara “one- on-one” selama empat bulan.
"Merupakan usahawan daripada industri “postnatal care”, restoran dan kafe, bakeri, jualan pasaraya, jahitan dan ekopelancongan," katanya.
Katanya, kesemua peserta program itu dibimbing oleh pakar industri sekali gus mencatat peningkatan jualan yang cukup memberangsangkan.
“Seramai 170 peserta daripada dua kohort Program E-Board dibimbing membuat pemasaran digital selama empat bulan berjaya mencatat peningkatan hasil jualan melebihi RM560,000.
“Usahawan yang menyertai program ini berjaya membuat transformasi perniagaan ke arah digital dengan menggunakan platform seperti Facebook, Instagram, TikTok, WhatsApp, Shopee, Lazada, Telegram dan YouTube.
“Oleh itu, Insken akan terus memberikan bimbingan kepada usahawan melalui dua program in yang masih lagi diteruskan pada 2022,” katanya.
Astro Awani
Tue Jan 25 2022
Kejayaan itu dicapai melalui dua program bimbingan iaitu Insken Bumiputera Business Coaching (BBC) dan Online Onboarding Coaching Programme (E-Board).
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
Bimbingan INSKEN lonjak lebih RM500,000 jualan usahawan
Muhd Firdaus berkata, sebanyak 16 pekerjaan baharu juga dicipta melalui Program IBBC.
INSKEN buka cawangan pertama di Sabah, sedia latihan usahawan
Terletak di Wisma IDS, Penampang, Kampus INSKEN Sabah beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Program bimbingan INSKEN cipta hasil jualan RM3.8 juta - Ewon
Ketiga-tiga program itu turut mencipta 14 pekerjaan baharu melalui Program IBBC.
Insken bantu usahawan tempuh norma baharu, catat peningkatan jualan RM9.8 juta
Ia melalui dua program bimbingan iaitu Insken Bumiputera Business Coaching (BBC) dan Online Onboarding Coaching Programme (E-Board).
INSKEN lancar MyNEPT bantu usahawan untuk berjaya - Wan Junaidi
Sistem yang dibangunkan INSKEN memberi peluang kepada usahawan mengukur tahap ciri-ciri yang ada pada diri mereka.